P13 : TERSIRAT

139 6 0
                                    

Syafiq memilih untuk tidak mengikuti keluarganya bermalam di Dusun Sahabat meskipun bapa tirinya adalah orang pertama yang meminta izin dari Cikgu Wafi untuk membawa Syafiq bermalam di luar.Dia berasa segan kerana adiknya yang lain seperti Syawal dan Saiful tiada.

Ada juga ayah tirinya En Azlan bertanya kepadanya mengapa dia tidak mahu mengikuti mereka,pada awalnya Syafiq enggan memberitahu apa yang terbuku di hatinya.Tetapi selepas di desak akhirnya Syafiq menjawab dengan jujur.En Azlan langsung tidak berasa kecil hati,dia memahami mungkin Syafiq masih berasa kurang selesa terutama dengan anak-anak perempuannya dan dia menerimanya dengan hati terbuka.

Esok merupakan hari perlawanan bagi sukan futsal,sepak takraw dan bolasepak.Pada malam ini seperti yang diarahkan oleh Cikgu Wafi,semua ahli pasukan rumah biru perlu berkumpul di dalam dewan sekolah.Ada sedikit taklimat yang akan di sampaikan oleh cikgunya itu.

Asrama ketika ini masih meriah meskipun terdapat sebilangan penghuni yang pulang ke rumah atau bermalam di luar bersama keluarga dan penjaga masing-masing.Mereka mungkin tidak sabar menantikan hari esok.Ketika ini ramai penghuni asrama yang bersiap-siap menuju ke bangunan sekolah untuk bertemu dengan guru penasihat rumah sukan masing-masing.
--------------------------------------------------------------
Aku sebenarnya terkejut apabila melihat Syafiq berada di sini malam ini. Seingatku tadi,ayah tirinya ada berjumpa denganku dan meminta kebenaran untuk membawa Syafiq keluar bermalam bersama keluarganya.
Tetapi aku tidak bertanyakan perkara itu kepadanya kerana aku tidak mahu dia berkecil hati dengan soalanku.

Aku mula memberikan taklimat untuk esok kepada ahli rumah biru.Pasukan rumah biru ketika ini mendahului di tempat pertama dari segi kutipan pingat emas.Jika boleh aku mahu ahli rumah biru melengkapkan tahun kegemilangan rumah sukan kami dengan memenangi emas acara bolasepak esok.

Aku memberikan arahan kepada Syafiq selaku kapten pasukan bolasepak rumah biru untuk memberikan penerangan kepada ahli pasukan berkaitan strategi dan arahan taktikal yang bakal kami gunakan esok.Aku menghabiskan masa yang lama untuk mengkaji kekuatan ahli pasukan rumah sukan yang lain dan aku berharap segala yang direncana akan diterjemahkan dengan sebaiknya esok.

"Syafiq,kau okay tak?", tegurku kepada Syafiq selepas tamat taklimat rumah sukan.

"Okay je Cikgu.Kenapa?", Soalnya kembali kepadaku.

"Saje tanya.Kau dah free tak? Kalau free jom teman aku makan jap kat luar." Pelawaku kepada Syafiq.

Aku ketika ini dalam perjalanan menuju ke Pekan Tampin untuk makan malam.Agak lewat aku makan malam pada hari ini kerana aku ada taklimat yang perlu diberikan kepada ahli rumah biru untuk pertandingan esok. Syafiq berada di tempat sebelahku untuk menemaniku.

Aku dan Syafiq kemudian menikmati makan malam.Wajah Syafiq kelihatan cukup penat,mungkin kerana terlalu keletihan dengan acara sukan pada hari ini.Tambahan pula dia ada menyertai acara olahraga pada pagi tadi dan menyumbangkan pingat emas yang banyak untuk rumah biru.

"Cikgu,esok cikgu ada pergi mana-mana ke lepas habis hari sukan?", Tanya ketua asrama itu kepadaku.

"Esok aku ingat nak balik ngan tidur kat rumah aku.Lagipun dah lama sangat tak balik." Jawabku sambil menjamah makanan.

"Kalau esok saya ikut Cikgu balik rumah boleh?", Soal Syafiq yang ketika itu membuatkan aku terkejut.

"Hmm boleh tu boleh.Tapi kenapa nak ikut aku pulak?", Soalku kembali.

"Saya ingat nak tenangkan fikiran kat luar.Memang family saya ada kat sini, tapi saya taknak bertambah serabut", Luah pelajar Tingkatan 5 itu kepadaku.

GURU 2019Where stories live. Discover now