Episode 05: Cikgu Baru 🤍🌼

58 2 0
                                    

Usai saja matapelajaran Matematik tambahan tamat, murid murid mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Farziana.

"Wey wey, aku x sabar nak tengok muka ustaz baru tu depan depan...pasti lagi kacak kan dari dalam gambar" kata Anita kepada dua orang sahabatnya bella dan qasrina. Eyy menyampah !

"Haah, kan. Aku pun x sabar jugak . Eh jom la kita pergi bilik Pendidikan Islam. Nanti boleh duduk depan sekali." Ajak Bella kepada dua orang sahabat nya itu.

Mereka terus keluar menuju ke bilik Pendidikan Islam. Dari tadi Laila memasang telinga. Bukan lah sengaja dia hendak memasang telinga, tapi volume makcik gedik tiga orang tu membuatkan dia menyampah mendengar. Berbulu sahaja telinganya.

"Eleyhh , aku pun excited jugak nak tengok takde la mengedik macam tu sekali," omel Laila. Geram sungguh dia dengan makcik makcik gedik di kelasnya itu.

"Uit, biarla diaorang. Bukan diorang kacau kita pun. Dah jom kita pergi bilik Pendidikan Islam. Nanti takut x cukup kerusi pulak." Lembut sahaja suara Ayla menegur teman baiknya itu. Tangannya lincah menyediakan buku teks Pendidikan Islam.

"Aku bukan apa, cuma sakit mata je tengok makcik gedik tu" kata Laila membela diri. Dia massih tidak berpuas hati. Tangannya menutup suis kipas sebelom melangkah keluar bersama Ayla.

"Halahh dah la kau ni. Biar la diorang. Makin kau fikir, makin kau berdosa tau. Free je dosa tu. Lagipun bukan ada faedahnya" kata Ayla masih memujuk Laila. Dia sedaya upaya memujuk Laila agar kawannya itu tidak mencampuri urusan orang lain. Dia tidak mahu kawannya itu mendapat masalah kemudian hari.

"Yelah kak oi. Dah jom jalan cepat. Aku rasa ustaz tu dah masuk" kata Laila pula.

Mereka berdua pun bergegas menuju ke bilik Pendidikan Islam. Laila sudah excited dari tadi.

Sesampainya Ayla dan Laila di sana...

Laila mengetuk pintu sebelom melangkah masuk diikuti Ayla. Mereka berdua menuju ke meja kosong di belakang kerana meja hadapan sudah penuh.

"Okey, assalamualaikum kelas." Kata ustaz baru itu.

"Waalaikumsalam ustaz." Setelah mereka menjawab salam ustaz itu mereka mula menadah tangan membaca doa sebelum memulakan sesi pembelajaran pada hari itu.

Setelah selesai berdoa ustaz itu menyuruh mereka duduk.

'Asal dari tadi aku cam kenal suara ustaz tu, pernah jumpa ke sebelum ni? Tak mungkin kot perasaan aku je tu' detik hati Ayla menyedapkan hati.

"Okey sebelum kita mulakan sesi pembelajaran kita, saya nak awak perkenalkan diri. Okey saya perkenalkan diri dulu ye. Nama saya Adam Luthman Bin Ashdan Mukhriz. Saya tinggal di Kota Bharu, Kelantan. Umur saya 24. Ada soalan? Kalau tak kita teruskan dengan budak sebelah kanan hadapan dulu perkenalkan diri."

Ketika pandangan Adam Luthman jatuh ke arah Ayla. Ayla terus menundukkan pandangannya.

Ayla terkesima dengan pandangan Ustaz itu. 'Asal sama cam lelaki kat tandas mall hari tu eh, atau perasaan aku je'. Detik Ayla dalam hati. Dia mula tidak senang duduk.

Anita mengangkat tangan untuk bertanya soalan. Amboi bersemangat benar ye si Anita ni! 😌🤭

"Ye, awak siapa nama? Nak tanya soalan apa tu?" Ujar Ustaz Adam kepada Anita.

"Nama saya Anita, saya nak tanya Ustaz single lagi ke?" Tanya Anita penuh keberanian.Lantas itu dia terus duduk.

Seluruh penghuni kelas kecoh mendengar soalan Anita. Ada juga yang mem'buuu'kan dia.

Assalamualaikum Ustazah, KAHWINI SUAMIKU.Where stories live. Discover now