P35 : PELAWAAN

172 7 0
                                    

Cikgu Wafi baru tiba di sekolah ini selepas bercuti selama 3 hari.Kebetulan ketika itu pelajar lelaki Ting 5 sedang berkumpul untuk memasuki dewan peperiksaan untuk menjawab kertas soalan terakhir SPM.Segera Cikgu Wafi meluru ke arah mereka.

"Cikgu Wafi datang weh kat kita,jom kumpul", Kata Shakrinal,salah seorang pelajar yang menduduki SPM pada hari ini.

"Okay semua,aku ucapkan good luck pada korang untuk last exam korang hari ni.Ada benda aku nak bagitahu dan tanya korang,tapi selepas habis exam lah.Sekarang ni korang fokus dulu jawab exam ye." Kata Cikgu Wafi ketika itu.

"Jadi lepas habis exam semua kena kumpul balik jumpa cikgu ke?", Soal Haidin pula.

"Yep,lepas exam jumpa cikgu dekat bilik gerakan asrama.Kul bape korang habis ni?", Soal Cikgu Wafi kembali.

"Pukul 2.30 Cikgu", Jawab Akiff pula.

"Okay,lepas korang makan nanti pukul 3.00 petang jumpa aku kat bilik gerakan.Ada benda nak bincang.Good luck semua."Kata Cikgu Wafi kepada mereka.
--------------------------------------------------------------
Asrama ketika ini cukup sunyi sepi.Jauh sunyinya berbanding ketika penghuni asrama berada di sini.Inilah suasana apabila cuti sekolah menjelang tiba.Aku seperti biasa meronda kawasan asrama dan memasuki setiap bilik,meskipun asrama ini sudah tidak berpenghuni.
Pelajar Ting 5 semua berada di dewan peperiksaan,berperang dalam kertas soalan terakhir SPM mereka pada hari ini.

Pak Samad menghubungiku tadi,dia memaklumkan bahawa rumah rehat telah pun siap dikemas,hanya menanti kedatangan pelajarku sahaja.Aku sebenarnya tidak pasti adakah ada pelajar yang sudi mengikutiku pulang ke Dusun Sahabat,kerana sebentar lagi baru aku akan memberitahu mereka. Dalam masa yang sama aku berasa bimbang jika ada ibubapa atau penjaga tiba lebih awal sebentar lagi untuk menjemput mereka pulang ke rumah.

Bunyi ketawa dan perbualan mula kedengaran setelah pelajar Tingkatan 5 memasuki perkarangan asrama.
Mereka semua segera memasuki bilik gerakan asrama di blok baru,aku telah pun menanti mereka semua dengan penuh senyuman.Masing-masing sedang mengambil tempat duduk ketika ini.

"Aku nak tanya ni sebab sebelum ni aku lupa nak tanya,ada sesiapa yang stay asrama hari ni?",Tanyaku pada pelajar Ting 5 yang sedang berkumpul di bilik ini.

Majoriti mereka mengangkat tangan tanda mereka akan stay di asrama pada malam ini.Dalam pengiraanku hanya 3 orang sahaja yang tidak mengangkat tangan mereka itu Capang,Zubair dan
Haidin.

"Korang bertiga balik hari ni ke? Pukul bape?", Soalku kepada mereka bertiga.

"Saya petang ni Cikgu,Capang dengan Zubair malam mak ayah dia baru jemput", Jawab Haidin.

"Yang stay asrama ni sampai bila?", Soalku lagi.

"Kalau ikutkan taknak balik Cikgu,tapi sebab kena balik gak paling lewat hari Jumaat Cikgu.Paling awal esok petang", Jawab Akiff sambil disambut gelak kawan-kawannya yang lain.

"Aku ingat nak bercuti dengan korang kat luar sebelum korang balik terus ke rumah masing-masing.Itu yang aku nak tanya korang ni.Kalau semua boleh join lagi bagus sebab lepas ni not sure ada lagi ke tidak melepak macam ni.Tapi yang kena balik awal takpelah aku faham", Kataku lagi kepada mereka.

"Wahh,bercuti kat mana Cikgu? Boleh je saya bagitahu mak saya yang saya keluar bercuti dengan Cikgu", Kata Capang ketika itu.Pertanyaan tersebut turut disoal oleh pelajar yang lain.

"Ada lah tempat dia.Area sini jugak. So kalau nak stay sampai Jumaat kat sana pun boleh.Suruh mak ayah korang amik kat sana je nanti,tak payah amik kat asrama ni", Kataku lagi kepada mereka semua.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 04 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GURU 2019Where stories live. Discover now