Episod2 Awal Persekolahan Bahagian2

56 22 49
                                    

Seawal pukul 8:00 pagi lagi, Zafwan sekeluarga telah pun meninggalkan rumah kediaman mereka. Hari itu, mereka sekeluarga bertolak ke SK Sentoasa dan SMK Sentosa untuk menghantar Arifin, Aryan, Airyl dan Aziezat ke asrama. Empat orang anak-anak Zafwan yang lain juga ingin ikut bersama menghantar abang-abang mereka ke asrama. Zafwan dan Ayra sudah sedia maklum dengan perkara itu. Setiap kali Zafwan akan menghantar anak-anaknya ke asrama, itulah yang akan terjadi.

Sebenarnya, selain daripada ingin menghantar abang-abang mereka ke asrama, ternyata Anaqi, Aziezan, Aisy dan Airys ada niat lain. Mereka memang bijak mengambil kesempatan. Mereka berempat akan cuba membodek dady mereka agar membawa mereka jalan-jalan sebelum balik ke rumah nanti, Itulah hasrat tersirat mereka. Semua itu, ulah Anaqi, dialah orangnya yang mencadangkan idea bernas tersebut. Lagipun Anaqi memang suka jalan. Rugilah kalau dah keluar rumah tapi tak menyempat nak jalan-jalan.

Alang-alang sudah terbuang minyak, baik kita buang masa sedikit pergi bersiar-siar, cuci mata, tenangkan jiwa, rehatkan minda. Minyak kereta habis tak mengapa, asalkan kesempatan bersama keluarga tercinta masih ada.

Zafwan sengaja menghantar anak-anaknya ke asrama, dia ingin anak-anaknya berdisiplin dan pandai berdikari. Padahal jarak tempat tinggal mereka dengan sekolah anak-anaknya sekaligus tempat kerjanya tidaklah jauh mana. Aryan dan Arifin selalu sahaja terserampak dengan dady mereka apabila di sekolah. Sebaik sahaja mencecah usia sepuluh tahun, anak-anak Ayra dan Zafwan akan mula tinggal di asrama. Zafwan hanya ingin mereka membiasakan diri hidup berdikari.

Pada hari itu, kemasukan pelajar asrama bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa bermula seawall pukul 9:30 pagi, manakala kemasukan pelajar asrama bagi Sekolah Kebangsaan Sentosa pula bermula pada pukul 2:00 petang. Zafwan memang sudah dapat jangka kesibukan yang bakal mereka harungi nanti sewaktu proses masuk ke asrama. Sebab itulah mereka bertolak seawall pukul 8:00 pagi lagi.

Lagipun anak-anaknya yang masuk ke asrama sekolah menengah bukan hanya satu orang sahaja malahan tiga orang sekaligus. Paling sekejap pun mungkin dua tiga jam macam tu. Terpaksalah mereka makan di luar sahaja sebelum tiba giliran Aziezat pula dihantar ke asrama. Kalau nak patah balik memang buang masa.

Setibanya mereka di SMK Sentosa, terlihat beberapa kelompok pelajar asrama yang mula menumpuk di perkarangan sekolah.

“Ui bro. Awal datang, wuhhhh. Selalu yang awal datang ni budak junior je. Kau je senior yang aku Nampak dah ada kat sini, yang lain tu semua muka-muka baru. Inilah ni calon ketua pelajar asrama tahun ni. Ehehehe.”

Seorang remaja lelaki menepuk bahu Arifin dari belakang. Bicaranya diringi senyuman berbaur ejekan.

“Oi, Zaim. Hm, kau. Kalau mulut kau masin awas kau ha. Tak habis-habis nak kenakan aku. Hm, awal lagi pun sebab tulah dia orang tak datang lagi, lagi sejam kan. Aku kan ada adik form 1, kau pun datang awal juga kan, kita sama je. Dahlah kau, nasib aku tak pengsan, dahlah main serang macam tu je, salam mana salam?”

Arifin menyapa kembali adik sepupunya itu. Serta-merta kepalannya berpaling menghadap ke arah suara yang menyapa dirinya. Zaim merupakan sepupu sebelah dadynya, hanya muda setahun daripada Arifin. Zaim ialah seorang anak sulung yang mempunyai dua orang adik lelaki dan dua orang adik perempuan, iaitu Zainul, Zeeyad, Aleesha dan Aneesha. Zaim dan Zainul juga tinggal di asrama SMK Sentosa.

“Bukan salam tulah pandai.”

Arifin kembali bersuara setelah melihat Zaim yang sudah pun menghulurkan tangannya ke arah Arifin minta disalam. Namun Arifin sambut juga huluran tangan adik sepupunya itu. Lalu mereka berdua pun bersalaman mesra, Zaim mencium tangan Arifin penuh hormat.

“Assalamualaikum. Aku bagi kau salam dua kali ganda bang.”

Setelah selesai bersalaman, Zaim pula kembali berkata-kata. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di atas sebuah bangku kayu panjang tanpa sandaran yang juga diduduki oleh Arifin. Sisi kiri Arifin menjadi pilihannya, lagipun tempat duduk di situ tampak renggang. Arifin hanya tersenyum tipis lalu menjawab salam.

FlashbackWhere stories live. Discover now