P30 : KELONGGARAN

127 5 0
                                    

Peperiksaan PMR baru sahaja tamat, tidak seperti pada tahun-tahun sebelum ini majoriti pelajar lelaki Ting 3 memilih untuk tidak pulang ke rumah masing-masing,tetapi memilih untuk tinggal di asrama sehinggalah hujung tahun.

Aku kira mungkin pelajar Tingkatan 3 berasa selesa dan senang hati tinggal di asrama sekarang.Tambahan pula senior mereka pada tahun ini tidak sama macam tahun-tahun sebelumnya.Apa yang mencuri tumpuanku,ada di antara pelajar Ting 3 ini yang membantu junior mereka mengulangkaji pelajaran,tambahan peperiksaan akhir tahun telah pun hampir tiba.

Syafiq dan rakan-rakannya yang lain telahpun melepaskan jawatan mereka masing-masing.Untuk sesi baru tahun hadapan,Joe akan dilantik sebagai ketua asrama sambil dibantu oleh Amy sebagai timbalannya.Pemilihan mereka untuk menjawat jawatan itu sangat sesuai pada pandangan mataku.Aku memerlukan keseimbangan dalam kepimpinan asrama.Joe merupakan seorang pelajar yang cukup baik dan disenangi oleh guru-guru dan pelajar lain di sini.Manakala Amy pula merupakan pelajar yang mempunyai perwatakan tegas seperti Akiff ketika ini.

Aku telah memaklumkan kepada Joe dan Ahli Jawatan Kuasa Asrama yang baru dilantik supaya mereka dapat meneruskan khidmat cemerlang  seperti mana yang telah dilakukan dan disumbang oleh Syafiq dan rakan-rakannya yang lain.Joe dan kawan-kawannya yang lain berjanji akan memberikan khidmat cemerlang kepada pihak pengurusan asrama dan sekolah.

Ketika ini semua pelajar Tingatan 5 diberi kebebasan untuk mengatur jadual ulangkaji mereka sendiri.Guru- guru subjek tidak lagi masuk ke kelas seperti dahulu dan pelajar Ting 5 diberikan peluang untuk mengulangkaji pelajaran sendiri.Cuma sekiranya ada permintaan dari mereka, guru subjek tersebut akan membuat kelas ulangkaji khas buat mereka.

Mereka juga bebas untuk ke kelas atau kembali ke asrama ketika sesi persekolahan berlangsung.Aku langsung tidak bertindak ke atas mereka,bukanlah kerana aku memberi mereka muka,tetapi aku juga pernah berada dalam situasi yang sama seperti mereka.Dalam masa yang sama juga aku menyampaikan pesan kepada Akiff,
sekiranya dia hendak merokok,
merokoklah di dalam tandas semasa penghuni asrama tiada di asrama.

Pada mulanya Akiff seolah terkejut juga apabila aku menyampaikan pesanan sebegitu.Aku menerangkan kepada dia ketika aku berusia sepertinya dahulu aku juga merokok sama ada di sekolah ataupun di asrama.Itulah cara aku untuk menghilangkan tekanan,
tambahan pula peperiksaan SPM hampir berlangsung ketika itu.

Aku tahu aku bertindak salah kerana memberi kebenaran kepada pelajarku merokok.Tetapi aku perlu memahami remaja sekarang tidak seperti dahulu. Mereka lebih kuat memberontak meskipun dalam perkara yang kecil.
Lagipun aku yakin Akiff yang berusia 17 tahun sudah matang untuk membuat keputusan,memilih mana yang baik dan buruk untuknya.

Lagipun aku tidak boleh melayan pelajar Tingkatan 5 seperti mana aku melayan junior-junior mereka yang lain.Aku mahu mereka terus berkawan denganku nanti apabila mereka menamatkan sesi persekolahan di sini.
Aku mahu mereka keluar nanti tanpa ada sikap bermusuhan dan tidak berpuas hati padaku,apatah lagi mereka semua berada dalam bulan-bulan terakhir mereka di sini.

Bagaimanapun aku sering mengigatkan mereka bahawa kelonggaran yang aku berikan ini bukanlah lesen untuk mereka bermaharjelela di sini.Masih ada peraturan yang perlu mereka ikuti. Lagipun aku tidak mahu langkah sumbang mereka menjadi contoh ikutan yang tidak baik pada junior-junior mereka di asrama.

GURU 2019Where stories live. Discover now