BAB 1

434 22 1
                                    

Setelah 6 bulan berkenalan, si lelaki jayakan watak dia sebagai boyfriend contract dengan markah yang paling tertinggi!

Dia lelaki tepat pada matanya!

Jadi, habis je contract as a boyfriend, Hessa upgradekan contract. Dia ajak kahwin! Ya. Kerja gila! Tapi, dia yakin. Lelaki depan mata ni, adalah jodoh tersepak. Jodoh tak diduga.

Kalau lepaskan, dia rasa rugi. Boleh katakan, lelaki ni, datang tepat pada waktunya.

Betul-betul jadi boyfriend idamannya. Lelaki ni, diamkan semua mulut yang mengata dia. Bukan setakat kacak, gentleman pun ya.

Yang penting, sepanjang menjadi kekasih, dia bahagia. Dia tak rasa tersisih. Dia tak rasa perlu menagih kasih. Dia tak perlu meminta untuk diberikan perhatian. Jauh sekali rasa seperti melukut ditepi gantang.

Princess treatment dari lelaki ni, buat dia rasa dihargai. Dalam hubungan ni, bila kita dihargai, hati akan tenang.

Dan dia nak ketenangan!

Dia tak nak sakit kepala fikir kenapa lelaki tak pernah sayangkan dia? Apa kurangnya dia? Dekat mana salah silap dia? Kenapa dia kena reject dulu? Dia tak nak fikir semua tu.

Dan bila dengan Luth Gabriel, dia tak pernah rasa semua itu. Dia bahagia dan tenang. Sebab tulah, kontrak kedua ditawarkan. Jadi suami dia!

Walaupun ada halangan yang menanti, dia tak kisah! Yang pasti hubungan ni mesti halal. Dia ada kepentingan dia. Dan Gabriel pun ada kepentingan dia.

Kedua-dua belah pihak ada kepentingan masing-masing. Jadi perkahwinan ni, adalah untuk kepentingan sendiri.

Tak salah kalau dia mencuba nasib, kan?

Bahagia atau derita.. itu kita yang corakkan.

Saling merenung, Gabriel jungkit kening. Menyoal bisu. Hessa suka sangat pandang dia macam nak makan hidup-hidup.

"Why me?" Gabriel menyoal senada.

Hessa cebik bibir, jungkit bahu.

"You are the best one, maybe.." Memuji yang tak nampak memuji sangat. Tak Ikhlas pun betul jugak.

"Sebab you kacak je. Kalau muka hauk macam bontot kuali, takdenya I nak offer tawaran jadi suami." Sambung Hessa lagi. Tapi, dengan suara perlahan dan loghat Bahasa Melayu. Dia yakin, lelaki kacukan ni takkan faham.

Sebab selama 6 bulan berkenalan, mereka berinteraksi dalam Bahasa Ingeris.

"Kalau I buruk macam bontot kuali yang hitam legam tu, you takkan pandanglah I? Hmm?"

"Hah?!" Jatuh rahang Hessa. Kuat suaranya menjerit. Terkejut bila Gabriel balas dalam Bahasa Melayu.

Mata terkebil-kebil dengan muka terkejut.

"Err...Se..sejak.. err.. since when...err.." Dia jadi gugup tiba-tiba. Terkejut punya pasal. Jemari garu kepala. Garu dagu. Tak tahu nak bereaksi macam mana dah.

"You faham Melayu ke?" Soal dia tak sabar. Tak berkelip mata Hessa.

Gabriel balas dengan tawa halus. Kedua-dua belah tangan dalam kocek seluar. Tubuh bersandar pada kerusi. Dia renung je wajah terkejut si gadis.

"I orang melayu. Mestilah I faham.."

"Sejak bila? Tak nampak Melayu pun." Hessa dah gelabah. 6 bulan mereka berbahasa Ingeris. Sejak bila jadi Melayu?

"You nak suruh I pakai tengkolok dulu ke baru nampak Melayu? Ataupun, letak keris dekat pinggang? Macam tu?" Sindir Gabriel. Ketawa lagi.

"You said you Arabian!"

Boyfriend Contract to HusbandWhere stories live. Discover now