BAB 8

410 23 1
                                    

Usai mandi, dia terus melangkah ke bilik air. Buka je pintu, Gabriel dah menanti dia dengan wajah tenang, tapi penuh persoalan. Santai pakai tshirt putih dan seluar pendek. Hessa mengerling sekilas, cek pakaian encik suami.

Mamat ni pakailah apa pun.. tetap nampak kacak. Mungkin sebab badannya yang tinggi lampai dan sasa, buat dia nampak serba sempurna. Cukup pakej!

"Kenapa you aminkan? You tahu ke apa yang I cakap?"

Laa..! Tak habis lagi. Ingatkan dah tutup kes. Rupanya tak. Hessa mengerling sekilas, dia bagi signal dengan anak mata. Suruh Gabriel keluar. Berkerut dahi mamat Arab tu nak faham.

"I nak tukar baju. Keluarlah dulu."

Bertambah kerut dahi si suami. Dengan kening naik terjungkit sebelah. Kedua-dua belah tangan, membelit perut sendiri. Gabriel bersandar santai ke dinding.

"So?" Dia menyoal.

Hessa kerutkan dahi.

"So?" Hessa turut menyoal? "What do you mean by 'so'?" Jeda. Senyum senget. Hessa bagi isyarat tangan pulak. Jangan nak macam-macam. Jangan nak jawab benda yang dia dah dapat agak.

"For your information..."

"I know you are my husband. No aurat between us. But please... remember our contract. We are not lover couple, Luth Gabriel. Get out." Belum sempat Gabriel habiskan bicara, Hessa dah mencantas terlebih dahulu.

Nampak Gabriel sedikit degil, dia mendengus perlahan. Melangkah ke arah Gabriel, Hessa terus tolak tubuh encik suami keluar dari bilik. Langsung tak hirau muka Gabriel yang sedikit kecewa dan blurr.

Tutup pintu, Hessa terus kunci. Kemudian, tukar baju cepat-cepat. Bimbang kalau Gabriel berniat pecahkan pintu. Mamat tu bukan boleh percaya sangat pun.

15 minit kemudian, Hessa buka pintu. Kelibat Gabriel dah tak kelihatan. Dia pergi mana? Dahi berkerut, mata meliar ke sekeliling. Dia dengar orang ketawa manja disusuli suara garau lelaki.

Gabriel! Dia yakin suara tu, suara Gabriel. Dan ketawa tu, tak lain tak bukan..suara gedik milik Erin. Atur langkah ke dapur, dari belakang Hessa nampak mereka berdua turut melangkah ke meja makan.

Hessa terus julingkan mata. Menyampah! Tapi, dia tak cemburu langsung. Sebab, bukannya ada perasaan pun dekat Gabriel. Turut atur langkah ke meja makan, dia tarik kerusi lalu duduk. Semua orang dah duduk, kecuali Gabriel. Masih lagi berdiri pandang lauk pauk yang ada atas meja makan.

Hessa kerutkan dahi, cuba cari reaksi wajah encik suami. Nampak terkejut je. Jangan cakap dia tak pernah makan semua ni.

"Duduklah, bang. Mak masak banyak harini." Erin pulak yang lebih-lebih. Tarik tangan Gabriel suruh duduk.

"Err.. okay." Gabriel senyum kelat. Perlahan-lahan dia duduk. Saat yang sama, dia pandang Hessa seakan minta pertolongan. Macam mana dia nak makan semua ni? Dia tak pernah makan seumur hidup dia.

Malangnya, cik isteri buat tak tahu je.

"Ikan keli ni best tau! Favourite Erin." Erin dah kaut ikan Keli lalu letak ke dalam pinggan Gabriel.

Hessa perasan yang Gabriel dah tak senang duduk. Tapi, dia buat tak tahu je. Simpan senyum bila Erin letak ikan Keli ke dalam pinggan Gabriel. Sebab dia tahu, Gabriel tak makan ikan.

"Cuba try ni jugak. Sedap tau!" Kali ni, Mak Ucu pulak letak kerabu sarang, makanan Kelantan ke dalam pinggan Gabriel.

Terus berubah air muka Gabriel. Nampak macam geli pun ya.

"Errr.. what is this? You eat hair?"

Ikan dia kenal. Tapi, gumpalan rambut ni.. dia tak pernah tengok.

Meledak tawa semua orang bila Gabriel tanya macam tu sambil kuis-kuis kerabu sarang. Nampak sangat tak pernah tengok.

"Kepala hangguk dia makan rambut. Itulah.. aku suruh kahwin dengan orang melayu je, tak nak. Memilih sampai ke Arab. Lepas tu, makanan pun dituduhnya rambut."

Mak sorang je yang mencuka dikala semua orang ketawa. Hessa hela nafas perlahan. Dia bingkas bangun, dia cedok nasi lain dekat Gabriel. Dia cedok ayam, dia letak atas pinggan Gabriel. Pinggan yang penuh kerabu sarang, dia ambil dan makan.

"Dia tak makan ikan. Tak makan makanan kita. Jangan nak letak macam-macam." Hessa warning dengan wajah selamba.

Erin terus mencebik menyampah. Dia cedok semula ikan Keli dan letak dalam pinggang Gabriel. Hessa dah jegilkan mata.

"Err.. I can try." Laju Gabriel mencelah bila tengok muka Hessa berubah bengang. Bukannya dia back-up Erin.. tapi dia tak nak Hessa dicaci maki lagi.

"Jangan nak manjakan sangat suami tu. Silap haribulan, kena tinggal je nanti."

Ikutkan hati, Hessa nak je balas jangan nak samakan hidup mak dengan hidup dia. Tapi, tak nak mulakan pergaduhan, Hessa pilih diam. Hulur tangan, dia cedok udang masak lemak. Tup-tup, suara mak melantun kembali.

"Jangan ambil banyak sangat. Simpan dekat Erin. Tu makanan yang dia suka."

Dia baru ambil sekor udang, dah kena warning. Hessa letak kembali. Dia cuba ambil yang lain. Sotong sambal petai.

"Simpan dekat adik kamu sikit. Mak buat tak banyak sangat sambal sotong tu."

Mak siap simpan balik sambal yang dia ambil. Walaupun dah masuk pinggan dia... mak rela korek balik dan letak kembali ke dalam pinggan sambal.

Tak semena, dadanya disapa rasa sebak. Mencucuk-cucuk ke tulang hitam. Seluruh saraf terasa pedihnya. Bibir dikemam kuat. Hessa sedaya upaya berlagak tenang. Tunduk menekur pinggan nasi.

Sesaat, sambal sotong ke mendarat di atas pinggannya. Angkat wajah, ayah tiri dia yang bagi.

"Kan Senah dah cakap Erin suka sambal tu."

"Banyak lagi Senah oi! Tak habis pun setakat dia sorang yang makan." Pak Daud mencelah. Kadang, melampau jugak layanan Senah dekat anak sendiri. Dia yang melihat pun, terasa hati. Inikan pula Hessa yang lalui.

"Makan, Nia. Banyak lagi ni. Ambil je apa yang Nia nak makan. Tak luak pun." Pak Daud jegilkan mata dekat si isteri. Sekaligus memberi amaran supaya si bini tutup mulut.

"Kau pun makan, Erin. Tak payah nak letak makanan dekat orang lain. Pandailah abang ipar kau ambil sendiri yang dia nak makan." Amaran buat Erin pulak.

Spontan Erin tarik muka. Mencuka. Sakit hati sebab ayah sentiasa back-up Hessa. Padahal bukan anak dia pun!

"Abang tak payahlah nak layan dia baik sangat. Dia bukannya anak abang pun." Mak Senah memerli. Sakit hati dia!

"Kau pun sama, Senah. Erin tu anak tiri kau je. Tak payah nak manjakan dia sangat."

Setepek ayah bagi. Terus mencuka wajah mak. Semua orang diam, tak berani melawan. Sunyi sepi meja makan sehingga boleh dengar sudu berlaga dengan pinggan.

Gabriel pun sama. Tak berani buka mulut. Hanya mampu berbalas renungan saja.

Selesai makan, Hessa pilih untuk bersantai dekat ruang tamu. Sesekali dia tengok Gabriel berulang alik ke tandas. Mulanya, dia buat tak tahu je. Tapi, bila dah lebih dari 5 kali, Hessa mula risau. Dia bingkas bangun, lalu melangkah ke jenang dapur. Dia bersandar sambil menanti Gabriel.

Bila Gabriel keluar, dia nampak Hessa di jenang dapur. Kening terjungkit sebelah.'

"Are you okay?"

"You see like I'm okay?" Sinis soalan Gabriel tanpa tenaga. Muka macam pucat. Tubuh lembik. Nak melangkah ke bilik pun longlai.

"Keracunan makanan ke?" Hessa menyoal lagi. Ikut langkah Gabriel ke bilik. Masuk je bilik, Gabriel terus rebahkan badan ke tilam. Tak sampai seminit, si suami bangun balik dan berlari ke bilik air.

Teruk benar keadaan Gabriel. Lima minit kemudian, Gabriel kembali ke bilik.

"Nak pergi klinik tak?"

Gabriel geleng kepala. Rebahkan tubuh kembali. Sumpah dia dah takde tenaga. Berulang alik ke toilet setiap saat. Rasa macam nak mati.

"Get out. I need some rest." Halau Gabriel seraya tarik selimut rapat ke dada. Mata dipejam rapat. Dia benar-benar hilang tenaga.

Tak cakap banyak, Hessa terus keluar bilik. Bagi Gabriel rehat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Boyfriend Contract to HusbandWhere stories live. Discover now