Episod3 Harta Yang Paling Berharga Bahagian4

36 13 47
                                    

"Dah boleh masuk rumah dah ke? Kita belum sarapan lagi ni." Zafwan tiba-tiba mencelah, sebenarnya, dia bukannya lapar sangat pun, Cuma sengaja ingin bertanya.

"Belum. Tak boleh lagilah dady, dady dah lapai ke? Dady dengai dulu kami nyanyi, kan abang Jijat, kita nak nyanyi lagi kan." Airys menjawab, teringat pula dia akan rancangan abangnya yang sudah pun mereka bincangkan bersama semalam.

"Tak lapar juga la, dady tanya je. Wahhh, nak nyanyi untuk mummy dady ke? Lagu apa?" Zafwan agak terujah.

"Ada la, nanti mummy dady dengai betul-betul ah." Semangat Airys bersuara.

"wei jomlah jomlah kita nyanyi sekarang, takkanlah dah lupa?" Aziezan mengajak dengan semangat, tak sabar sudah dia nak nyanyi ni. Dari tadi lagi dia tunggu giliran nak beraksi, dia kan suka nyanyi. Takut pula dia adik-beradiknya yang lain sudah lupa tentang rancangan mereka semalam, nanti sia-sia sahajalah mereka berlatih susah-paya. Taklah hebat mana macam penyanyi koir berpengalaman, kalau setakat hiburan keluarga tu bolehlah, yang penting tak memanggil hujan turun.

"Ya kan, jomlah." Aziezat sudah bersiap sedia ingin memetik gitar mengalunkan lagu yang bakal dinyanyikan. Aziezat hanya bermain muzik sahaja, dia tidak ikut nyanyi.

Lantas Arifin, Aryan, Airyl, Anaqi, Aziezan, Aisy dan Airys mula berdiri mengambil posisi masing-masing, mengikut jejak langkah Aziezat yang sudah pun berdiri tercegat sambil mengangkat gitarnya, nasib baik gitar dia ada tali, boleh saja digantung pada lehernya, mudah untuk dia bermain gitar sambil berdiri.

Maka Zafwan dan Ayra pun hanya duduk di situ menjadi penonton setia menyaksikan persembahan nyanyian daripada anak-anak mereka itu. Ketika itu, semua anak-anak mereka sudah pun berdiri menghadap ke arah Zafwan dan Ayra. Lapan beradik itu, berbaris seperti penyanyi koir, mereka berdiri tersusun rapi membentuk huruf C.

Lapan beradik itu beratur mengikut ketinggian, yang rendah di tepi yang tinggi di tengah, seperti bentuk segi tiga, menaik dan menurun kembali. Mereka membentuk dua barisan, barisan pertama hanya ada Aziezat dan Aziezan sahaja, pemain muzik dan penyanyi solo sengaja diletakkan pada baris hadapan. Itulah yang telah mereka semua setejui semalam. Memang itulah yang mereka rancangkan bersama. Sejak semalam lagi mereka sudah atur semuanya.

Manakala di baris kedua pula, dari kiri ke kanan, ada Airys, Airyl, Arifin, Aryan, Anaqi dan Aisy. Aziezat dan Aziezan berdiri betul-betul di tengah-tengah. Maknanya, Aziezat berdiri di hadapan Arifin manakala Aziezan pula berdiri di hadapan Aryan.

Sebaik sahaja Aziezat menggetuk badan gitarnya sebanyak dua kali, maka persembahan nyanyian pun bermula. Aziezat mula memetik gitar mengalunkan irama lagu Harta Berharga daripada Bunga Citra Lestari. Bergemalah nyanyian-nyanyian mereka menghiasi ruang pendengaran Zafwan dan Ayra, lagu itu diubahsuai sedikit mengikut kreativiti mereka. Aziezan selaku penyanyi solo akan memulakan nyanyian, walaupun diiringi dengan bunyi muzik gitar, namun suaranya tetap juga kedengaran kerana suara Aziezan ni memang nyaring bunyinya, tak perlu guna mikrofon pun. Dengan penuh sungguh-sungguh mereka menghiburkan Zafwan dan Ayra, begitu menjiwai setiap seni kata yang dinyanyikan.

(Aziezan - solo)
Harta yang paling berharga adalah keluarga
Istana yang paling indah adalah keluarga
Puisi yang paling bermakna adalah keluarga
Mutiara tiada tara adalah keluarga
Selamat pagi Mummy
Selamat pagi Dady
Mentari hari ini berseri indah
Terima kasih Mummy
Terima kasih Dady
Untuk tampil perkasa bagi kami putra putri yang siap berbakti
Puisi yang paling bermakna adalah keluarga
Mutiara tiada tara adalah keluarga

Selamat pagi Mummy (semua)
Sayang (Aziezan - suara latar)
Selamat pagi Dady (semua)
Sayang (Aziezan - suara latar)
Mentari hari ini berseri indah (semua)
Terima kasih Mummy (Aziezan - solo)
Terima kasih mummy (Airys, Arifin, Airyl - suara latar)
Terima kasih Dady (Aziezan - solo)
Terima kasih dady (Aisy, Aryan, Anaqi - suara latar)
Untuk tampil perkasa bagi kami putra putri yang siap berbakti (semua)

FLASHBACKWhere stories live. Discover now