6 ; Hati Dirobek Luka

199 24 13
                                    

Maaf aku terleka,
Padahal kau jawapan dari
doa panjangku setiap hari,
tapi aku tertipu dengan diriku
maka aku tutup mata.

Maaf aku terleka,
Padahal kau putra dogeng
yang aku harapkan.
Tempat bersandar bahkan
tempat aku melepas lelah
tapi lagi-lagi aku buta mata.

Maaf aku terleka,
Padahal kau yang dikirim
dari Dia untukku sesuai takdir
tapi aku seakan tak peduli
bahkan membiarkan dirimu
kecewa.

Maaf aku terleka,
Aku terbuai dengan kekuranganku,
makanya aku lupa kamu
yang terbaik pemberian dari-Nya.

[Senandika Rasa Hati - Hifza Yelda]

Bau ubat menusuk masuk ke dalam hidung membuat Izzar Naresh perlahan membuka mata, kepala berdenyut membuatkan dia memicit pelipis dahinya sembari melirik ke arah persekitaran ruang dia berada saat ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bau ubat menusuk masuk ke dalam hidung membuat Izzar Naresh perlahan membuka mata, kepala berdenyut membuatkan dia memicit pelipis dahinya sembari melirik ke arah persekitaran ruang dia berada saat ini. Izzar Naresh melihat abang keduanya sedang terlelap di atas sofa.

"Abang ngah! Nazrul!" panggil Izzar Naresh sedikit menjerit.

"Izz!" Irfan Nazrul terjaga, dia terus mendekati adiknya, "kau okey ke? Nak aku panggil doktor?" Soal Irfan Nazrul penuh khuatir.

Izzar Naresh menggeleng perlahan, "lama ke Izz ada dekat hospital?" Soalan Izzar Naresh membuatkan abangnya melirik ke arah jam yang melingkari pergelangan tangannya.

"Lama lah juga. Sekarang pukul sebelas pagi. Kau pengsan maghrib semalam dekat kubur. Kau gila ke, Izz? Kau tak sihat Izz, yang kau paksa diri pergi kubur tu buat apa? Nasib baik umma suruh aku pergi tengok kau, kalau aku tak datang, aku tak tahu nasib kau macam mana," omel Irfan Nazrul terus menghambur rasa marahnya, sebagai abang sudah pasti dia merisaukan adiknya.

Tambah, ketika Izzar Naresh mula berubah sejak kehilangan Hifza Yelda. Ahli keluarga sangat merisaukan keadaan Izzar Naresh sehingga tidak sanggup melihat adik mereka sendirian. Takut Izzar Naresh hilang kawalan malah menagih Hifza Yelda untuk kembali.

"Izz dah janji dengan Hifza. Izz akan datang setiap hari untuk jumpa dia," balasan Izzar Naresh membuatkan Irfan Nazrul memejamkan mata sambil memicit pelipis dahinya. Wajahnya berubah kelat menahan sakit di hati.

"Kau janji apa, Izz? Dia dekat dalam tanah tu, dah tak fikir kau dah. Kau tu yang kena fikir diri kau sendiri. Jangan sampai gila, Izz." Boleh kena darah tinggi Irfan Nazrul melayani sikap adiknya yang kini terlihat terlalu menggilakan Hifza Yelda. Hati Irfan Nazrul mula panas ketika mendengarkan nama gadis yang sering membuat adiknya tidak keruan. Bukan kerana sakit hati dengan gadis itu tapi kerana sikap adiknya.

"Dalam mana? Abang ngah jangan pandai-pandai. Izz tak suka abang ngah cakap macam tu," marah Izzar Naresh kesal kerana tidak suka dengan ucapan abangnya tentang Hifza Yelda. Dia tidak peduli orang lain ingin mengata dirinya gila tapi dia tidak suka ada yang mengaitkan Hifza Yelda.

Surat TerakhirWhere stories live. Discover now