BAB 4

150 18 0
                                    

Habis je sesi bergambar, mereka terus pulang ke rumah. Isu pengsan tadi memang bising satu kampung. Padahal, yang datang akad, berapa kerat je pun. Biasalah.. tak lain tak bukan. Erin adik tiri dia yang bawa cerita. Lain yang jadi, lain yang diceritakannya.

Balik rumah, semua orang busybody tanya. Hessa hanya senyum, dan jawab panic sikit je. Kemudian, terus melangkah masuk ke dalam bilik. Diikuti oleh encik suami. Gabriel tutup pintu, dia hampir ingin melompat. Terkejut punya pasal.

Dan-dan saat yang sama, dada dihempas debaran maha hebat. Tak pernah mereka berdua-duaan dekat tempat yang tertutup macam ni. Saling merenung, Hessa cepat-cepat larikan anak mata. Berdeham kecil.

"Are you okay?" Soal Gabriel. Jelas ketara wajahnya nampak risau.

"Yes."

"Kenapa boleh pengsan?"

"Terkejut tengok you handsome sangat, kut." Hessa berseloroh. Gabriel dah ketap bibir. Geram!

Ada je loyar buruk dia.

"I'm serious, Hessa."

"Panic attack, maybe." Bersahaja. Hessa berdiri depan cermin. Jemari mula menyentuh pin-pin yang tertanam dalam shawl. Lalu, dia buka satu persatu. Rasa berat kepala. Lemas tak terkata. Saat terkial-kial nak buka pin, dan-dan ada jemari lain singgah di kepalanya.

Automatic terkejut.

"Shhh... don't move. Kang terbenam jarum ni dalam kepala you." Selamba je Gabriel pegang bahu dia dan mula cabut pin-pin yang terbenam.

Tak semena, dada dihempas debaran. Liur ditelan kesat. Tahulah dah halal! Tapi, tak rasa macam obvious sangat ke? Nampak macam tak sabar.

"Kita cuma suami isteri kontrak je. You tak rasa obvious sangat ke you sedang cuba nak sentuh I?" Suara dicelah gigi. Hessa sedang menahan geram.

"Takde pun dalam kontrak yang cakap I tak boleh sentuh you." Selamba.

"Bila namanya kontrak, maksudnya tak boleh sentuh!" Hessa cipta jarak. Dan-dan Gabriel tarik semula. Melekap dekat dada bidangnya.

"Hanya romantic dibenarkan. Remember?" Sinis. Mereka saling berpandangan dalam cermin. "So, I tengah praktis."

"Depan keluarga. Bukan ketika kita berdua-duaan." Geram. Rasanya, Gabriel salah faham tentang kontrak mereka.

"Okay, then." Sejurus ayat itu terluah, pintu bilik terkuak luas. Gabriel buka pintu luas-luas dan pegang bahu dia sambil buang pin.

Membulat mata Hessa. Ternganga mulut bila semua saudara mara nampak apa yang mereka tengah buat.

"Hmm.. sweetnya pengantin baru. Rasa nak menikah semula." Usik Makngah.

"Kalau handsome macam tu, kahwin setiap hari pun bolehlah, ngah." Mak Da pulak menyampuk. Bising satu ruang tamu dengan gelak tawa mereka.

Pantas Hessa angkat kaki dan sepak pintu. Dum! Tertutup dengan sendirinya. Mata mencerlung pandang Gabriel.

"What are you doing? Are you crazy?!"

"Romantic depan keluarga, right? I cuma ikut skrip." Kedua-dua belah tangan, naik memeluk tubuh. Dia berundur tiga tapak, lalu bertenggek dekat meja tulis. Mata merenung tepat ke wajahnya.

Hessa hela nafas. Kemudian, tarik panjang.

"Gabriel, look.."

Belum sempat dia habiskan ayat, Gabriel hulur kertas. Spontan dahi berkerut. Lambat-lambat dia sambut. Lalu dia buka perlahan-lahan.

MY CONTRACT AGGREEMENT.

Tulisan tu kemain besar. Hampir separuh dari kertas A4.

I will do whatever I want to do with you. Touch you, kiss you, hug you. I will do anything I want! No more bullshit rules!

Yang ni, lagi besar dari tulisan dekat atas. Penuh satu A4. Dahi berkerut. Hessa pandang Gabriel dengan renungan tak puas hati.

"What do you mean by the bullshit rules?"

"I mean.. no rules anymore."

"Never! You promised me, Gabriel."

"Yes. Then, that my rules. I never follow your rules, Hessa. Plus, you cakap I akan dapat apa saja yang I nak jika I berkahwin dengan you, kan? For now, only that I want. NO RULES!" Tegas.

Pertama kali dia tengok Gabriel berubah serius. Sesaat, dia depakan tangan. Semakin berkerut dahi Hessa.

Dia nak apa pulak ni? Takkan nak suruh..

"Hug me!" Arahan dari Gabriel, buat rahangnya jatuh ke bawah dengan mata terbeliak luas. Hampir saja dia nak mencarut.

"No!" Laju Hessa geleng kepala. Muka cuak tak payah cakaplah.

"Dah halal bukan tiket untuk you sentuh I."

"Come to me. Because, if I come to you.. not only the hug."

"You ugut I ke sekarang ni?"

"No doubt, my dear. I'm warning you."

Gulp! Hessa telan liur. Rasanya betul cakap Mimie. Dia tersalah pilih suami. Gabriel baru saja tunjuk belang. Miang nak mampus!

"In your dream, Gabriel. I takkan sesekali... aahhhh!!!" Belum habis ayat, dia dah menjerit. Pasal Gabriel tarik pinggang dia lalu peluk kemas.

What the?

"Hmmm.. sedap dipeluk. Tak rugi terima offer jadi suami you." Bisik Gabriel ditelinganya sambil ketawa kecil.

Sesaat kemudian, Gabriel lepaskan pelukan. Lalu, dia buka baju melayunya. Satu persatu butang terbuka, mendedahkan dadanya.

Hessa telan liur. Jantung terpaksa bekerja keras.

"Stop!" Jerit Hessa kuat bila butang baju ke empat, hampir terbuka dan mendedahkan separuh badan Gabriel.

Gabriel yang turut terkejut, terus berhenti. Kedua-dua kening bertaut hairan. Dan saat itu, pintu terbuka luas. Wajah adik ipar menjamah pandangan.

Serentak Hessa menoleh ke arah pintu. Erin tengah pandang Gabriel tanpa kelip. Dahlah tubuh suaminya terdedah hampir separuh. Dek kerana geram, Hessa tolak pintu sekuat hati sehingga dia dengar Erin menjerit kesakitan.

"Sakitlah, Rania!"

"Lain kali jangan terjah bilik orang macam tu je!" Dia balas balik. Buka pintu, dan terus keluar bersama Erin. Tinggalkan Gabriel dengan muka terkejut.

Mamat tu pun satu... main bukak je tak kira tempat! Geram sungguh!

Boyfriend Contract to HusbandWhere stories live. Discover now