FaZa 5

32 1 0
                                    

Sepanjang malam Zandra berjaga kerana hendak menjaga suaminya yang sedang demam.

Zandra merenung seluruh wajah Fahim yang sedang lena. Tangannya naik ke atas pipi Fahim.

"Saya dah mula sayangkan awak tapi saya tak nak mengaku." Zandra mengusap lembut pipi Fahim.

"Saya minta maaf sebab saya lebih memilih ego daripada jujur." Zandra menggenggam erat tangan suaminya.

"Saya takut nak jujur dengan awak." Zandra menundukkan kepalanya.

"Saya berkelakuan dingin dengan awak selama kita bergelar suami isteri." Air mata mula bertakung di kelopak matanya.

"Saya minta maaf sebab buat awak menangis dengan kelakuan saya." Zandra berusaha menahan esak tangisnya.

"Saya dengar semua kata-kata awak Fahim." Zandra tidak mampu menahan esak tangisnya.

"Saya minta maaf sebab buat awak terluka." Air matanya mengalir dengan deras.

"Tolong jangan bencikan saya." Zandra mengeratkan lagi genggamannya pada tangan Fahim.

Zandra mengesat air matanya daripada terus mengalir.

"Semoga suami saya cepat sembuh. Selamat malam." Zandra mencium lembut dahi Fahim.

Zandra meletakkan kepala di atas lengannya. Tidak lama kemudian kedengaran dengkuran halus keluar daripada mulutnya.

Fahim membuka kelopak matanya. Zandra yang sedang tidur di lihat olehnya.

"Kenapa sayang takut nak jujur?" Fahim mengusap perlahan wajah Zandra.

"Abang tak pernah bencikan sayang." Fahim mengucup belakang tangan Zandra yang sedang menggenggam tangannya.

"Abang dengar semuanya sayang. Abang tunggu sampai sayang mengaku perasaan sayang pada abang." Fahim mengusap lembut ubun-ubun isterinya.

"Terima kasih sebab sudi sayangkan lelaki lembut macam abang." Fahim menahan air matanya daripada mengalir.

"Abang minta maaf kalau abang bukan macam lelaki dekat luar sana." Air mata mengalir dengan perlahan membasahi pipinya.

"Andai kata suatu hari nanti abang akan kehilangan sayang, abang harap sayang akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik daripada abang."

"Terima kasih sebab sudi jaga abang." Fahim tersenyum nipis sambil memandang wajah lena Zandra.

"Selamat malam bidadari syurga abang." Fahim mengucup lembut dahi isterinya.

Mata kembali dipejamkan. Tangannya yang digenggam oleh Zandra dibiarkan begitu sahaja.

>>>>>

Zandra terjaga daripada tidur apabila mendengar suara azan subuh berkumandang.

Zandra mencelikkan mata beberapa kali. Sebaik sahaja pandangan sudah jelas, kelihatan Fahim baru sahaja keluar daripada bilik air.

"Sayang dah bangun?" Fahim memandang ke arah Zandra yang sedang merenungnya.

"Kenapa awak tak kejut saya?" Zandra bangun daripada posisi baring nya.

"Abang tak nak ganggu sayang tengah tidur." Fahim melemparkan senyuman nipis kepada isterinya.

"Masalahnya sekarang ni, awak tengah demam tau." Zandra memandang tajam ke arah suaminya.

"Abang cuma demam sahaja sayang. Abang..."

"Saya tahu awak cuma demam, masalahnya demam awak dah kebah ke?" Zandra bangun daripada duduknya dan melangkah ke arah Fahim.

Mr. SoftWhere stories live. Discover now