Rahsia Hati Bab | 1 |

188 6 4
                                    

Nama ku Aleeya Qasreen Bt Amran Kassim. Hehehe panjangkan nama aku! Aku ni seorang yang periang dan cute! Ahaha perasan! Tarikh lahir aku adalah pada 19.9.1991. Wow unik kan! Cantik aje tarikh aku! Tapi aku belum tua okay! 1991 kut,baru 24. Tapi hari lahir aku belum genap lagi. Lagi 7 bulan lah nak sambut hari lahir yang ke-24. Huhu. Lambat lagi tuu! Aku ni bukan apa,tak sabar nak tunggu kek dari kesayangan hehe. Ek eleh,kek bila bila masa aje boleh beli,lebih senang buat aje. Tak payah susah susah nak bazir minyak kereta. Haha. Aku ni jenis yang suka jimat tau! Jimat sangat! Perli diri sendiri jap.

Tunggu kek dari kesayangan? Eh eh, jangan salah faham pula! Bukan dari buah hati,tapi dari parents aje. Aku ni belum cukup matang nak bercinta bagai. Lebih senang tak ada pak we lah dalam kamus hidup aku! Dulu aku adalah minat sorang mamat ni masa belajar kat uni dulu. Haha,kira crush la tuh. Bukan game yang candy crush soda tuh eh! Alah,crushlah yang kita minat dalam diam tu C.R.U.S.H . Huehue. Tapi tak adalah sampai nak minta couple tuh. Suka suka macam tu aje. Sekarang aku pun dah tak ingat macam manalah rupa dia. Ahaha kejamnya aku! Ish tak payah fikir semua tu lah! Janji aku happy dengan hidup aku sekarang. Aku ni berasal dari selangor tapi dalam masa 2 minggu lagi aku kena pindah Johor sebab urusan kerja dekat sana.Huhu sedihnya kena tinggalkan mama dan papa!Kira bermastautin lah ni. Aku adalah anak sulung dari 3 adik beradik. Hmm,kiranya akulah yang paling diutamakan. Tapi yang meluatnya,semua adik adik aku perempuan. Alahai,suka berebut baranglah kononnya. Hahaha macam budak budak padahal dah besar panjang.

Adik aku yang pertama nama Ameeza Qaisyara.Dia ni 2 tahun lebih muda dari aku,kira umur 22 lah kan. Hmm nak describe budak ni ke. Meeza ni aku selalu ejek dia mee ahaha. Dia ni seorang yang suka syok sendiri. Kalau bab gaduh memang aku pantang lah. Dia ni memmang suka cari pasal dan gaduh dengan aku. Memang nak kena lah penangan aku. Hehe.

Adik aku yang kedua pula nama Aleesa Qalisya. Dia ni baru tamat spm je nih. Tapi berangan angan jadi baby lagi. Ahahaha. Adik aku ni umur dah 18 lah kan. Kira beza 6 tahun lah dari aku. Ish nampak sangat aku ni macam dah terlebih tua. Sedihnya! Leesa ni aku suka buli dia. Haha padan muka! Tapi dia ni terlebih blur. Kalau bab perli memang aku perli dia kaw kaw lah. Aku ejek dia baby tua bangka. Ahaha padanlah dengan muka tu dah nak masuk u berangan jadi baby lagi. Kuang kuang kuang. Nak describe lebih detail lagi kan. Kedua dua adik aku ni memang serupa sebab suka sangat cari nahas dengan aku. Memang rumah bergegar abis lah.

Yang paling aku rapat eh? Dua dua memang jauh berbatu,rapat apanya. Sorang dah fly pergi France. Sorang lagi fly pergi Singapore. Kira tinggal aku sorang ajelah dekat rumah ni. Hmm memang membosankan sebab tak ada teman nak gaduh macam selalu. Diaorang tak silap bulan 5 ni baliklah rumah. Tiba masanya nanti sah rumah tinggal tiang aje. Ahha. Apa yang aku merepek ni. Aduhh,makan kerepek banyak sangat kut
Dekat rumah tinggal aku,mama n papa je lah. Tapi malangnya papa ada dekat Kelantan selama sebulan. Adalah projek yang dilaksanakan oleh papa. Aku mana nak tau bab bab ni. Huhu. Papa ada syarikat sendiri dekat Kuala Lumpur. Tapi papa tak kasi aku kerja dekat syarikat dia sebab dia nak aku berdikari sendiri.Sedih gila. Sapa tak sedihkan? So,aku terpaksalah cari kerja sendiri. Tapi papa suruh aku kerja jauh jauh sikit dari Kuala Lumpur,suruh aku timba pengalaman duduk jauh lah konon. Padahal selama ni aku duduk dekat uni oversea dah 3 tahun tak jauhlah pulak? Papa memang macam tu pelik pelik!

Hmm.. aku ada seorang sahabat baik dekat kampung dulu yang suka sangat dengar apa jua masalah aku. Dia yang sentiasa beri nasihat dekat aku. Aku happy sangat ada kawan macam dia. Kita orang kenal dah lama sejak dari bangku sekolah lagi. Nama dia Elyana Eriena. Aku panggil dia dengan nama Yana. Dia yang selalu menghiburkan aku tika aku sedang sedih.Hmm dia segala galanya lah. Tapi tu semua hanya tinggal kenangan kerana Yana dah pergi tinggalkan aku buat selama lamanya.

•••

please tap vote and enjoy reading my handart.. This is third of my story. Please read my first story yaa guys Pemilik Hati and my second art Birth Of A Princess. Do comment n votee..thank you very much my readers! Lebiuuu :*

Rahsia HatiWhere stories live. Discover now