BAB 05

25 4 0
                                    

Dada tetap berdebar walau sudah dua tiga hari usul Nek Zakiah berlalu. Dalam cuba memujuk diri aku jadi takut pula. Takut sungguh sekiranya apa yang orang tua itu usulkan benar-benar jadi kenyataan. Aku sebenarnya masih belum bersedia untuk melangkah ke fasa baru dalam hidup aku sementelah aku masih belum bekerja. Malah aku telah letakkan sepenuh perhatian pada adik-adik dan ayah. Tidak mahu terikat selagi aku tidak berkerja.

Tapi itulah, apa yang dirancang belum tentu milik kita. Yang sudah jadi milik kita sendiri pun boleh terbang begitu saja. Ini kan pula yang masih dalam rangka perancangan. Begitulah hidup aku. Bagaikan sebuah peta minda. Anak panah semua sudah sedia ada tetapi isi di dalam masih lagi kosong.

Betapa perancangan manusia itu tidak sempurna. Hanya Allah jualah yang Maha Berkuasa - menentukan segala-galanya.

Sedang ralik menonton televisyen di hujung minggu begini satu notifikasi berdesup  masuk melalui telefon aku. Pantas aku buka. Ada tag dari Leena. Sebaik aku buka terus aku panjatkan doa agar ini adalah permulaan yang  baik untuk aku. 

Temuduga pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.

Tut!

Aku terus simpan link yang diberi Leena. Lihat jam di dinding rumah. Tidak ada apa-apa yang perlu aku buat sekarang jadi  aku boleh isi permohonan tanpa gangguan. Terus melangkah ke bilik. Buka laptop. Pastikan line internet laju terlebih dahulu dan aku tekan link yang telah aku simpan tadi. 

Sekejap saja aku berjaya mengisi borang. Semak terlebih dahulu. Baca doa dan teramat berharap agar permohonan ini  berjaya ditapis. Apabila tiada sebarang kesilapan ditemui aku tekan butang hantar.

Aku senyum puas hati.  Pemohonan ini aku isi tanpa beritahu ayah. Aku takut ayah berharap pula. Kalau aku tak beritahu sekurang-kurangnya hanya hati aku yang kecewa.

"Kak Long. Adik nak beli buku latihan. Kak long bawa adik ke SMO."

Amboi si kecik ni. Mengarah eh. Macamlah aku ni pembantu dia. 

"Dah start cuti sekolah kan. Nak buat apa lagi dengan buku latihan?" soal aku tidak faham.

"Cikgu bagi kerja sekolah. Nak tulis tapi buku dah habis. Tinggal kulit je." 

Tak jadi aku nak marah bila Afza sebut kulit buku. Kasihan pula. Lalu aku suruh dia tunggu sekejap. Nak pakai tudung. Bila dah siap aku suruh dia ikut aku. Jumpa ayah di sebelah stor tengah membaiki televisyen.

"Ayah,  pinjam kereta. Nak ke bandar kejap. Nak bawa Afza beli buku," pinta aku pada ayah. Seperti biasa ayah hanya diam. Beri kunci kereta pada aku dan terus menyambung kerjanya.

Kadangkala aku terasa hati. Ayah buat aku macam anak tiri. Tak patut betul.

Terus aku pandu kereta menuju ke bandar yang hanya 10 minit jaraknya dari rumah.

Parkir kereta di hadapan kedai buku SMO lalu bawa Afza masuk. Adik aku ambil dua tiga buah buku tulis. Aku pesan jangan ambil komik. Dalam aku duk pesan Afza rembat juga dua buah komik. 

Nasi baik adik sendiri. Tak jadi aku nak sekeh kepala adik sendiri bila muka dah berubah jadi kucing comel. Pandai lah dia nak bodek aku kan. 

Nasi baik duit poket aku masih ada. Masih mampu nak bayar.

"Ini kalau kak long tak ada duit, kak long tinggal adik kat sini biar jadi tukang mop lantai. Kan best." Sengaja aku menyakat.

Kak long dengan adik-adik kan. Ada saja yang aku nak bantai.

"Kak long nak singgah mall kejap. Sebab tadi adik dah ambik komik jadi jangan haraplah nak dapat makanan kat dalam tu," pesan aku tanda memberi amaran dan Afza buat muka sepuluh sen.

The Most Wanted (PLAYER) LOVER (Completed) Where stories live. Discover now