BAB 7

241 17 3
                                    

Bangun bangun, berkerut dahi dia bila nampak Gabriel berdiri je depan pintu air sambil memerhati dan termenung jauh. Entah apa yang dia sedang fikirkan. Peluk tubuh, Hessa bersandar pada dinding sambil perhatikan encik suami.

Gabriel pula, dah kembang kecut hidung dia. Teragak-agak nak masuk ke dalam bilik air yang agak... hmmm., usang?

Kening terjungkit. Muka macam takut-takut. Dia cuba angkat kaki, nak melangkah masuk. Tapi, lantai dia tanpa mozek, meragukan akal dan fikiran. Macam mana kalau dia masuk, ada lipan dicelah-celah lantai?

Macam mana, kalau ada ular menyorok di sebalik dinding? Apa dia nak buat?

Gigit bibir, Gabriel diam tak terkutik. Berkira-kira nak masuk ke tak nak. Aci tak kalau dia tak mandi harini?

"Kenapa? Geli ke nak masuk bilik air orang kampung?"

Spontan Gabriel menoleh ke belakang. Hessa pun sama. Terus berdiri tegak bila mak masuk dapur. Pandangan, jatuh pada wajah bengis emak.

"Geli ke? Rumah kau dekat Dubai tu, kaya sangat ke sampai geli nak masuk bilik air rumah aku?"

Mak Senah ni, dia tak kira siapa. Kalau dia nak selar, dia selar je. Memang tak reti jaga air muka orang sungguh. Hessa pula berasa malu bila Gabriel kena marah macam tu.

Dahlah majlis kahwin pun, ala kadar je. Pasal mak tak bagi buat majlis besar-besar. Kata mak, membazir je. Walhal, satu sen pun dia tak guna duit mak.

"Bukan geli.. dia just tak biasa." Hessa back-up. Padahal dia sendiri tak tahu Gabriel biasa ke tak.

Dia tak tahu kehidupan Gabriel dekat luar negara.

"Back-up suamilah tu? Dah kalau geli sangat, bawak je suami kau pulang ke KL. Duduk kampung lama-lama, buat apa jugak. Menghabiskan beras aku je kena masak."

Zap! Bicara mak, menusuk tangkai hati. Membelah jantung. Rasa pedih dan senak. Apalah dosa dia dekat mak sampai macam ni sekali layanan mak dekat dia.

Sejak kecil, sampai sekarang.. tak pernah dia merasa kasih sayang dari mak. Takkan hanya kerana abah kahwin lain, dia yang dibenci?

Kesalahan abah.. kenapa dia yang harus menanggung?

"Rania membebankan mak, ke?" Kuatkan hati, dia menyoal berani. Mata merenung wajah bengis mak. Tak pernah ada senyuman untuk dia. Kalau Erin.. mak layan bak puteri. Kalau dia, kalah anak tiri.

"Ya. Dah besar panjang pun, tak habis-habis menyusahkan aku."

"Kalau Nia menyusahkan mak, kenapa mak tak bagi je Nia dekat abah? Kenapa mak bela Nia?"

Merah padma wajah Mak Senah bila dengar si anak cakap macam tu. Spontan tangan naik mencekak pinggang. Tuala dia sangkut ke bahu.

"Menjawab kau sekarang ni, eh! Sejak dah berlaki, pandai dah melawan aku!" Tinggi suara Mak Senah. Boleh dengar sampai dekat ruang tamu.

"Maaf, mak. Nia tak bermaksud nak.."

"Eh, kalau kau nak tahu, aku pun tak hinginlah nak bela kau! Disebabkan bapak kau yang tak guna tu, hidup aku merana tahu tak! Disebabkan kau, aku macam orang gila! Lagi helok kalau aku tak lahirkan kau!" Lantang bicara mak, buat Hessa tergamam.

Perlahan, kelopak mata bergenang. Pandangannya mula berkaca. Dada dicucuk rasa sebak. Sekelip mata, semua orang berkumpul dekat dapur.

"Ya, Allah, Senah! Apa kau cakap macam tu?"

"Abang tak payah nak campur tangan! Abang tak rasa apa yang Senah rasa. Korang tak pernah rasa sebab laki korang tak pernah tinggalkan korang! Tak payah nak nasihat aku!"

"Kut ye pun marah dengan laki, jangan sampai salahkan anak sendiri. Dia tak minta pun dilahirkan. Bawak mengucaplah, Senah. Kau tu bukannya muda lagi. Anak sendiri layan macam anak tiri. Anak tiri, ditatang bagai nak rak." Selar makngah. Dah lama dia bersabar dengan perangai tak semenggah Senah.

Memang semua orang tahu, keperitan yang dia hadapi ketika dijandakan. Tapi, janganlah sampai menyalahkan takdir, anak yang menjadi mangsa.

"Kau pernah rasa kena tinggal ke, ngah? Kau pernah rasa terluka? Kau tak pernah duduk di tempat aku. Jadi, jangan nasihat aku macam kau duduk ditempat aku. Dia anak aku.. ikut suka hatilah aku nak buat apa!"

Setitis air mata gugur ke pipi. Hessa tunduk menekur bumi. Bukan setakat sedih, malu pun ada. Malu dengan Gabriel yang terpaksa lihat semua drama ini. Sedangkan, dia selama ini dia berpura-pura kuat. Berpura-pura ada keluarga bahagia. Padahal hakikat.. hanya menanti retak.

"Sudah, mak. Nia minta maaf kalau Nia dah lukakan hati mak."

"Kau ingat dengan maaf, boleh pulihkan hati aku ke? Sebab kau, semua orang pandang rendah pada aku. Sebab kau, semua orang cakap aku mak yang tak kenang budi. Padahal, bermati-matian aku besarkan kau seorang diri. Bila dah besar, ini balasan kau dekat aku? Dasar anak tak kenang budi! Mati lagi eloklah!" Mencerlung mata mak menikam dasar mata Hessa.

Terasa hati seperti dirobek-robek.

"Mengucaplah, Senah! Anak kandung kau tu.. bukannya orang lain!"

"Sampai bila kau nak berdendam macam ni? Tak fikir ke perasaan anak sendiri? Bukan salah dia, kau kena tinggal!"

Bertalu-talu ayat keluar dari sanak saudara buat Hessa semakin menangis. Ada yang membela, ada yang mencaci. Terasa seperti ingin menjerit kuat-kuat. Namun, bibirnya terkatup rapat. Suasana berubah bingit sekelip mata.

Di tengah-tengah pergaduhan tiba-tiba dia dengar sayup-sayup bahasa asing. Seakan-akan orang tengah mengaji quran. Ataupun tengah baca doa. Sama alunan melodinya.

Angkat kepala, dia nampak Gabriel tengah bersuara. Terkumat-kamit dalam bahasa Arab. Pantas, Hessa tadah tangan.

مكروهون كأعداء. ربيب الحبيب. إذا كانوا عائلتي، فسوف أتعرض للكمة. من الأفضل ألا يكون لديك أم إذا كنت مكروهًا بهذه الطريقة.

ya 'iilahi ya 'iilahi 'aya nawe min aleayilat hadha? 'atfaluhum makruhun ka'aeda'i. rabib alhabib. 'iidha kanuu eayilati, fasawf 'ataearad lilkamati. min al'afdal 'alaa yakun ladayk 'am 'iidha kunt mkrwhan bihadhih altariqati.

Tindakan spontan. Dia tadah tangan. Semua orang pakat diam dan tadah tangan dengan muka blurr. Saling berpandangan antara satu sama lain.

Gabriel terus terdiam. Dia pula yang terkebil-kebil. Berhenti bercakap, Hessa selamba aminkan.

"Amin."

Hessa amin. Semua orang pakat amin.

"Amin what amin? I'm angry just now." Pelik. Dia marah. Kenapa semua orang pakat aminkan? Ingat dia baca doa ke?

Bila semua orang diam dan blurr, Hessa atur langkah masuk ke dalam bilik air. Dia sambung menangis dalam bilik air. Dia tahu Gabriel membebel dan marah. Dia aminkan sebab nak hentikan perbalahan. Kalau biarkan, silap haribulan jadi perang!

Boyfriend Contract to HusbandWhere stories live. Discover now