42⚔️

81 11 0
                                    

Hi!!!!, jangan lupa vote and komen. Kalau ada kesalahan ejaan.

Please let me know.

Enjoy


Suara perlahan-lahan mulai merangkak masuk ke alam bawah kesedaranna. Anak matanya bergerak di bawah kelopaknya cuba memahami yang sedang berlaku itu. Suara yang memanggil nama "Kafeel" itu mula kedengaran seperti dekat dengannya. Dengan bunyi  peralatan memasuk bertemu satu sama lain sehingga dapat dia dengari bunyi sayur-sayuran dicincang. 

Seketika, Kafeel mula tercium bau harum makanan yang dimasak mulai menyelinap masuk, bersatu dengan aroma kopi pagi yang menyenangkan. Dengan perlahan, Kafeel menggeliat daripada tidurnya. Matanya meluncur ke arah sliding door yang terbuka membiarkan sinaran matahari menyinari ruang itu. Perhatiannya teralih pada suara yang memanggilnya itu.

"Bangun pun awak ini. Penat saya panggil tadi." kata Ryllana yang sibuk menyiapkan sarapan pagi itu. Kafeel tersenyum sekejap, sambil memerhati perbuatan Ryllana yang tampak sesuai dengan gelaran isteri itu. 

Sedar yang dia sudah memiliki Ryllana sepenuhnya sejak 2 minggu lepas itu membuatkan senyumannya terukir. Seminggu berada di dunia Europe untuk menikmati minggu Honeymoon itu merupakan minggu yang paling indah untuk mereka berdua sebelum Kafeel ditugaskan untuk menjalankan sebuah misi. 

Ryllana memasukkan sayur ke dalam nasi goreng yang dimasak di dalam kuali itu. Pili air dibuka dan tangannya dicuci sebelum mendekati Kafeel yang sedang memerhatinya.

"Good morning, suami saya." kata Ryllana sambil mecium tangan Kafeel setela duduk di birai katil. Semalam, tidak sempat dia nak berbuat demikian.Disebabkan Kafeel sampai lewat dan Kafeel terus melepaskan rindu untuk berduaan itu.

Kafeel berkerut,

"Good morning, diri aku." dicium dahi Ryllana. Tangan Ryllana diraih dan diusap.

"Tak penat ke semalam,hm?. Baru je, nak bagi Princess Treatment." Ryllana ketawa sebelum bangun. Tuala lelaki itu dicapai.

"Saya belum buat tugas seorang isteri untuk awak. Jadi, untuk minggu ini tak de princess treatment untuk saya tau." tuala diambil daripada tangan Ryllana sebelum dililit pada pinggang. Kaki menatap mendekati Ryllana yang mematikan dapur gas itu. Pinggang Ryllana dirangkul dan leher gadis itu dikucup.

"Apa yang belum dibuat?. Semalam pun kau dah jalankan tugas kau." kucup didaratkan lagi. "Lagipun, memasak tu bukan tugas wajib isteri, Ryllana. Dan aku, tak suruh pun. "

Ryllana berpaling sebelum memandang lelaki itu.

"Saya teringin nak buat...Tak boleh ke?" Kafeel memandang Ryllana dengan penuh cinta.

"Boleh cuma kita buat sama-sama tau. Everything dari memasak sampailah mop lantai semuanya. We do it together, okay?" Ryllana mengangguk.

Kafeel merenung rak almari yang penuh dengan buku-buku itu sebelum memandang Ryllana yang sibuk melipat kain ke dalam luggage. Tangannya menyentuh buku-buku yang tampak lama tidak dibaca, mesti wanita itu lupa mahu membaca disebabkan kesibukannya.

"Ryll, nak bawa semua buku ini ke?" tanyanya kepada Ryllana apabila melihat beberapa buku yang tampak seperti terbitan lama. Ada buku  yang penuh dengan note lagu.

Ryllana berhenti melipat pakaiannya kemudian mendekati Kafeel. Senyuman sayu terukir, buku-buku mengingat setiap objek memiliki arti tersendiri dalam perjalanan hidup dia dan rakannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kafeel's Meltdown CreationWhere stories live. Discover now