BAB 01

49 7 2
                                    

"Yahooo!!!"

Aku menjerit kegembiraan. Akhirnya pengajiaan aku tamat juga hari ini. Kini aku sudah selamat menyandang gelaran siswazah Kejuruteraan Awam. Aku lega. Tidak perlu lagi bermain dengan perkataan-perkataan yang susah serta melihat nombor-nombor di atas kertas. Papan lukisan, sesiku T, pembahagi dan yang sama waktu dengannya akan aku bungkus elok-elok dalam kotak untuk aku hantar balik ke kampung. Sudah tidak perlu aku fikirkan pelbagai jenis bentuk untuk aku lakar. Tangan aku sudah bebas.

Yess!

Aku bebas.

"Weh, berangan." Leena jentik dahi aku. Aku mengadu sakit sambil menggosok dahi yang terasa kembang. Aku yang menghadap cermin pandang Leena yang tengah bersiap hendak keluar. Hari ini kami bersama-sama  akan meraikan hari akhir kami di sini dengan bertemu janji di luar daripada kampus.

"Engkau ni. Benjol dahi aku tau. Hilang setengah juta." Benci betul sebab dia suka jentik aku macam dalam drama Korea. 

Leena ketawa gelihati.

"Padan muka. Sempat lagi kan nak berangan. Tahulah kau tu orang cantik. Kalau berdiri depan cermin tak sah kalau tak dua tiga jam kan. Apa yang kau belek pun aku tak tahu."

Leena mencebik dan aku pula yang terkedu.

"Kau cakap aku cantik Lee. Wah, kau dah tak rabun! Kau dah maju ke depan. Selama ni bukan main lagi kau asyik panggil aku bibik sampai aku betul-betul jadi macam bibik urus katil kau yang macam tongkang pecah tu."

Terhambur tawa besar Leena.

"Alah... bila lagi kau nak jadi bibik aku. Hari ni pun last day kita kat sini. Esok kita dah balik negeri masing-masing. Aku balik Korea kau balik Konoha."

Pap!

Aku bagi sebiji penampar dekat lengan Leena. Dia tidak mengaduh sebaliknya makin kuat ketawa.

"Dahlah. Aku gerak dulu. Jumpa kat restoren nanti. Lagipun Shams dah tunggu aku kat bawah," ujar Leena yang terkocoh-kocoh keluar dari bilik.

Aku geleng kepala. Entah apalah yang dia kalut sangat. Sepatutnya duduk bilik yang sama pergi pun samalah. Tapi tak tahu kenapa dia nak pergi dulu. Apa yang dia dah plan dengan Shams aku tak tahu. Tapi... kalau aku dapat tahu dia nak kenakan aku siap dia orang nanti.

Aku lihat diri aku di dalam cermin sekali lagi. Sebab hari ini hari akhir, jadi aku nak melawa sikit. Wedges yang aku baru pakai sekali sahaja semasa majlis makan malam tahunan aku tarik keluar dari kotak yang belum aku selotape. Usap wedges warna coklat muda dengan penuh kasih sayang.

"Kau jangan buat hal tau. Biasanya kalau aku pakai yang tinggi macam ni adalah yang nak lari dari kaki aku. Kalau kau buat hal aku baling kau jauh-jauh. Jangan buat hal ya sayang. I love you." Terus aku sarung ke kaki. Lihat penampilan diri. Sudah cantik dan memuaskan hati lalu aku keluar dari bilik. Kunci pintu dan tunggu grab yang aku tempah pagi tadi. Melihat sebuah Proton Saga merah dengan nombor plat seperti yang dihantar pemandu melalui aplikasi whatsapp aku senyum panjang. Kaki dihayun penuh gaya ke arah Proton Saga tersebut.

Masuk saja ke dalam perut grab terus pemandu yang nampak sebaya ayah aku itu memecut laju menuju ke hotel.

Fuh, hotel tu! 

Semuanya plan Leena. Nak berhigh-tea dekat hotel. Aku ikut saja. Janji hari ini baik-baik saja. Jangan ada onar yang terjadi sebab aku kenal diri aku. Sejenis kelam- kabut tak ingat dunia.

Kelip-kelip mata. Eh, dah sampai pun dekat hotel! 

Keluar saja dari grab aku ternampak deretan kedai di seberang jalan. Teringat yang aku belum pun lagi beli hadiah untuk rakan baik aku sebagai tanda akhir perpisahan, aku hayun kaki melintas jalan. Mujur kereta tak banyak jadi sempatlah aku berjalan dengan ayunya. Masuk ke dalam sebuah kedai dan lihat-lihat hadiah yang berkenan di hati. Apabila sudah jumpa, aku terus bayar. Keluar dari kedai aku lintas jalan nak ke hotel. Sampai di tengah-tengah jalan aku berdiri di atas penghadang jalan. Banyak pula kereta dari arah bertentangan.

Dada dah berdebar teruk. Mata sempat melihat sebuah bas berhenti di tepi kaki lima jalan di sebelah hotel. Kenderaan lebar dan panjang itu menurunkan sekumpulan jejaka berbaju putih sama design buat dada aku makin berdebar-debar. Sempat lagi kepala mengomel. Ramai pula pelanggan hotel hari ini.

Abaikan kumpulan lelaki terbabit. Kini aku tengok kiri kanan. Rasa macam dah tak ada kereta lalu aku cepat-cepat melangkah hendak melintas. Baru sekerat jalan aku rasa kaki kanan aku ringan.

Aku berpaling. 

Alamak! 

Wedges aku tertanggal dan landing dengan begitu cantik di tengah jalan. Masak! 

Takkan aku nak berkaki ayam masuk hotel lantas tak pandang kiri kanan aku pusingkan badan hendak melangkah mendapatkan kasut aku. Baru selangkah dua tiba-tiba aku rasa tangan aku ditarik dan tubuh aku dengan kuatnya terhempas ke dada keras seseorang.

Jantung aku mengepam laju bagaikan lepas membuat senaman tekan tubi. Aku dongakkan kepala.

Kelip-kelip mata pandang pemilik dada bidang berbaju t shirt putih berlambang harimau.

Lelaki. 

Ya, dia lelaki dan matanya tajam merenung aku.

"Tak sayang nyawa ke?" Keras suara pemilik dada itu terlontar keluar. Tapi aku masih kelip-kelip memandang lelaki itu dan tubuh aku pun masih melekat di dadanya. Haruman maskulinnya yang menerpa rongga hidung buat aku tenggelam dalam dunia aku sendiri. 

"Asma Ra...."

Aku kenal suara itu. Dua tiga kali suara itu memanggil nama aku. Pantas aku berpaling. Melihat Leena dan Shams yang membuntangkan mata memandang ke arah aku barulah aku sedar. 

Kembali memandang pemilik dada. Tiba-tiba lelaki itu menolak tubuh aku sedikit jauh dan memandang ke kiri dan kanan dua tiga kali lalu melangkah laju mengambil kasut aku.

Kasut!

OMG. Ya. Bukankah tadi aku nak ambil kasut aku tapi boleh pula aku terlekat dekat lelaki itu. Bila tersedar yang aku dah buat silap mulalah muka aku membahang merah.

"Nah, ambil ni!" 

Lelaki itu hulurkan kasut aku. Dengan wajah yang tebal berinci-inci aku ambil kasut yang dihulur. Ucap terima kasih lalu menghampiri kawan aku yang masih tercegat macam tiang lampu. Aku tak tahu mereka terkedu tengok aku atau terpegun dengan lelaki yang telah menolong aku.

"Jom." Ajak aku dengan harapan lelaki itu cepat-cepat pergi dan aku tak akan jumpa dia lagi. Tetapi...

"Cik Asmara."

Hah, asmara!

Dia panggil nama siapa tu. Tapi aku tetap pusing dan pandang lelaki itu.

"Kalau tak sayang nyawa sendiri pun ingat nyawa orang lain. Sekali melayang ke atas jangan dipanggil turun ke bawah," pesan lelaki itu dan buat aku ternganga. Lelaki itu berikan senyum senget dan berlalu masuk ke dalam hotel. Aku pula hantar susuk itu dengan mata terkebil-kebil.

Ya, salah aku. Serta-merta muka bersalah tadi berubah masam mencuka. 

Kau memang tak sah kalau tak buat silap Asma.

Hisy, geram aku!

The Most Wanted (PLAYER) LOVER (Completed) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora