Episod4 Tulisan Titik-titik Bahagian1

49 7 68
                                    

   “Yeh mummy buat kuih cucur, Aisy tak sabar nak makan.” Aisy melompat-lompat kegirangan, gamat ruangan dapur jadinya, riuh dengan sorakkan girang Aisy, terujah betul dia. Sejak tadi dia asyik mundar-mandir di situ sahaja menunggu juadah minum petang yang bakal mummynya hidangkan tidak lama lagi.

“Kau ni Aisy, tak pandai duduk diam, macam cacing kepanasan je aku Nampak.” Airyl menjeling sekilas ke arah adiknya Aisy, keluhan kecil dia suarakan dari mulutnya, terasa pening kepala dia dibuatnya dengan telatah Aisy itu.

“Tulah, jalan sana sini je, bukannya tolong mummy pun.” Anaqi yang juga ada di situ turut menyampuk, seolah-olah dia bersetuju dengan abangnya Airyl.

“Suka hati la, abang Naqi dengan abang Iil ni jelous la tu.” Kini Aisy pun melabuhkan duduk di sebelah abang sulungnya Arifin yang hanya berdiam diri sejak tadi. Kelihatannya Arifin begitu kusyuk dengan kegiatannya, sedari tadi tangannya lincah memotong bawang, mengopek kepala bilis. Arifin sudah terbiasa menolong mummynya memasak di dapur. Sedikit-sebanyak bolehlah dia belajar memasak, lagipun kalau mummy dan dadynya tiada di rumah, sudah pasti dialah yang bertanggungjawab menjaga adik-adiknya.

“Pandai pun kau duduk,” ujar Anaqi. Sedang dia bercakap, jari-jemarinya rancak menari-nari di atas skrin telefon, Nampak gayanya seperti sedang bermain game.

“Ish abang Naqi ni, cakap orang sendiri tak tolong mummy, pegi dapur main game je, duduk-duduk kat sini nak bagi dengar bunyi tembak-tembak tu.” Aisy pula menjeling ke arah Anaqi, riak wajahnya seperti tidak berpuas hati.

“Hahahaha, aku tolong tengok jelah.” Anaqi menjawab selamba.

“Aisy nak tolong makan jelah kalau begitu, hehehe.” Sambil Aisy mencuri pandang ke arah sebuah pinggan yang berisi beberapa ketul kuih cucur, bibirnya mengoyak sengihan lebar. Sejujurnya dia sudah tidak sabar lagi hendak makan, terliur dia dibuatnya, masakan mummynya memang terasa sungguh lazat.

“Ei Ana, tolong aku cuci piring eh nanti. Kau jangan buat-buat lupa, dahlah main game kat fon aku.” Bahu Anaqi dicuit Airyl. Airyl mengingatkan mengenai tugasan mereka hari itu.

Sejak kecil lagi, Zafwan dan Ayra sudah pun melatih anak-anak mereka melakukan kerja rumah misalnya cuci piring, menyapu, mop lantai, kemas rumah dan banyak lagi. Dari pekerjaan yang ringan sehinggalah pekerjaan yang berat, mengikut peringkat umur dan kemampuan mereka masing-masing. Meskipun Zafwan dan Ayra memiliki anak lelaki yang ramai, didikan mengemas rumah tidak sepatutnya diabaikan begitu sahaja. Kerja mengemas rumah ini tidak hanya terbatas untuk kaum wanita semata-mata. Tak kisah sama ada lelaki atau perempuan, kedua-duanya perlu ada ilmu menguruskan rumah, lagipun kebersihan itu juga melambangkan etika diri.

“Ish, Ana Ana, aku tak suka kena panggil macam tu, aku lelaki la, panggilan Ana tu macam nama perempuan la.” Anaqi mencebik geram.

“Ahahahaha, comel apa nama tu. Nama kau kan Anaqi, ngamlah kan aku panggil Ana, itu kan nama depan kau.” Airyl tersengih mengejek.

“Tak nak la, buruk la panggilan tu.” Anaqi berwajah semberut, tidak puas hati dipanggil Ana.

“Yelah yelah, Ana... Qi, Ahahahahahahaha.” Airyl semakin galak mengusik Anaqi, dia sengaja berjeda sesaat ketika menyebut nama adiknya.

“Ish dasar abang Ayir, memang masuk air betul. Kurang asam, kurang masin, kurang otak, eeeeeeeeeee.” Anaqi geram, sambil kakinya mengorak langkah dengan laju, mulutnya juga laju mengomel sendiri. Kini Anaqi bergegas pergi dari situ hendak mendapatkan abang Airylnya yang sudah pun melarikan diri itu. Laju betul abang dia yang satu ini lesap, tahu nak cari pasal aje. Ayra yang menyaksikan gelagat dua orang anaknya itu hanya mampu tersengih kecil.

“Mummy, Aisy nak Tanya ni. Aisy macam cacing ke mummy?” Secara tiba-tiba Aisy bertanya polos, mukanya bekerut sedikit seperti sedang memikirkan sesuatu, gelas plastic yang terampai di atas meja dapur dia guling-gulingkan. Lantas Arifin dan Ayra yang mendengarkan pertanyaan Aisy, secara spontan menghambur tawa terhibur. Suasana dapur yang kian sunyi setelah Airyl dan Anaqi beredar pergi, kembali riuh semula.

FLASHBACKWhere stories live. Discover now