Bab 12

179 15 0
                                    

"CINTA! Mana cinta?" rengek Nawwar tercari-cari kelibat isterinya dalam bilik tidur.

Tiada sahutan kedengaran. Bilik air diserbu masuk. Masih kosong. Resah hatinya tatkala Emara hilang depan matanya. Pagi ini dia terpaksa ambil cuti akibat morning sickness salah menyasar mangsanya. Petang sikit dia ingin pergi ke kedai butik untuk mengambil uniform yang sudah siap ditempah.

Nawwar melabuhkan punggung di katil. Tak tenang duduk. Takkanlah Emara senyap-senyap pergi latihan tanpa pengetahuan Nawwar. Dia sudah meminta pertolongan Tuan Zachary untuk maklumkan kepada master Flame selain Tuan Amirul untuk berikan dia cuti selama sembilan bulan. Pada asalnya Nawwar ingin tetapkan Emara cuti selama enam bulan kerana usia kandungan sudah mencecah tiga bulan. Baru teringat Emara akan berpantang selama tiga bulan sebaik saja dia bersalin.

Dia terpaksa tegas demi memastikan kandungan isterinya dijaga dengan baik. Nawwar enggan tercetus isu keguguran sepertimana pernah berlaku pada arwah Puan Mawwar dulu.

"Cintaku Emara Iris... Mana awak!?" lantang Nawwar menyeru seiisi rumah.

Nawwar menghempas tubuhnya ke tilam katil. Serta merta tangisannya bocor keluar. Gelisah. Bimbang. Kemana isterinya pergi?

"Sampai hati cinta pergi latihan senyap-senyap," gumam Nawwar memeluk bantal dalam dakapan.

Krek...

Bunyi pintu terbuka menyinggah di saluran pendengaran Nawwar. Bingkas bangun dari katil mencari sumber bunyi tersebut. Macam datang dari pintu utama.

"Abang! Kak Deena hantar something untuk kita!"

Suara nyaring Emara kedengaran. Apalagi? Nawwar berpura-pura tidur diselubungi selimut tebal menutup keseluruhan wajahnya. Malu kalau kantoi menangis sebab isteri menghilang pergi rumah jiran sebelah.

"Abang?" Derapan tapak kaki melangkah masuk bilik tidur lapang ini. Emara terpandang susuk tubuh sedang enak dibuai mimpi. Padanlah panggil tak jawab.

Bukan tidur pun. Si suami tengah mod merajuk.

Beg kertas pemberian Hadeena diletakkan atas meja alat solek sebelah pintu gelangsar. Katil dipanjat cermat. Bahu Nawwar disenggol perlahan.

"Abang dah okey ke? Tak ada morning sickness ke?"

Senyap.

"Hm... Awak tidur lah dulu. Saya nak jenguk hadiah yang Kak Deena bagi." Belum sempat Emara pergi ke meja solek, tangannya digenggam Nawwar bawah selimut. Badannya berpusing menghadap Emara. Wajah sembapnya membuatkan Emara tercengang.

"Kenapa menangis ni? Sakit lagi ke?" soal Emara melekapkan tangannya di dahi Nawwar. Pantas Nawwar menggeleng kemudian sembamkan wajahnya di perut Emara.

"Saya mati-mati ingat awak pergi latihan... Rupanya... Awak pergi jumpa Hadeena. Tak minta izin saya pun!"

"Alah, Hadeena dengan Aryan aje pun. Bukannya awak tak kenal dia orang,"

"Awak pergi menghilang tanpa pengetahuan saya..." Nawwar menangis sepuas-puasnya dalam dakapan Emara. Tersedu-sedan mengalahkan budak kecil kena tinggal.

Mahu tak Emara sakan gelakkan dia. Tak pernah Nawwar bersikap di luar jangkaan Emara. Lazimnya dia kelihatan dingin, tegas dan serius. Kadang-kadang saja sifat manjanya terserlah. Tetapi selepas dapat tahu Emara mengandung, sifat manjanya telah menguasai kerenah dan emosinya.

Rambut seputih salju disikat dengan jari-jemarinya. Bercampur aduk sama rambut perangnya. Makin ketat pelukan Nawwar pada pinggang rampingnya. Wajah Nawwar masih melekat pada perut isterinya.

Takdir II | Secrets Untold [HOLD]Where stories live. Discover now