BLURB

60 8 0
                                    

Apa akan jadi apabila kak long kawasan berjumpa dengan mamat rescuer. Seorang ada senjata penyembur api dan seorang lagi ada pertahanan baik punya cilok.

Kak long kawasan tak pernah mengenali. Dua tiga kali lelaki itu muncul sebagai penyelamat namun dia tetap menganggap lelaki itu orang jahat. Mengambil kesempatan atas dirinya, perempuan yang lemah. Rupa-rupanya dia ketinggalan cerita.  Lelaki itu adalah jejaka paling popular di kalangan adik-adiknya. 

"Awak dah lama aim saya kan?" - Asma Ra

"Of course abang aim. Sebab sayangkan my ball." - Double M

"My ball konon. Ingat sikit, ek. Bola mudah kempis bila kena benda tajam.” - Asma Ra

Pertemuan demi pertemuan mengundang dugaan tidak berkesudahan. Apabila sang gadis dalam bahaya, posisi pertahanan Double M perlu diperkuatkan. Harus senjata apa lagi yang perlu digunakan untuk menghindarkan bala yang setiap masa mendekat. Tetapi sang gadis begitu ego. Langsung tak mahu menerima pertolongan. Lalu dikeluarkan segala taktik yang ada untuk meyakinkan si gadis. 

Kawan?”

“Nope.”

“Be my girlfriend?”

“Nope.”

“Kalau macam tu aku terus masuk meminang?”

Kerana tiada jawapan lelaki itu menganggap sang gadis telah bersetuju.

Dengan ikatan yang terikat halal adakah segala marabahaya dapat dielak. Mampukah juga benteng pertahanan terus kuat andainya musuh tahu dimana kelemahan. Bahkan mampukah segala rahsia di sekeliling tertutup rapat selamanya. 

"You're not my enemy... also not my friend but now you're my lovely fiancee to me. After this you're my wife till jannah." - Double M

The Most Wanted (PLAYER) LOVER (Completed) Where stories live. Discover now