Bab 14

147 15 0
                                    

MAJLIS pelantikan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu akibat kekecohan yang dicetuskan oleh Fariz. Kasihan bagi dua lagi pelatih yang belum sempat dilantik pangkat sebagai Tuan Muda. Mujur Profesor Afzhan mengarahkan pihak atasan yang bertugas agar Fariz ditahan di bilik bawah tanah selama sebulan. Dia bakal menjalani hukuman berat mengikut peraturan tetap akademi Quricity.

Fariz telah mencabar kemuliaan Tuan Nawwar dengan sengaja.

Pintu wad pembedahan terbuka dari dalam. Serentak beberapa orang kenalan rapat Nawwar datang menghampiri Doktor Khairul, selaku doktor pakar bedah dalam kes mengejut ini. Air muka tampak keruh. Kekura jari diurut gentar.

"Tuan Zach... Saya nak tanya sesuatu, boleh?"

"Silakan. Dia orang juga bersedia untuk mendengar." Tuan Zachary menoleh sekilas ke tepi mengerling anak muda belakangnya sebelum beralih semula melihat Doktor Khairul. Doktor Khairul berdehem seketika.

"Saya pernah berunding dengan Doktor Rais dulu. Seingat saya dalam rekod kesihatan dia, Nawwar ada sejarah jantungnya lemah, betul tak?"

Semua orang serentak mengiyakan pertanyaan musykilnya.

"Jadi, selepas kami berjaya mengeluarkan peluru dari jantungnya, oksigen dia mula drop ke paras terendah. Kami bimbang jika dia tidak dapat diselamatkan." Doktor Khairul mendesis perlahan. Sengaja menggaru pangkal tengkuknya.

Sontak gadis mungil sebelah Hadeena berpaut erat pada lengannya. Dek terkejut melihat Emara hampir rebah menyembah lantai, Hadeena memapah gadis itu pergi ke kerusi menunggu. Aryan dan Zhan mengekori Hadeena dari belakang. Zander berdiri kaku sebelah Tuan Zachary.

"That's his wife, Emara. Nawwar told me that she was pregnant for three months now," bisik Tuan Zachary menerjah pendengaran Doktor Khairul.

Doktor Khairul beristighfar panjang. Kasihan isterinya diuji sebegini rupa. Tergamak sungguh orang yang cuba membunuh Nawwar yang tidak bersalah.

"Insya Allah kami cuba sehabis baik selamatkan dia. Nawwar dalam fasa koma. Disebabkan sejarah kesihatan dia itulah memberi kesan sampingan padanya. Kalau tak, oksigen dia takkan turun, Zach,"

"Aku tahu. Aku tak sangka anak buah kesayangan Tuan Amirul punca semua ni berlaku,"

"Tuan Amirul? That problematic master?" Doktor Khairul cuba menyakinkan andaiannya.

"Iya. Aku tak tahu kenapa Fariz dendam sangat dekat Nawwar. Padahal anak Asnawi tak pernah cari pasal dengan Fariz. Hairan aku." Pelipis dahi diurut. Berkali-kali geleng mengenangkan nasib ditimpa Nawwar. Dahlah hari ini hari terpenting bagi seluruh warga akademi.

Doktor Khairul bercekak pinggang. Dia meminta izin beredar pergi untuk memantau semula keadaan Nawwar dalam bilik bedah. Beberapa minit lagi dia akan dipindahkan ke wad ICU dan pastinya dia akan bekerjasama lagi sama Doktor Rais.

Zander dan Tuan Zachary berbalas pandangan. Mereka melangkah perlahan menghampiri Emara sedari pucat. Masih berpaut erat pada lengan Hadeena.

"Emara... Doakan yang terbaik untuk Nawwar," pesan Zander sayu.

"I can heal him..." Ibu jarinya bermain pada cincin elemen yang terkandung permata khas sebagai penyembuh.

"But-"

"I'm a healer! I can save him, can I??" Bait kata Zander dipotong Emara. Wajah gadis itu merona merah akibat lencun air mata.

"Emara... Istighfar dulu. Akak tau awak risaukan Nawwar. Tapi sekarang kita sama-sama berbadan dua. Akak taknak awak stres sangat sampai bagi effect dekat kandungan awak." Hadeena sedaya upaya mengawal emosi Emara yang sedang menguasai jiwanya.

Takdir II | Secrets Untold [HOLD]Where stories live. Discover now