BAB 07

28 6 0
                                    

Aku pandang adik-adik lelaki aku yang tengah tengok perlawanan bola sepak secara langsung melalui kaca televisyen. Entah apa yang menariknya pasal bola aku tak tahu. Sekejap masing-masing serius. Sekejap membongkok macam tunggu musuh datang menyerang. Lepas tu pula melompat-lompat macam kera kena belacan sekali dengan sorakan. Entah apalah yang mereka buat aku tak faham.

Tidak terkecuali seorang lagi lelaki jadian dalam rumah ini. Alia Nasuha, minah bola ni sama naik dengan adik-adik dia. Kalau bab bola dia serta merta akan jadi lelaki. Suka sangat dengan bola dan kadang-kadang dia yang melebih-lebih.

"Double M.... Oh, Double M! Go... go... go." Alia menjerit. Siapalah Double M yang dia duk beri semangat sangat tu. Tak padan dengan perempuan. Langsung tak ada sopan-santun. Erk, mengata adik aku. Mana tak tumpah kuah kalau bukan ke nasi. Dah aku pun macam tu tentulah dia pun lebih kurang sama.  

Kerana geram dengan lagak masing-masing aku yang berdiri berdekatan dengan bilik ayah segera mendekat. Nak melintasi mereka. Sengaja aku lambatkan pergerakan agar adik-adik aku terlepas aksi yang sedang mereka saksikan. Biar mereka ketinggalan.

"Kak long!!!"

Semuanya menjerit memarahi aku dan aku apa lagi sengaja berdiri membelakangi televisyen. Bongkokkan badan dan raup biji  kuaci dengan tangan kanan lalu genggam agar tidak tumpah. Masing-masing menjerit kuat dan mereng ke kanan ke kiri bila aku masih di depan mereka.

"Kak long!" Alia menjerit geram. 

Aku senyum jahat. 

"Al nak tengok Double M lah. Sibuk je," marah Alia dan aku tunjuk muka puas hati sebab berjaya buat mereka marah.  Kaki mengarah ke dapur. Berdiri di tepi peti ais. Kuaci di dalam tangan aku letak atas meja. Aku mana suka makan kuaci. Kuaci makanan tak cukup zat. Jadi tak sesuai dengan aku yang mahu sentiasa sihat. 

Biar mereka asyik dengan bola. Aku pula nak isi perut. Malam-malam macam ni aku rasa lapar pula lalu buka peti dan  tarik keluar cheesekut yang aku buat petang tadi.  Ambil sudu dan terus duduk di atas kerusi. Sungguh cantik lapisan cheesekut yang aku buat dan aku kaup sedikit. Suapkan ke dalam mulut. Ah, sedapnya! Nikmat betul bila hantu cheese dapat telan cheese begini. Tenang rasa dada bila kesejukan cheese dan biskut melalui dada untuk ke perut.

Sambil makan aku lihat adik-adik aku terutama sekali Afza. Ralik benar dia dengan kotak empat segi di depan. Aih, bola je kut! Takkan excited macam tu sekali. Omel hati aku apabila lihat Afza berdiri menyokong kumpulan yang dia minat. Aku gelengkan kepala. Dalam keluarga aku hanya aku seorang yang tak suka dengan sukan ini. Bagi aku sukan begini adalah sukan yang lasak sebab pemain kena berlari ke sana ke mari dan risiko untuk cedera itu tinggi. Oh, no! Aku seriau.

Tapi adik-adik aku begitu bersungguh seperti mereka pula yang sedang mengejar bola. Tambah-tambah lagi apabila tiga bungkus kuaci sudah tinggal kulit saja. Tengok kuaci terus aku teringat dengan mamat rescuer kelmarin. Sebolehnya aku tak mahu ingat tapi wajah Afza yang ceria buat aku ingat juga. Mamat tu belanja banyak makanan ringan termasuklah kuaci yang dah tinggal kulit itu dengan pesanan suruh tengok bola sambil makan kuaci. Itu yang Afza cerita walau aku tegah tak nak dia cerita apa-apa.

Haih, mamat rescuer. Jangan muncul lagi. Aku tak suka kau beli jiwa adik aku. Nampak macam adik aku tu dah suka sangat dekat kau. Kalau kau muncul lagi nampaknya aku kena berperang bersungguh-sungguh untuk selamatkan adik aku. Kau belum tentu orang baik. Aku tak suka kau. Walau kau dah selamatkan aku tapi belum tentu aku boleh percaya kau. Lagipun sejak kelmarin aku dah upgrade kau jadi musuh aku. 

Aku bangkit nak simpan cheesekut bila sudah separuh aku bedal. Hish, malam-malam makan kek. Buang tabiat ke apa. Adik aku makan kuaci aku cakap tak sihat tapi aku bedal yang berlemak tak takut pula.

The Most Wanted (PLAYER) LOVER (Completed) Where stories live. Discover now