10 ; Dia Masih Hidup

125 18 5
                                    

Darimu, aku belajar erti rindu.
Hari esok adalah hari yang aku tunggu,
duduk di taman hanya alasan yang aku sembunyikan.

Benci adalah perasaan yang aku sorokkan.
Ego aku langitkan setinggi mungkin
agar kau tak tahu-

Aku sedang rindu.

[Senandika Rasa Hati – Hifza Yelda]

Puan Nafisah mendekati bilik anak ketiganya lalu diketuk pintu bilik tersebut sebelum dengan perlahan dia menguak pintu bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Nafisah mendekati bilik anak ketiganya lalu diketuk pintu bilik tersebut sebelum dengan perlahan dia menguak pintu bilik itu. Dia melihat anak lelakinya sedang duduk pada birai katil sambil menatap ke arah luar balkoni dengan tatapan kosong. Puan Nafisah melangkah masuk ke dalam bilik mendekati anak lelakinya lalu melabuh punggung di sebelah Izzar.

"Kami nak ke Ipoh. Tidur semalam sebelum esoknya hari pertunangan kamu dengan Ardina." Ucapan ibunya tidak langsung dibalas, Izzar malah dia termenung seakan tidak mendengarkan ucapan ibunya.

"Izz, umma cakap dengan Izz ni." Puan Nafisah menyentuh bahu anak lelakinya, barulah Izzar menoleh ke arah ibunya.

"Kalau Izz cakap batalkan, umma mesti takkan bagi, kan?" soal Izzar. Bukannya tidak dengar, dia dengar tapi sengaja buat tidak peduli.

"Izz tahu kan, umma buat semua ni demi Izz? Izz kena ada kehidupan baru. Umma tak minta Izz untuk lupakan Hifza tapi umma cuma tak nak Izz hidup dalam bayangan Hifza." Puan Nafisah hanya tak mahu anaknya terus hidup dalam kesedihan. Ibu mana yang sanggup melihat anak terpuruk dengan masa lalu yang kelam.

"Umma tahu anak umma belum selesai dengan masa lalu dia tapi umma masih desak Izz untuk kahwin dengan Dina. Umma tak rasa ke yang sebenarnya umma cipta luka dekat Dina?" soal Izzar, dia menatap dalam ke arah anak mata coklat terang milik ibunya.

Puan Nafisah sudah berlinang, dia hanya mahu yang terbaik untuk anaknya tapi Izzar malah menuduh dirinya seakan membuat luka kepada gadis yang bakal menjadi menantunya.

"Jadi, Izz pandang umma sejahat itu?"

"Tak umma. Izz tak bermaksud sakitkan hati umma."

Izzar mula merasa bersalah, tangan ibunya digenggam sembari menghapus air mata yang sempat jatuh ke pipi ibunya. Rasa bersalah semakin besar, rasa berdosa ketika melihat air matai bunya jatuh kerana kesilapan dari ucapannya.

"Izz minta maaf umma. Izz silap, Izz tahu niat baik umma tapi Izz tak nak seksa Dina. Bagi Izz selesai dengan masa lalu Izz dulu." Sambung Izzar, dia hanya mahu ibunya faham keadaan dirinya hanya akan membuat kehidupan rumah tangganya tidak akan bahagia jika dipaksa bina tanpa persediaan jiwa dan raganya.

"Kalau tunggu selesai, akan ambil masa terlalu lama. Kamu tu kalau tak dipaksa, kamu takkan selesai sampai bila-bila." Suara itu membuatkan dua beranak menoleh ke arah pintu.

"Kita kena gerak sekarang. Kalau tak lambat nanti." Sambung Tengku Ismail sebelum dia hilang dari pandangan isteri dan anak lelakinya. Dia sempat mendengarkan perbualan isteri dan anaknya membuatkan dia meninggalkan beberapa baris ayat sebelum kembali turun ke bawah di mana anak-anaknya yang lain sudah menunggu.

Surat TerakhirWhere stories live. Discover now