5 ; Kenapa Dengan Izz?

247 29 13
                                    

Kita bagai atma dan daksa
yang tak direstui untuk bersatu.
Tidak! Mungkin saja -
Aku yang membuat jarak agar
kita tidak menjadi satu.

Aku pernah berharap
akan ada lelaki yang baik hadir
tapi saat kamu datang,
aku malah memintamu pergi
kerana takut kau akan hancur.
Aku perempuan gila
yang hanya menjadi aib bagimu.
Tak dipandang dan terpandang,
kamu akan hancur jika bersamaku -

Kau cintaku tapi cukup
hanya dalam diamku.

[Senandika Rasa Hati - Hifza Yelda]

Kaki melangkah ke arah bilik ibunya, Hafiz Yaslam melihat ibunya sedang berbaring dalam keadaan memejamkan mata sambil memeluk baju milik Hifza Yelda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki melangkah ke arah bilik ibunya, Hafiz Yaslam melihat ibunya sedang berbaring dalam keadaan memejamkan mata sambil memeluk baju milik Hifza Yelda. Hatinya bagai digores sembilu ketika melihat keadaan ibunya hanya menghabiskan waktu merindui satu-satunya adik yang dia punya.

Pintu bilik diketuk, "mama." Panggilan Hafiz Yaslam membuatkan puan Yasmin mencelik mata sambil angkat kepala sekilas.

"Kamu nak apa?" soal puan Yasmin dingin.

"Kita dah lama tak tengok papa. Alang-alang tu, Hafiz nak ajak mama ziarah Hifza sekali. Mama tak pernah ziarah kubur Hifza lagi." Ucapan Hafiz Yaslam mengundang pandangan tajam daripada ibunya.

"Kalau kamu nak pergi, kamu pergi sorang," balas puan Yasmin masih dingin.

"Kita pergi sekali lah. Mama kan tak pernah pergi kubur-"

"Kubur! Kubur! Kubur! Siapa yang mati? Kamu jangan cakap fasal kubur lagi depan aku! Aku tak suka!" Ucapan Hafiz Yaslam dipotong, puan Yasmin membidas kerana tidak menyukai anak lelakinya menyebut tentang kubur atau kematian anak perempuannya. Lantaran itu, dia terus membalik badan tak mahu lagi memandang anak lelakinya.

Nafas berat dilepaskan, keluh Hafiz Yaslam melihat sikap ibunya.

"Yalah. Hafiz pergi kejap. Assalamualaikum," ucap Hafiz Yaslam kemudian berlalu keluar dari rumah dengan penuh kecewa terhadap ibunya untuk melawat bapanya di penjara. Setelah itu, baru dia akan ke kubur untuk menziarahi adik perempuannya.

Surat Terakhir

Langit bertukar jingga menandakan sebentar lagi akan maghrib. Seharian Izzar Naresh hanya terbaring lemah tak berdaya kerana demam panas akibat lama di bawah hujan ketika di kubur Hifza Yelda malam semalam. Puan Nafisah hanya mengejutkan anaknya untuk solat, makan dan makan ubat. Selebihnya, Izzar Naresh menghabiskan waktunya dengan tidur.

"Izz, nak maghrib dah ni. Bangun, mandi," kejut puan Nafisah yang berdiri di sebelah katil.

"Izz, bangun," kejut puan Nafisah lagi. Kali ini sambil menepuk kaki anaknya.

Perlahan Izzar Naresh membuka mata, memandang ke arah ibunya yang masih setia di sisinya, "pukul berapa sekarang, umma?" Soal Izzar Naresh pelan, nadanya lemah. Kepalanya masih terasa berdenyut sakit.

Surat TerakhirWhere stories live. Discover now