Episod1 Flashback Dimula Bahagian2

85 29 19
                                    

   Hari Rabu yang cerah, tampak langit biru diselaputi awan-awan putih gebu memang menghidupkan lagi aura gembira kala itu, awal September yang penuh dengan kejutan.

Riuh betul suasana pada waktu itu, suara-suara girang memecah kesunyian, masing-masing mereka kelihatan sangat terujah, mereka semua memang sudah tidak sabar hendak pulang ke rumah berjumpa dengan keluarga tercinta.

Setelah berhempas-pulas menimbah ilmu pada waktu persekolahan, kini akhirnya gerbang cuti pun telah terbuka, giliran waktu persekolahan pula dijeda selama dua minggu.

Sebaik sahaja waktu pulang untuk seluruh para pelajar asrama SMK Sentosa telah pun menjelma, berpusu-pusu pelajar asrama mula membanjiri perkarangan sekolah, ada yang balik dijemput dan ada juga yang balik sendiri, apa yang pasti mereka sudah pun melaksanakan prosedur asrama seperti mana yang telah ditetapkan.

Di sebalik kerumunan manusia yang lalu-lalang, kelihatannya seorang pelajar perempuan bertudung labuh sedang berjalan seorang diri seperti mencari sesuatu, kepalanya sejak tadi tak berhenti bergerak, sekejap dia toleh ke kanan, sekejap dia toleh ke kiri, langkah kakinya dibuka dengan penuh berhati-hati, lagipun dalam keadaan yang sesak itu, bila-bila masa sahaja dia boleh terjatuh kalau tidak berjaga-jaga.

Setelah puas menjelajah setiap sudut perkarangan sekolah yang sesak itu, akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk sebentar di sebuah kerusi besi yang tersedia di situ, namun demikian, apa yang hendak dia cari itu masih belum dia temui. Dia tahu bukan mudah hendak mencarinya dalam keadaan yang agak sesak sebegitu, maklumlah dia kan hanya bertubuh kecil sahaja, sudah tentu dirinya pun pasti akan tersembunyi di sebalik kerumunan orang.

Riak wajahnya ketika itu seperti kelelahan, kini kepalanya tidak lagi bergerak-gerak, hanya anak mata biru lautnya sahaja yang rancak memandang sekeliling. Kini dia hanya duduk diam menunggu dan berharap agar orang yang dia cari sejak tadi datang menemuinya, dia tidak larat lagi hendak berjalan ke sana ke sini.

Sungguh dia benar-benar kelelahan, apa tidaknya sejak tadi dia asyik berdiri, sudahlah keadaan waktu itu agak panas kerana berhimpit-himpit dengan banyak orang, hampir seluruh badannya pun sudah terasa melekit dilumuri  keringat yang deras mengalir di sebalik pakaiannya, tambahan pula  dua buah beg yang dia bawa sejak tadi juga menambahkan lagi rasa letihnya.

“Airys!”

Kedengaran namanya diseur dari kejauhan. Lantas dia berpaling ke arah suara yang menyeru namanya, sebelah tangannya diangkat melambai-lambai sebagai isyarat yang dirinya ada di situ, mujurlah orang yang memanggilnya itu sedar akan isyaratnya.

Tidak lama kemudian muncullah orang yang menyeru namanya sebentar tadi.

“Mari beg kau abang angkatkan.”

Seorang pelajar lelaki bertubuh tinggi dan bermata biru kristal  mendekatinya lalu dengan segera mengambil dua buah beg yang dia letak di sisinya.

Akhirnya orang yang hendak dia cari pun sudah muncul, ternyata sejak tadi dia mencari kelibat abangnya. Dalam hatinya dia melafaz syukur kerana abangnya berbaik hati hendak mengangkat begnya, tidak perlulah dia menanggung beban membawa dua buah begnya itu, bolehlah dia jalan lenggang kangkung.

“Thanks abang Jijan.”

“Ok, no hal, untuk adik Airys apa-apa pun boleh, tapi nanti belanjalah abang aiskrim ye. Hahahahahahaha, best ni makan aiskrim time time begini.”

“Tak nak. Nak belanja jajan je. Hehehehehe.”

“Hm, tak naklah.”

Wajah ceria abangnya terus bertukar masam, terasa dirinya dipermainkan, maklumlah Jajan tu kan nama panggilan lain yang adik-beradik dia gelar terhadap dirinya. Dah cantic nama diberi Putera Hazeeq Aziezan, Jajan juga jadi gelaran.

FlashbackWhere stories live. Discover now