1⚔️

433 36 8
                                    

Clang! Shing!  Bunyi yang terhasil apabila 2 bilah pisau saling bertemu.

"Tajam juga pisau kau." Lelaki itu memberi senyum sinis dengan mengenakan pakaian askar itu cuba melalaikan pihak lawannya.

Namun begitu, Lelaki itu tidak termakan perangkap itu, langkah dibuka dan sepantas kilat, lelaki itu meluru laju ke arah lelaki yang mahu merangkapnya.

Clinggg! Bunyi yang terhasil ketika pisau mereka bertemu dalam serangan kilat tersebut.

Berputar dan meliukkan tubuh mereka dalam tarian yang mematikan sama ada bagi mempertahankan diri mahupun serangan yang cuba dilakukan.

Swish, Swoosh

Perlawanan seperti tarian itu menciptakan melodi yang menegangkan di tengah padang tanah merah itu.

"ARGH!" jerit lelaki yang sedang mengangkat tinggi pisau yang dipegangnya. Lelaki dibawahnya berada dalam kesusahan apabila dia sedaya-upaya menahan lengan seorang lelaki yang berada di atasnya yang cuba menikam dirinya.

"2 minit lagi." bicara seorang anggota yang memegang jam randik sambil memerhati dua manusia yang sedang bertempur tersebut. 

Apabila lelaki itu menoleh ke kanan dengan segera dia menolak lelaki tersebut dan menjauhkan diri.Dia tersenyum sambil memandang lelaki itu yang tampak diselubungi oleh rasa kemarahan yang makin membara.

"Sudah tiba masanya," dia tersenyum.

Thud swoosh . Gerakan demi gerakan dilakukan. Pisau saling menghalang pisau pihak lawan tanpa mengira status mereka ketika itu.Keinginan untuk menang menguasai diri 2 anak jantan itu. Ketegangan meningkat dan pisau yang terpelanting jatuh ke tanah maka mereka mula menggunakan mempertahankan diri dengan anggota badan yang ada.

"Tak guna!"

"Aku dah cakap Nabil slow-slow."

Bukk ,Thud

Diserang berkali-kali sehingga lelaki yang bernama Nabil itu berundur seketika sambil mengangkat tangan dan apabila Nabil terlihat lemah, segera mengangkat lelaki itu dan dibaling ke tanah.

Bhush

Ring!!

Bunyi penggera jam kedengaran, lelaki tadi menghulurkan tangan dan Nabil menyambut tangan dihulur itu lalu berdiri .Anggota askar yang berada situ mendekati mereka dan menghulurkan tuala kecil.

"Tuan menang lagi." bicara anggota yang baru sahaja kalah ditangan ketuanya. Lelaki itu tersenyum sambil menepuk seluar bagi menghilangkan debu tanah.

"Simple je, just bagi lawan kau lemah dahulu Nabil. I already taught you."

Nabil memandang lelaki tersebut dan menggeleng.

"Kau ketua aku, Kafeel."

"Kawan boleh jadi musuh, musuh boleh jadi kawan bila tiba masanya." botol air mineral diambil dan diteguk bagi menghilangkan rasa dahaga kian terasa.

"Kafeel, aku pergi dulu." Nabil menepuk bahunya namun Kafeel berkerut.

"Wei Bil, janganlah marah aku kalahkan kau."

Nabil tersenyum.

"Tak delah aku nak balik..." baru sesaat menoleh. Nabil berdiri dalam keadaan sedia dan memberi tabik hormat "TUAN!"

Seluruh anggota askar disitu terus berdiri dalam keadaan bersedia dengan tangan diangkat bagi memberi tabik hormat kepada sosok tubuh tersebut yang berpangkat lebih tinggi daripada mereka.

"Siapa menang kali ni?" lelaki yang berumur berpakaian baju loreng tersebut memandang Kafeel dan Nabil.

"Tuan Kafeel, Tuan." Jawapan salah seorang anggota disitu.

"Kau kalah lagi nabil?" Lelaki berumur itu memandang Nabil yang berada dihadapannya. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang telah diberitahu itu.

Nabil tersenyum

"Hehehhe ayah, Kafeel ini power yah."

"Ke kau yang tak belajar dengan kafeel?. Haih, Nabil, Nabil." Gelengan dan suara kecewa seorang ayah itu membuatkan Nabil tersenyum sengih apabila bahunya ditepuk.

Kafeel memandang dua-beranak tersebut alangkah baiknya kalau ayahnya masih hidup. Segera dia mematikan soalan yang terbit di mindanya itu.

"Teringat saya kat arwah ayah kamu, Kafeel. Selalu berlawan dengan dia, dia itu, Ya Allah, langsung tiada tandingan sampai musuh pun gentar bila berjumpa dengannya."

"Saya biasa-biasa je, Tuan." Kafeel memandang Nabil yang sekadar mengukir senyuman tersebut.

Lelaki itu memberikan senyuman kepada Kafeel.

"Darah perwira ayah kamu, ada dalam diri kamu. Penerus legasi ayah kamu."

Kafeel mengangguk

"Ayah kesini kenapa?" Nabil berkerut setahunya ayahnya jarang ke kawasan latihan pertempuran ini .

Mereka berdua memandang surat yang dipegang oleh Kolonel Rasyid tersebut.

"Next mission." Kafeel memandang Nabil.

Kemudian Kafeel mengambil surat tersebut sebelum kembali memandang lelaki berumur tersebut.

"Bila tuan?"

"Esok, 5 pagi."

"Arahan diterima, Tuan." Kafeel segera berdiri dalam keadaan bersedia.

Kolonel Rasyid memandang Nabil dan Kafeel. Nabil merupakan kawan baik kafeel sejak zaman remaja lagi ,anaknya merupakan seorang askar leftenan manakala Kafeel merupakan anak arwah kawannya berpangkat Kapten .

"Selesaikan dengan baik dan jaga diri."

"Baik tuan!"Kolonel Rasyid membalas tabik hormat itu sebelum beredar dari kawasan latihan itu.

Nabil menoleh dan memandang Kafeel yang sedang membaca surat rasmi tersebut.

"Selesaikan urusan korang sebelum 10 malam."dibiarkan Kafeel sebelum memandang anggota yang lain.

"Alpha team dengar tak?"

"DENGAR TUAN!"

Kafeel menoleh mendongak sambil melipat semula kertas tersebut.

"Esok, kul 3 pagi kat airborne. Aku nak semua ada, lambat aku halau. Faham!"

"Faham Tuan!"

Kafeel meninggalkan anggota pasukannya yang lain begitu juga Nabil.

I hope you guys enjoy my new story. By the way, saya penulis baru tau.
-MUAHH!!

Membuka Tirai: 10/12/2023 -(12:00AM)

Kafeel's Meltdown CreationOù les histoires vivent. Découvrez maintenant