Prologue 🤍🌼

267 5 2
                                    

24 Mei 2018...

Hari ini merupakan hari bahagia buat Adam Luthman. Masakan tidak, hari ini dia mendapat kabar dari e-mel nya menyatakan bahawa dia telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir. Dia juga mendapat biasiswa sepanjang tempoh 5 tahun pengajiannya di sana. Dia tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.

Tambahan pula ini merupakan impian sejak dulu lagi.

Sedang dia berkongsi kabar gembira tersebut bersama keluarganya, tiba tiba telefon nya berbunyi menandakan ada notification Whatsapp yang masuk. Melihat saja nama empunya nama penghantar tertera di screen hpnya, bibir nya mencarikkan senyuman bahagia.

Assalamualaikum awak.
Tengah buat apa tu?- Isya

Waalaikumsalam awak.
Saya takde buat apa pun.
Oh ye, awak free petang ni?
K

alau Jumpa nak tak? - Adam Luthman

Oh, boleh boleh.
Tiada masalah. Kita nak
Jumpa kat mana?- Isya

Kita jumpa kat pantai yang salu kita
Jumpa tu. Tunggu saya tau.
Kita jumpa lepas asar. - Adam Luthman

Okey wak, tunggu saya kat sana ye- Isya

Okey- Adam Luthman

Setelah membalas mesej dari pujaan hatinya, Adam Luthman terus bersiap siap mandi dan solat zohor. Tidak sabar rasanya ingin berkongsi berita gembira itu kepada si pujaaan hati.

Isya merupakan kekasihnya sejak tingkatan 1 dan dia masih lagi menyayangi wanita itu sampai kini. Isya mendapat tawaran belajar di University Pendidikan Sultan Idris yang bertapak megah di Tanjung Malim, Perak. Lagipula, keluarga Isya tidak mengizinkan Isya untuk melanjutkan pelajaran jaoh dari keluarga.

Di pantai 🌊🌊🌊

Adam menceritakan semua berita gembira tersebut kepada kekasih hatinya itu.

"Awak serious ke nak sambung study kat Mesir? Bukankah terlalu jauh. Lagipun awak kat sana bukan sehari dua tau. 5 tahun tu." Kata Isya dalam keadaan resah. Bukan apa, dia risaukan keselamatan lelaki itu.

Terlalu berat rasanya nak melepaskan kekasih hati nya itu pergi merantau jauh ke negara orang. Selama ini , dia x pernah berjauhan dengan Adam. Kalau ye pun jauh, jaraknya hanya lah antara Kota Bahru ke Pasir Puteh.

" Ye awak, saya dah fikir semasak masaknya tentang ni. Lagipun ini impian saya, saya nk mengejar impian saya kat sana. Awak boleh memahami saya kan, Isya?" Tanya Adam lembut, penuh dengan nada pujukan.

Mendengar sahaja suara lembut Adam itu memujuk nya membuatkan dia lemah. Dia kemudian melepaskan keluhan berat.

"Awak, saya sentiasa akan setia ngan awak sampai bila bila. Saya janji lepas je saya berjaya saya halalkan awak eh? " Ujar Adam lagi. Anak matanya tunak merenung kekasih hati mengharapkan Isya akan memahami situasi.

"Okey, tapi awak jangan lupakan saya Tau. Pastikan awak datang sini balik awak halalkan saya. Janji eh? " Desak Isya.

"Iya awak, saya janji. Saya sentiasa berpegang pada janji. Tunggu saya tau." Kata Adam lagi.

"InsyaAllah awak, semoga ada Jodoh di antara kita. Saya sentiasa tunggu awak kat sini. Jaga diri baik baik Tau kat sana." Ucap Isya.

Assalamualaikum Ustazah, KAHWINI SUAMIKU.Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora