BAB 12

33 7 2
                                    

Bodoh betul. 

Dah janji tak akan menangis lagi tetapi akhirnya aku kalah juga. Menangis sebab seorang lelaki dan lelaki itulah yang mulakan dulu. Kalaulah umur aku masih macam dulu nak je aku pukul dia. Tetapi ini Asma Rayyana. Ayah dan emak didik aku jadi perempuan baik. Bersopan santun dan beradab timur. Mana boleh jadi jantan.

"Kenapa kak long menangis?" Muncul Afza dengan telefon di tangan sebaik aku buka pintu. Itupun sebab dia yang tepuk daun pintu macam nak runtuh rumah Ayah. Adik aku tu hulurkan telefon pada aku. Aku ambil macam tu je. 

"Cakaplah!" 

Hah, Afza suruh aku cakap. Cakap apa? Cakap dengan siapa? Tak fahamlah. Lalu aku sapu air mata.

"Apa???"soal aku dengan muka blur. Mata masih basah dengan air mata.

"Abang call nak cakap dengan kak long."

Aku terkejut. 

Abang!!!

Abang mana pula ni?

Sapu air mata sampai kering dan balikkan telefon. Lihat panggilan yang bersambut terus aku cubit Afza kuat. Lantas Afza cepat-cepat tolak tangan aku dan larikan diri.

Telefon aku tekapkan di telinga.

"Nak apa?" soal aku kasar. 

"Nak awak?"

Isk, mamat ni! Aku ni tengah sedih. Dia boleh pulak buat aku macam ni. 

"Kenapa jerkah adik macam tu?" Pertanyaannya buat aku tersentak. 

Jerkah? Aku jerkah Afza?

Oh, baru aku ingat. Masa aku masuk rumah lepas bagi sedas tembakan pada Hang Jebat tadi rupa-rupanya Afza dah jawab panggilan mamat rescuer. Aku yang tengah sakit hati pada lelaki tu terus jerkah Afza. Menyuruh adik aku diam. 

Ya Allah, adik aku sorang tu! Memang sengaja nak malukan aku. Kali kedua perangai tak senonoh aku terzahir depan mamat rescuer ini.

"Kenapa call?" Soal aku keras tanpa menjawab pertanyaan dia.

"Nak borak. Nak kenal-kenal Cik Asmara."

"Nama saya bukan Asmara lah."

"Don't mind cause i love to call you Asmara. Rasa dekat dalam hati bila panggil begitu."

Huh, ini macam ayat anak-beranak buaya tembaga je ni. 

"Baik terus-terang sebab saya tak cakap dengan sembarangan orang."

"Dengan orang famous macam saya pun awak tak sudi?"

"Lagilah saya tak suka."

Eh, dia gelak kecil pulak. 

"Okay, saya terus-terang. Saya nak suruh family saya masuk meminang awak. Sudi?"

Gila!

Dia ni memang gila. Aku tak kenal dia. Aku tak tahu nama dia. Lagi pula dia bukan calang-calang orang. Dia ramai peminat. Takkan seorang peminat perempuan pun dia tak tersangkut. Aku yang tak kenal dia juga yang dia nak masuk meminang bagai. Dia dah kenapa? Kepala kena baling dengan bola ke sampai jadi sewel. Lepas tu dia tengok aku sekali dua terus dia nak dekat aku.

Sewel betul mamat ni.

"Nope. Saya tak sudi?"

"Alasan?"

Fuh, dia minta alasan.

"Saya tak kenal awak."

"Tapi saya kenal awak."

"Kalau setakat awak kenal saya melalui adik saya baik tak payah berangan nak masuk meminang. Kahwin ni bukan benda main-main. Saya, kalau dah sekali kahwin dengan orang tu sampai mati saya nak hidup dengan orang tu je. Nak kenal dia seorang saja dan bercinta dengan dia sampai mati. Orang itu tak lain tak bukan suami saya." 

"Herm... nice intro."

Erk... aku bukan main lagi bagi alasan dia boleh cakap macam tu pula.

"Intro apanya. Itulah alasan saya yang awak minta tadi."

Dia gelak kecil lagi.

"Tapi tak ada suami lagi kan. So, biar family saya masuk meminang."

Aku ketap bibir. Bunyi macam dia nak sindir aku.

"Nope. Saya tak nak kat awak. Lagipun masing-masing tak kenal kan. Jangan nak datang rumah saya."

"Tadi cakap nak kenal dan nak bercinta dengan suami sendiri. So, tak salah lah kalau kita kahwin dulu. Saya jadi suami awak lepas tu kita bercinta sampai akhir hayat."

Oh, my God! 

Aku dah tersasul. Kenapa aku cakap macam tu. Kenapa aku cakap dengan orang yang aku tak kenal macam tu. Itu bagi peluang dekat dia namanya.

"So, saya anggap awak setuju."

Aku terpempan.

"Hey, jangan nak buat hal, ya. Saya tak nak." Aku bangkang tetapi dia boleh pula gelak besar. 

"Alasan yang awak bagi tu memang munasabah dan saya terima. So, wait for my family hujung minggu nanti."

Aku dah kelu seribu bahasa. Tak tahu nak cakap apa dah. Kalu dia ada kat depan ni mahu aku cekik dia.

"By the way, thanks in advance. Gambar tadi cantik sangat. Thank a zilllion to Afza juga sebab dialah kita boleh bercakap sekarang."

Aku terkejut. 

Dia sudah putuskan panggilan. Cepat-cepat aku buka peti mesej. 

Lihat nama dia yang disimpan sebagai Double M. Tentu kerja Afza. Tolong save nombor contact lelaki itu. Aku abaikan. Sebaliknya skrol mesej yang adik aku hantar.

Ya Allah! 

"Afza!!!"

Aku menjerit kuat memanggil adik aku. Siap dengan berlari keluar dari bilik mencari batang tubuh adik aku. 

Bertuah punya budak. Dia tangkap gambar aku tengah bercakap dengan Hang Jebat dan hantar pada lelaki itu melalui whatsapp aku. Lagi parah bila muka aku dah serupa nenek kebayan. Macam-macam memek muka terbentuk.  

Siap kau adik. Kau muncul nanti kak long bagi hadiah.

Aku lihat balik mesej yang Afza hantar. Sampai hati adik buat kak long macam ni. Aku angkat muka. Nak menangis tapi tak jadi bila mamat rescuer hantar mesej pula.

Nice pic. Love it. 

Itu balasan pada gambar yang Afza hantar. Sudahnya aku sesak nafas. Makin tak boleh bernyawa bila baca mesej yang baru tiba

‘So I'll make it as my medicine to compete this weekend.’

Aku pejamkan mata. Gambar macam tu tak boleh jadi ubat. Itu boleh bawa mati.

Haih, kenapalah dengan mamat tu. Dia tu memang dah lekat badi ke apa sampai berkenan sangat dekat aku. Isk, tak faham aku.

Macam mana dia boleh buat keputusan nak masuk meminang. Padahal aku tak pernah cakap baik-baik dengan dia. Perangai aku pun tak semenggah. Itupun dia suka ke.

Argghh!!!

Tidak.

Aku tak nak dekat dia dan aku tak suka dia. Jangan nak datang rumah aku. Aku dah palang kau wahai mamat.

The Most Wanted (PLAYER) LOVER (Completed) Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon