03

247 16 2
                                    

Sesudah selesai masak juadah untuk makan tengah hari , aku berjalan menuju ke arah bilik aku. Kesemua baju kotor yang berada di dalam bakul dicapai.

Sebelum keluar bilik , sempat aku menutup semula pintu yang dibuka tadi. Aku berjalan sehinggalah kaki aku terhenti di hadapan bilik arwah ibu.

Hati aku tergerak untuk masuk ke dalam bilik arwah ibu. Bakul yang berada di dalam genggaman aku letakkan ke tepi. Tangan laju memulas tombol pintu.

Kaki kanan berjalan melangkah masuk ke dalam. Aku menguntum senyum pada bibi aku. Bilik yang dulunya dihiasi dengan suara suara yang indah kini bertukar sunyi sepi tanpa penghuni.

Aku berjalan menuju ke arah katil lalu melabuhkan punggung diatas katil yang empuk itu. Bingkai gambar yang berada di atas laci bersebelahan dengan katil aku ambil.

Aku senyum sekilas.

Perit.

Sedih.

Sakit.

Rindu pada orang yang sudah tiada buat selama-lamanya.

Jari perlahan mengusap wajah yang sangat aku rindu pada gambar tersebut.

Rindu.

Sudah tiga tahun ibu pergi meninggalkan aku dan Niyaz. Tiga tahun itu juga lah aku dan Niyaz tersiksa menahan perasaan rindu yang teramat terhadapnya.

Aku rindu mahu mendengar bunyi gelak tawanya , rindu akan sentuhannya. Rindu mahu mendengar bebelannya.

"Jangan lari lari sayang nanti jatuh." Marah ibu.

Aku tidak mengendahkan kata-kata ibu. Sebaliknya aku meneruskan lagi larian aku mengejar anak ayam.

Degil!

Aku berlari mengejar sehingga aku tidak sengaja tersepak batu lalu aku jatuh tersungkur.

Gedebuk!

Ibu yang melihat kejadian yang menimpa aku itu segera berjalan menuju ke arah aku.

Itulah orang tua tua dah pesan tapi tak nak dengar.

Ini lah jadinya.

Aku menangis. Rasa sakit di bahagian lutut kian makin terasa.

"Kan ibu dah pesan jangan lari lari. Tengok lutut tu dah berdarah. Jom masuk dalam. Ibu sapukan ubat dekat lutut Aleeya." Kata Ibu.

Ibu membantu aku bangun dan membawa aku masuk ke dalam rumah. Ibu menarik tangan aku perlahan mengikuti langkahnya masuk ke dalam bilik.

Ibu meletakkan aku di atas katil. Selepas itu dia mengeledah mencari minyak untuk disapukan pada tempat yang luka.

Aku hanya memerhati tindakan ibu.

Setelah ibu menjumpai minyak tersebut , ibu datang semula ke arah aku yang masih duduk di atas katilnya. Ibu melabuhkan punggung di atas lantai.

Botol minyak angin dibuka lalu dituangkan sedikit di atas putik kapas.

"Tahan sikit." Kata ibu lagi.

Aku mengerutkan dahi menahan sakit sebaik sahaja ibu meletakkan putik kapas yang basah dengan minyak angin. Kemudian ibu meletakkan plaster pada tempat luka berkenaan.

Namun itu semua sudah tiada. Yang tinggal hanyalah kenangan. Orangnya sudah pergi tetapi kenangan itu masih kekal segar di ingatan.

"Ibu. Ibu nak tahu tak sejak ibu dah tak ada , banyak sangat dugaan yang Allah bagi dekat Aleeya ibu. Banyak sangat benda jadi sampaikan Aleeya dah tak tahan nak hadap." Perlahan aku meluah.

Tengku Aryan : His Priority (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now