P12 : PROMOSI PERCUMA

145 7 0
                                    

Hari Sukan Sekolah berlangsung pada minggu ini selama 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad.Pihak sekolah terlebih awal memaklumkan pada hari Isnin nanti merupakan cuti khas di mana semua pelajar tidak perlu hadir ke sekolah. Sudah pasti mereka penat dengan aktiviti sukan sepanjang 2 hari itu.

En Azlan dan keluarganya turut hadir untuk memberikan sokongan kepada anak mereka Syafiq.Mereka sekeluarga sekali lagi menempah chalet di Dusun Sahabat yang jaraknya tidak jauh dari sekolah Syafiq.

Suasana di padang sekolah pada hari ini umpama pesta.Ramai ibu bapa dan penjaga yang hadir untuk memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.
Gerai jualan yang didirikan dan dijual oleh pelajar sendiri menambahkan suasana yang cukup meriah di sini.

Sukan olahraga telahpun tamat dengan rumah biru mendominasi acara tersebut dengan memenangi 10 pingat emas.Ketika ini di gelanggang bola tampar sedang berlangsung perlawanan akhir yang menemukan rumah kuning dan rumah hijau.

Beberapa orang alumni juga hadir memberikan sokongan kepada junior mereka,antaranya Raimy dan Nuri.
Dalam kesempatan ini mereka turut berbual dengan junior dan guru-guru mereka yang berada di sini.

"Cikgu,tumpang tanya,sekiranya pada hari ini saya hendak membawa anak saya bermalam di luar boleh ke?", Tanya seorang penjaga kepada Cikgu Wafi yang berada di khemah guru.

"Boleh takde masalah.Cuma nanti surub anak jumpa saya dulu untuk saya sign buku kebenaran", Jawab Cikgu Wafi dengan ringkas.

Syed dipanggil oleh Cikgu Wafi untuk menemuinya.Cikgu Wafi meminta Syed membuat penguguman jika ada ibubapa atau penjaga hendak membawa anak mereka pulang,perkara itu dibenarkan.Tetapi dengan syarat pelajar yang mahu pulang perlu menemuinya terlebih dahulu.

"Dari mana bang?", Tegur ayah Fayyad kepada En Azlan.

"Saya dari Nilai.Abang pula dari mana?", Jawab En Azlan dengan ramah.

"Saya dari Gombak.Tak tahu pula sampai esok sukan ni.Esok anak ada main bola pulak.Kalau tak hari Isnin baru hantar anak balik ke sini", Kata Ayah Fayyad.

"Habis ni balik Gombak semula la ni?", Soal En Azlan lagi.

"Tak tau lah bang.Kang kalau tak datang esok anak pulak kecik hati.Nak tidur kat sini tak tau nak tidur mana,lagipun takde saudara mara dekat sini", Jelas ayah Fayyad lagi.

"Saya dengan keluarga sewa chalet area sini.Dekat jugaklah dalam 15 - 20 minit dah sampai.Harga pun okay dan berpatutan.Kalau abang nak no tempat chalet tu saya boleh bagi.", Kata En Azlan juga.

"Haa boleh jugak bang bagi kat saya", Jawab ayah Fayyad lagi.
--------------------------------------------------------------
Bukan sahaja En Azlan dan keluarganya sahaja yang menginap di Dusun Sahabat,malah terdapat lagi beberapa keluarga yang lain turut memilih Dusun Sahabat sebagai tempat penginapan mereka dari ini.Begitu ramai keluarga pelajar dari sekolah yang sama dengan Syafiq menginap di sini.En Azlan memberikan nombor tempat ini kepada beberapa orang keluarga yang bertanyakan tempat ini kepadanya di padang sekolah tadi.

"Fuhh,mujurlah ada tempat dekat dengan sekolah anak.Kalau tak,mana nak tidur malam ni pun Uncle tak tahu", luah seorang pengunjung kepada Amir yang menyambutnya ketika itu.

"Ada apa dekat sekolah anak pakcik tu? Ni ramai-ramai dari tempat yang samalah?", Soal Amir.

"Ada hari sukan,anak pun tak bagitahu benda tu berjalan 2 hari.Hari ni aktiviti olahraga je,esok baru aktiviti dekat padang", Jawab pengunjung itu.

"Meriah betul sekolah anak pakcik tu,selalu hari sukan sehari je.Ni sampai 2 hari.Sekolah apa cik?", Tanya Amir sekali lagi.

"Sekolah #^$&#(% tu,yang kat kaki gunung yang masuk dalam kampung ulu tu.Kamu orang sini takkan la kamu tak tau", Jawab pengunjung itu lagi.

GURU 2019Where stories live. Discover now