Episod Special Hari Raya Aidilfitri Bahagian2

42 9 54
                                    

"Awak ok ke ni? Muka awak Nampak pucat la." Terserlah riak risau pada raut wajahnya, tangannya ditekapkan pada kedua belah pipi Arifin.

"Saya ok jelah. Pucat sikit je kan." Arifin menepis lembut tangan isterinya yang sedang memegang kedua belah pipinya. Pinggang isterinya dirangkul lalu dibawa duduk di sisinya. Gincu milik isterinya yang terampai di atas katil diambil lalu dengan selamba dia calitkan pada dua ulas bibirnya yang tampak pucat itu.

"Awak... Itu bukan gincu la." Cepat-cepat isterinya menghalang perbuatan selamba suaminya itu. "Awak nak bersolek ke? Gincu dengan mascara pun tak pandai beza." Sambungnya lagi, sehelai tisu kering digapai lalu mengelap bibir Arifin. Senyuman terhibur sempat dia lemparkan ke arah Arifin yang tampak seperti terkial-kial itu.

"Erk saya Cuma nak hilangkan pucat je." Dengan sekali nafas sahaja dia melontarkan bicaranya, kelam-kabut dia menghabiskan setiap butir bicaranya. Serta-merta Arifin memberhentikan perlakuan isterinya. Mukanya mula berkerut seperti sedang menahan sakit. .

"Awak kenapa?" Dengan panic isterinya bertanya. Takut takut ada tingkahnya yang membuatkan suaminya menjadi tidak kena. Mujurlah dia sudah pun selesai mengelap bibir suaminya, serta-merta sehelai tisu kering yang dipegangnya dirampas Arifin lalu dicampakkan ke dalam sebuah bakul plastik kecil yang ada di bilik itu. Nasib gol

"Saya rasa nak muntah tapi macam tak jadi pulak." Arifin menjawab sambil mengurut-urut hadapan tengkuknya. "Morning sickness kot," sambungnya lagi. Begitulah nasibnya, isteri yang mengandung dia pula yang dapat alahan.

"Kalau awak tak larat bagitau." Isterinya mengusap-ngusap belakang Arifin.

"Saya ok je, sikit je ni. Alahan tu kan dah kurang dah sikit. Kalau awak ada dekat saya, saya sentiasa ok." Arifin meraih tangan isterinya yang sedang mengusap-ngusap belakangnya lalu diletakkan pada belakang lehernya, kemudian tubuh isterinya ditarik merapati dirinya. Perlahan-lahan Arifin mula melentokkan kepalanya pada bahu isterinya, manakala sebelah lagi tangan isterinya yang masih kosong diambil lalu diletakkan di atas kepalanya. "Kak. Adik sakit kepala la, nak terapi sikit boleh kan..." Arifin berbisik di telinga isterinya, mukanya dibuat minta simpati.

"Amboi awak nak minta terapi pula ye. Mentang-mentanglah saya ni tua sikit dari awak, panggil kakak eh." Dalam pada dia mengomel, tangannya bergerak juga hendak memicit-micit kepala Arifin memberikan terapi urut. Sebelum itu, sempat juga dia membelai manja kepala Arifin, rambut Arifin sengaja dikusutkan.

"Wuhhh, leganya, macam tu la awak." Arifin mula memejamkan matanya. "Awak ni sempat lagi bagi kusut rambut saya kan," sambungnya lagi. Isterinya hanya diam membisu, sepenggal senyuman terhias di wajahnya. Dengan tekun kepala Arifin terus diurut penuh kelembutan.

"Macam ni la kakak, ni yang adik tambah saying ni. Awak kan tua dari saya, tak salahkan panggil kakak. Awak ingat suami ni kena panggil abang je ke? Sekali-sekala panggil adik boleh kan, ada kelainan sikit daripada asyik abang je memanjang. Saya pun nak jadi adik juga, dah bosan dah kena panggil abang je, lagipun saya kan tak ada kakak." Arifin bersuara lagi, sedang dia bercakap, matanya terus dipejam rapat.

"Yelah dik, kesiannya adik ni, halololo, tak pernah rasa belaian seorang kakak ye." Isterinya menyahut, pipi Arifin dicubit-cubit manja. "Tapi macam pelik aje bunyi dia tu," sambungnya lagi cuba membantah secara halus. Kini dia kembali mengurut kepala Arifin agar sakit kepala suaminya itu berkurangan.

"Mana ada pelik tu, nanti kalau ada masa bolehlah saya tulis novel tajuk dia, cik kakak itu isteriku. Hehehe." Arifin bergurau. "Kalau panggil awak saying, awak tak nak pula, saya pun janggal nak sebut. Awak tau kan, saya ni manalah pandai nak sweet sweet. Kita mestilah amalkan keseimbangan kan, dalam bercinta pun tak boleh manis manis aje, kena seimbang jugak, barulah cinta kita sihat kan. Bukan makanan je perlu seimbang," ujarnya lagi seraya tersenyum kecil. Ehh Arifin ni macam dah sakit kepala sangat dah ni, hujahan dia pun macam pelik aje bunyi dia, ahahahahahaha.

FLASHBACKWhere stories live. Discover now