P8 : TAKLIMAT

146 7 0
                                    

Taklimat mengenai asrama bersama pelajar Tingkatan 5 sudah pun bermula dan pengetua sekolah menyampaikan ucapan penghargaan terlebih dahulu di atas kesudian dan kehadiran pelajar Tingkatan 5 pada hari ini dalam membantuku dan Abang Radzi untuk mengangkut perabot masuk ke dalam bilik.

Kemudian Ustaz Razak menerangkan kepada kesemua pelajar Tingkatan 5 mengenai kegunaan block baru asrama itu.Block tersebut kata Ustaz Razak akan menempatkan pejabat warden,bilik gerakan,bilik rawatan,bilik gym dan bilik alumni. Manakala ruang terbuka yang dibina di sudut block bangunan ini akan dijadikan ruang istirehat penghuni asrama.

Syafiq dan rakan-rakannya begitu teruja apabila impian mereka yang selama ini mahukan bilik gym akhirnya tercapai.Bertambah manis lagi mereka merupakan betch pertama yang akan merasai kemudahan tersebut pada tahun terakhir mereka.Ustaz Razak sempat menitipkan pesanan agar segala kemudahan yang disediakan nanti perlu dijaga dengan baik.

Kini giliranku pula untuk menyampaikan taklimat kepada pelajar Tingkatan 5.Aku memaklumkan kepada mereka bahawa jumlah bilik selepas pertambahan tingkat akan bertambah menjadikan kesemua bilik di asrama lelaki ini berjumlah 18 buah bilik.
Tetapi hanya 17 bilik sahaja digunakan kerana 1 bilik lagi itu tidak dikira kerana itu merupakan bilik warden.

Memandangkan jumlah bilik terlalu banyak,aku memaklumkan kepada mereka semua bahawa kebanyakkan pelajar Ting 5 akan duduk bersendirian di dalam bilik bersama penghuni junior yang lain terutamanya kepada Ahli Jawatan Kuasa Asrama.Aku mahu mereka memantau pergerakan dan disiplin pelajar junior mereka di dalam bilik.Mereka memahami dengan jelas segala peneranganku.

Aku juga memaklumkan kepada mereka semua terdapat pertambahan penghuni asrama yang begitu ramai pada tahun ini terutamanya bagi pelajar Ting 1 dan Ting 4.Aku meminta mereka bekerjasama dengan Jawatan Kuasa Asrama yang dilantik bagi menguruskan dan melicinkan operasi pentadbiran asrama meskipun mereka tidak mempunyai sebarang jawatan di asrama pada tahun ini.Aku berasa sangat lega kerana mereka semua memberi tekad untuk bekerjasama.

Sebelum aku manamatkan taklimatku, aku memberitahu mereka bahawa aku akan tinggal di rumah warden yang baru sahaja selesai dibaik pulih.Aku juga meminta mereka menemuiku di sana terus sekiranya ada perkara penting dan kecemasan yang berlaku terutamanya pada waktu malam.
Aku kemudian meminta mereka bersurai dan mereka masing-masing boleh memilih mana-mana bilik berpandukan syarat yang aku bagi tadi.
--------------------------------------------------------------
Aku ketika ini berada di rumah warden menyusun pakaianku di dalam almari.
Sebenarnya sudah hampir seminggu juga aku mengemas rumah ini.Rumah ini cukup besar buat diriku yang masih bujang.Mungkin benar kata Aida,aku perlu segera menghantar rombongan untuk menikahi dia,sekurangnya adalah temanku nanti di rumah ini.

Dari rumah ini aku dapat mendengar suara pelajar Ting 5 yang berada di asrama.Aku tidak pasti apa yang mereka bualkan tetapi aku dapat mengecam suara itu milik siapa.Sekali sekala aku mendengar suara ketawa mereka hingga ke sini,mungkin ada antara mereka yang sedang bergurau.

Sebentar tadi aku sempat memberitahu Syafiq bahawa aku amat memerlukan bantuan mereka esok untuk mengangkut barang untuk di bawa masuk ke dalam block pentadbiran asrama pula.Syafiq memberikan jaminan kepadaku yang dia bersama dengan rakan-rakannya yang lain akan membantu.

Aku mula merebahkan badanku di atas katil.Cukup penat aku rasakan.
Kepalaku yang tadi tenang tiba-tiba aku rasakan berserabut apabila mengenangkan yang aku perlu segera mencari seseorang untuk menguruskan Dusun Sahabat dengan kadar segera.

GURU 2019Where stories live. Discover now