Episode 04: Perpustakaan 🌼🤍

62 2 0
                                    

Kedengaran bunyi burung berkicauan merdu menghiasi keindahan hari itu. Seperti yang di janjikan Puan Liya menghantar Ayla dan Laila ke perpustakaan hari itu.

Sesampainya di sana....

"Ibu, nanti kalau Ayla ngan Laila balik nanti Ayla call ibu. Takut kalau ibu tunggu lamaa nanti. Sian ibu." Luah Ayla

"Haah bu, lepas pergi perpustakaan kami berdua nak pergi Mr. Diy sebab nak beli barang sikit." Kata Laila pula. Dia juga turut risau jika Puan Liya menunggu mereka lama.

"Hmm, yelah. Nanti jangan lupa call ibu. Hati hati. Jaga diri tu elok elok." Pesan Puan Liya seraya menghulur tangan kanannya untuk disalami Ayla dan Laila.

Perlahan dia mengusap lembut kepala mereka berdua.

"Iye bu, ibu pun hati hati balik. Assalamualaikum." Ujar Ayla penuh kelembutan.

"Iyelah. Waalaikumsalam." Seraya membalas salam dari anaknya, Puan Liya terus masuk ke dalam perut kereta.

Di dalam Perpustakaan 📚

"Kau dah dapat buku yang kau nak pinjam tu?" Tanya Ayla kepada Laila.
Dia masih dalam kebingungan untuk mencari buku rujukan yang sesuai seperti keinginannya.

"Belom, tapi aku ada jumpa dua buku add maths ni. Kau tolong recommend untuk aku mana yang lagi bagus, boleh?" Tanya Laila. Dia keliru untuk memilih kedua buku itu kerana dia berfikir kedua kedua buku itu bagus untuk rujukannya.

" Okey, yang ni ada nota penting, formula. Eh, haah la dia dua dua nampak best. Senang cite kau pinjam dua dua. Aku tengok dua dua okey. "Cadang Ayla.

" Okey lah kalau macam tu. Sekarang kita cari buku kau pulak". Kau nak buku yang macam mana sebenarnya?" Tanya Laila.

"Aku nak buku fizik yang semua ada dalam tu termasuk nota, formula,latihan sekali. Nanti boleh copy dia punya soalan untuk latihan." Kata Ayla kepada Laila.

"Ouhhh. Jom kita cari sama sama." Kata Laila.

Setelah mereka mendapatksn buku yang ingin mereka pinjam, Ayla dan Laila pun keluar dari perpustakaan itu.

"Ayla, sebelom kita pergi ke Mr. Diy kita makan dulu nak? Aku dah lapar." Kata Laila mencebikkan bibir berharap temannya itu faham situasi.

"Jom, aku pun dah lapar. Kita nk makan kat mana?" Tanya Ayla kepada Laila. Sebenarnya dia juga dari tadi lapar. Lama juga dia dan Laila mencari buku rujukan di dalam Perpustakaan tadi. Ikutkan hati dia mahu makan di rumsh sahaja, namun kasihan pula melihat kawannya itu ssudah kelaparan.

"Jom makan kat Chicken Rice tu" tunjuk Laila di salah sebuah kedai makanan di dalam mall itu.

(Lupa author nak bagi tahu, perpustakaan yang Ayla dan Laila pergi tu dalam pusat beli belah. Jadi tak hairan la semua ada)

"Hurm boleh jugak tu, aku pun dah lama tak makan sana" kata Ayla pula.

"Okey jom." Kata Laila lalu menarik tangan Ayla untuk masuk ke dalam kedai chicken rice tadi.

🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋

Setelah mereka membuat pesanan....

" Laila, kau jaga jap kat sini aku nak gi tandas. Kau makan tunggu aku tau." Kata Ayla setelah mereka memesan makanan.

" Aduhh lah penat nya hari ni , nak cuci muka la biar segar" rungut Ayla sambil mencari pencuci muka dalam beg galasnya.

Tiba tiba....

Dushh!!!

Ayla terlanggar sesuatu yang keras di hadapannya. Badannya hampir sahaja lagi terhempap ke lantai, namun dia seakan terapung di udara.


Tak lama setelah itu, dia membuka kelopak matanya. Seketika terpegun Ayla melihat sosok lelaki yang menyambutnya tadi. Dari apa yang dia lihst lelaki itu sangat kacak. Wajah putih bersih, bibir merah bak delima menampakkan yang jejjaka tu tidak pernah merokok. Kalau diukur Dari segi ketinggian memang jauh beza dengannya.

"Hoi, budak!. Apa bende kau fikir tu" tanya jejaka itu pelik melihat gadis itu tidak beeganjak dari lengannya.

Bagaikan tersentak mendengar suara nyaring jejaka itu , dia pun cepat tersedar.

"Ter ...terimaaa....kasihh pak ..pak...cikk....Maaf ye Pak cik, sa..sa..saya tak sengaja tadi" betul ke aku panggil pakcik? "Detik hatinya lagi.

"Pak cik pakcik, kau ni kalau jalan tengok la depan. Kalau kau betul langgar tiang tadi aku rasa dah terhempap muka kau jatuh kat lantai tu" marah sungguh lelaki itu kepada Ayla. Namun sempat dia memulang paku keras.

'amboi garangnya orang tua ni, datang bulan ke, dah la aku ni hati tisu. Kalau aku lama kat sini memang mengalir air mata kene tengking gini' kata Ayla dalam hati.

"Maaf ye pakcik..sekali lagi terima kasih. Next time Saya x buat lagi macam tu, InsyaAllah .Saya mintak diri dulu" kata Ayla Masih berusaha sesopan Dan memasang wajah semanis mungkin di hadapan jejaka itu. Dia pun berlalu pergi masuk ke dalam tandas perempuan.

"Oi budak! Aku tak habis cakap lagi" bengang sungguh jejaka itu terhadap Ayla. Sudahlah hari ini dia bsnyak masalah pula. " Ini lah budak zaman sekarang" katanya sambil merungut.

Setelah mencuci muka... Ayla pun kembali ke meja makan yang dipesannya bersama Laila tadi.

"Hah kau apahal ni lama, Tau tak aku dah lapar tau" omel Laila.

"Aku ada hal tadi" kata Ayla menyahut pertanyaan kawannya itu.

"Ohhh sorry, Kau okey"? Tanya Laila bimbang. Kalau tadi dia dalam mood tak sabar nak makan, namun sekarang keadaan Ayla lebih merisaukan nya. Tambah tambah lagi wajah Ayla tidak seceria tadi.

"Takde apa lah. Hal kecik ja. Dah jom makan" ajak Ayla. Bukan dia tidak mahu meluah, namun hatinya sakit memikirkan jejaka tadi. Harap muka saja herlok. Tapi garang.' sempat lagi hatinya mengutuk jejeka itu.

"Alahhh, soky. Nanti kau cite la kalau kau okey sikit and sedia nak cerita...okey jom makan. Nanti ibu risau kalau kita lambat balik" kata Laila memujuk Ayla.

"Okey.." kata Ayla. Sepanjang makan tengahhari itu, Ayla hanya senyap menikmati hidangannya. Dia Masih terkilan. Dia berharap dia tidak berjumpa dengan orang seperti lelski itu tadi pada masa akan datang.

Setelah membuat pembayaran, mereka berdua pun balik ke rumah dijemput oleh Puan Liya.



🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋

Hai semua.....Salam Ramadhan yang ke 30 dari Author.

Terima kasih kepada dear readers yang sudi baca and support cerita saya. Korang memang luar biasa.🙈🙈🙈

Jangan lupa untuk vote and komen okey ... I love you allss😚😚😚😚🦋🦋🦋🦋🌼🌼🌼🌼❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️😌😌❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Assalamualaikum Ustazah, KAHWINI SUAMIKU.Where stories live. Discover now