Bab 16

170 12 0
                                    

SEISI wad wanita kekal sepi. Jasad gadis yang terbaring lemah atas katil asyik dibuai mimpi sebaik sahaja masuk ke sini. Mujurlah Hadeena dan Aryan bertindak dengan pantas. Jika tidak, entah apa yang akan berlaku pada Emara. Silap-silap Nawwar boleh kehilangan dua nyawa insan yang dia sayang dalam satu masa.

Hadeena mengelus lembut pipi gebu Emara meluahkan rasa gusar dalam sanubari. Mahu tercabut jantung bila dapat tahu semua ini angkara Selena. Nasib baik Allah masih menjaga kandungannya dengan baik. Padah Doktor Aliya, hanyalah tekanan biasa saja akibat hentakan kuat.

Amarah api menggelegak dalam diri Hadeena. Isi pipi digigit perlahan. Tangan sebelah menggepal erat penumbuk. Perempuan itu harus terima akibatnya. Mana boleh dilepaskan begitu saja!

Sudah pasti, Selena akan dibantai sehabis baik.

Tak kisahlah tengah mengandung atau tidak. Kalau melampaui batas sehinggakan menganiaya orang tersayang buat Hadeena, memang mensasarkan orang tu cari sampai ke lubang cacing. Tiada istilah gagal sama sekalipun. Dah Emara jadi mangsa Selena tempat melepaskan kemarahan, apa salahnya jika Hadeena membalas perkara yang sama untuk Selena?

Whatever you did, It will come back to you.

Alang-alang betina murahan tu dia boleh ceramah sekali. Bagitahu hukum masuk campur tangga rumah orang. Hukum menyakiti orang dengan sengaja sehingga memudaratkan diri. Selena patut diajar dengan cara 'betul', baru bersih sikit hati yang dah rentung dijilat hasad dengki terhadap orang lain.

Lantas Hadeena bangun dari tempat duduk. Mengharapkan Emara tidak sedar akan kehilangannya. Mampus kalau Emara tahu tujuan utama Hadeena melenyapkan diri buat seketika. Dia melangkah keluar dari wad, matanya melilau mencari kelibat Doktor Aliya di luar.

"Doktor Aliya oh Doktor Aliya!" seru Hadeena berjalan laju sambil menghentakkan tumit kasutnya.

Susuk tubuh wanita 30-an sedang menyendeng bahu di kaunter pertanyaan. Tatkala terasa namanya diseru, laju dia berpaling. Sedikit hairan apabila Hadeena mengejut mohon pertolongannya untuk memantau Emara buat sementara waktu. Sedangkan Hadeena ke sini yang mahu memantau Emara.

"Kamu nak kemana?" soal Doktor Aliya curiga.

"Ada hal pula. Nanti saya datang balik," kata Hadeena mendatar.

Kepalanya jatuh berkali-kali sebelum mengizinkan Hadeena berlalu pergi. Tersenyum sinis Hadeena memikirkan rancangan seterusnya untuk memberi pengajaran kepada Selena.

Walaupun Aryan sudah puas nasihat Hadeena agar tidak terlalu lasak semasa kandungan masih diawal usia, isterinya tetap degil. Sifat kasarnya memang tak dapat dikawal. Hadeena yakin kandungannya cukup kuat dan tidak akan mengalami sebarang komplikasi sekiranya berhati-hati dalam bertindak.

"You'll get my sweet revenge, Selena. You've hurted Emara while Nawwar is still in coma. Wait for me!"

Hadeena menggepal penumbuk. Kini, tiba gilirannya untuk menghentam Selena.



TOK! Tok! Tok!

Ketukan dari luar mengalihkan perhatian Selena sedari tadi sibuk baca komik manga. Helaian muka surat ditutup kemas. Dia turun dari katil dengan cermat sebelum membuka pintu untuk melihat siapa gerangannya.

"Puan Siah? Kenapa ni?" tanya Selena bercekak pinggang menengok wanita lingkungan 50-an berdiri teguh di hadapannya.

"Professor Afzhan nak jumpa kamu."

Selena meneguk liur sukar. Haba dari tubuhnya merembes keluar. Kekura jari diurut. Ayat seringkas itu cukup membuatkan Selena gelisah bak cacing kepanasan.

Segera Selena meninggalkan biliknya tanpa menghiraukan kewujudan Puan Siah. Jalan mendada melepasi wanita itu. Terpaku seketika Puan Siah melihat reaksi Selena yang tidak senang. Apa salah Selena kali ini? Adakah Fariz buka mulut dari A sampai Z tentang rancangan mereka ingin menggadaikan nyawa Nawwar demi memisahkan pasangan itu? Habislah dihukum Profesor Afzhan.

Takdir II | Secrets Untold [HOLD]Where stories live. Discover now