BAB 14

23 6 0
                                    

Akhirnya aku pakai juga cincin belah rotan di jari manis sebelah kiri. Tunjuk dekat ayah dan orang tua itu tersenyum panjang. Tanpa kata-kata, ayah segera ke rumah Nek Zakiah untuk khabarkan berita gembira pada wanita itu.

Oh, ayah!

Lihat senyuman panjang ayah aku panjatkan kesyukuran. Bermakna keputusan aku hari ini telah mengubah hati ayah. Benar-benar terlihat wajah gembira ayah. Sudah tentu ayah merestui keputusan aku dan pastinya dia tahu aku akan bahagia.

Aku pun harap begitu juga.

"Esok malam Nek Zakiah nak buat solat hajat sekali dengan kenduri kesyukuran. Dia jemput kita semua ke rumah dia,” beritahu ayah sebaik saja pulang dari rumah Nek Zakiah.

Terus dada aku berdegup kencang. Apakah tunang aku ada juga nanti. Bersediakah aku nak tengok tunang aku dan bercakap dengan dia.

Ah, makin kuat pula debaran di dada. Padahal kenduri tu malam esok. Bukan sekarang.

Aku ke dapur mahu basahkan tekak dan hilangkan debaran di dada. Teguk air suam sebaik duduk di atas kerusi. Namun air suam tercekik di tekak apabila melihat wajah kelat Afza yang baru pulang dari kedai runcit bersama Alia.

"Ngah, malam nanti jangan lupa ingatkan adik. Adik tak nak terlepas tengok Double M."

Aku dengar suara Afza berpesan dekat Alia. 

"Ya lah. Angah tak lupa." Alia muncul depan aku. Letak plastik yang mengandungi makanan ringan atas meja.

"Banyak sangat beli ni. Tak elok makan makanan segera macam ni," nasihat aku pada Alia.

"Adik punya pasallah ni. Al suruh beli kuaci je tapi dia tu nak keropok sama. Nak tengok match malam ni."

"Match?" Aku tak faham. Alia yang tengah teguk air sejuk hampiri aku.

"Malam ni nak tengok perlawanan bola sepak. Malaysia lawan Thailand lah kak long."

Oh, aku mana tahu semua tu. Tak ikuti pun perkembangan bola sepak tanah air. Tapi bila Alia sebut bola sepak terus kepala aku teringatkan mamat rescuer. Nampak gayanya aku kena hadap juga tv malam nanti. Aku nak tahu dia macam mana orangnya ketika di atas padang. Sama macam dia depan aku atau lain sikapnya.

Aku bangkit hendak ke luar untuk angkat kain di jemuran sementelah hari sudah semakin petang.  Namun melihat wajah Afza yang mendung bila terserempak dengan aku yang sedang membimbit bakul kain, hati aku terus dicuit pelik.

"Kenapa monyok ni?" soal aku pada Afza yang menonong  ke dapur.

"Adik marah kak long. Kak long mungkir janji," laung Afza dari dapur. 

Eh, aku ada janji apa dengan dia. Tak mungkin aku suka-suki je berjanji. 

"Kak long ada janji apa dengan adik?" soal aku. Mata lihat Alia bertanyakan dia kenapa dengan Afza. Bila Alia jungkit bahu, kepala aku pun gali lagi janji apa yang aku dah buat.

"Kenapa kak long nak kahwin dengan cucu Nek Zakiah. Adik tak sukalah. Adik dah cop abang untuk kak long."

Pecah gelak aku dengan kata-kata dia. Namun gelak aku terhenti bila lihat Alia yang buntangkan mata. Dia tidak tahu siapa abang yang Afza maksudkan.

"Kak long dah ada kekasih ke sebelum ni?"

Aku pula yang terkejut bila ayah muncul dan tanyakan aku soalan yang tak terjangka. Aku telan liur. Nahas!

"Tak adalah, ayah. Adik ni dia berangan lebih. Nak suruh kak long kahwin dengan siapa tu.... Ha, Double M. Pemain bola sepak Kebangsaan tu. Itulah, tengok sangat bola yang bulat. Habis semua orang dia nak kenenkan dengan kak long dia, " omel aku dan ayah hanya senyum panjang. Terus angkat kaki untuk menyambung kerja di dalam stor.

"Adik kenallah abang. Abang pun suka dengan kak long."

Alamak, mati aku!

Resah bila Alia sudah hampiri aku dengan muka penuh tanda tanya.

"Eh, kenapa angah tak tahu apa-apa ni." Alia pandang Afza pula.

Aku makin tak senang duduk lalu keluar dan angkat kain.

Dada terus berdegup kencang. Entah kenapa dengan aku. Sejak aku tolak dia dada aku pandai sungguh derhaka. Asyik nak ingat dia padahal aku dah ada tunang sekarang ini.

Aku tebarkan pandangan ke arah laman rumah Nek Zakiah. Lihat cucu-cucu Nek Zakiah yang berkejaran sesama mereka menceriakan hati aku. Hilang sekejap nama mamat rescuer tadi. Erk, nama? Aku mana tahu nama sebenar dia. Siapa nama dia?

Ah, lantaklah. Dia bukan siapa-siapa. Jangan nak ingat dia. Bukan ke aku benci dia.

Kaki aku arah masuk ke dalam rumah dan sebaik muncul di muka pintu aku disambut muka garang Alia.

"Oh, selama ni buat-buat tak kenal ya. Tak suka bola konon padahal Kak long kenal Double M kan. Kalau adik tak cerita Al tak tahu."

Aku letak bakul m dan duduk atas kerusi. Ambil baju dalam bakul dan mula lipat kemas.

Alia hempas punggung sebelah aku dengan muka cemberut.

"Macam mana kak long kenal dia?" soal Alia tak sabar.

"Kak long tak kenal dia lah." Aku jawab ala kadar. Malas nak bercakap pasal lelaki itu.

"Habis tu ini apa?"

Aku terkejut. Alia tunjuk mesej Double M dalam telefon aku. Bila masa pula dia pergi ambil telefon aku dan ceroboh hak privasi aku.

"Al... mana boleh baca mesej kak long."

"Bukan mesej kak long tapi mesej adik. Adik dah cakap."

Lega.

Afza tidak berbohong. Betul. Afza berbalas mesej dengan lelaki itu ketika aku dekat luar melayan kawan aku. Cuma dua ayat akhir itu saja mesej dari dia untuk aku.

So, I' ll make it a medicine for me to compete this weekend.

Ayat itu duk terpampang dalam kepala berulang kali. 

Isk, apahal dengan kau ni Asma.

"Tapi kan, kalau kak long jadi dengan Double M, Al yang akan rasa happy sangat."

Hah, ni sorang lagi!

"Dah... jangan nak bermimpi di siang hari. Kak long dah ada tunang. Mana boleh Al nak kenenkan kak long dengan orang lain pula." Aku bangkit. Bawa pakaian yang berlipat ke bilik pakaian. Keluar semula ambil telefon di tangan Alia.

"Dah nak maghrib. Kak long nak mandi," ujar aku dan Alia mencebik. Aku nampak dia sepertinya makan hati.

Haih, Double M je pun. Bukannya anak Sultan Brunei. Kalau Tengku tu yang Alia kenenkan aku akan terus terima.

Masuk dalam bilik. Nak mandi tetapi bunyi telefon membantutkan hajat aku. Melihat nama pemanggil aku yang jadi tak keruan. Pantas dada aku berdebar kuat.

Kenapa lelaki yang aku dah palang menghubungi aku.

Perlu ke aku jawab?

Hati tertanya-tanya. Pegang telefon. Lihat gambar profile dia. Masih sama. 

Jangan jawab. Hati membantah dan panggilan putus. Aku lega. Letak telefon dan melangkah ke bilik air. Sekali lagi telefon berdering.

Nak jawab ke tidak. Tapi buat apa dia call aku maghrib-maghrib macam ni. Tak pergi masjid ke? 

Panggilan putus.

Dada tetap rasa berdebar. Tiba-tiba mesej pula yang masuk. Itu dia dah hantar mesej.  Suruh aku jawab panggilan dia. Macam memaksa lalu aku buat keputusan tidak mahu jawab.

Biar padan muka dia.

The Most Wanted (PLAYER) LOVER (Completed) Where stories live. Discover now