013

16 0 0
                                    

aku pilih untuk tunggu dan berundur,
aku lihat kau,
berjalan tanpa aku.

ruang kosong itu,
aku pernah wujud di situ,
aku nampak kau,
toleh ke belakang,
di mana aku sedang berada.

waktu itu,
aku sedar,
aku tak mampu tinggalkan kau,
tak kira apa jua rintangan kita,
sebab ianya lebih mudah untuk hadap,
daripada fikir untuk lepaskan kau.

patutkah,
aku berdiri semula di sisimu,
dengan omongan kosong kita yang dulu.

dari jauh,
ada cahaya yang bersinar.

saat itu,
aku sedar,
yang aku takkan mampu ke depan.

setiap langkah ini,
bawa kita lebih rapat,
ke penghujung kita.

tangan kau,
yang dulu aku genggam erat,
seakan hilang begitu saja.

beritahu aku,
macam mana aku boleh suka,
kita yang sekarang,
sedangkan,
kau yang aku cintai.

untuk lepaskan kau,
kerana cinta,
kerana agama.

hati aku tidak sekuat itu,
tapi,
apa keputusan kita?

cinta kita,
mengalir sedalam lautan.

hanya apabila ia kering,
aku akan ucapkan selamat.

selamat yang terakhir,
buat kita.

coretan hati.Where stories live. Discover now