"Mister, Naura. Mister. Mister. Mister. Mister." Perkataan 'mister' sengaja diulang-ulang oleh Hazrael, mahu Jasmine betul-betul hadam akan kata itu. Sejujurnya dia geram dengan Jasmine yang membahasakan dirinya dengan 'kau-aku'. Hendak disampaikan rasa geram tersebut dalam bentuk apapun, Hazrael sendiri sudah buntu.

"Ya Allah, STAWHP! Ya, misterrr. Mister. Ingat dah. Ingat sangat dah ni." Tanpa Jasmine sedari, jari telunjuknya naik menghinggapi bibir merah gelap milik Hazrael tersebut. Ditekan kuat untuk mendiamkannya.

"Heh." Sinis senyuman lelaki Jerman itu menyebabkan mata Jasmine terbuka luas. Astaghfirullah, kenapa dia sampai terbuat begitu?! Gadis itu pantas menarik sekujur tubuhnya menjauhi Hazrael. Tetapi lelaki tersebut terlebih dahulu menarik pinggang Jasmine, mendekatkan jarak wajah mereka.

"Fucking love your touch."

Gadis itu terkebil-kebil mendengar pengakuan secara tiba-tiba daripada lelaki yang dianggapnya syaitan itu. Terasa membahang sedikit wajahnya, lalu segera ditelengkan kepala ke sisi. Malu.

"K- Kau diamlah."

Hazrael mendecit selepas mendengar jawapan Jasmine. Pinggang gadis itu ditekan kuat.

"Emmmph---!"

Mata mereka bertaut. Pandang setajam burung helang diarahkan terhadap Jasmine. Seolah lelaki itu ingin memberinya amaran. Tetapi tentang apa?

"Kau ni dah kenapa---"

"Adoi! Woi, apa masalah kau ni---"

"Adoi! Sakitlah, kau ni---"

Asalkan Jasmine menyebut perkataan 'kau', mata Hazrael membesar. Barulah dia sedar apa yang dimahukan lelaki itu. Sebutan mister.

"M- Mister--- Mister! Mister! P- puas?!" Kerutan di wajah comel milik Jasmine dibalas dengan ekspresi kosong empunya Hazrael.

Bibirnya didekatkan ke dahi gadis itu lalu dikucup lembut. Perlahan.

Jasmine terdiam. Sungguh, Tuhan sahaja yang tahu celaru dirinya saat itu. 'Kenapa dengan mamat ni? Tiba-tiba macam ni. Ya Allah, Jasmine. Kau jangan nak berbunga-bunga! Penculik ni woi!'

"Mmh. Dahi pun dah sedap. I wonder how the other parts will taste like--"

Pak! Tamparan kuat dihadiahkan Jasmine pada lengan sasa suaminya itu. Suami paksa rela. Bedebah! Bercakap hal-hal sedemikian seolah-olah mereka merupakan individu yang memiliki hubungan rapat - sedangkan jelas keduanya memiliki benci yang tersendiri terhadap sesama mereka masing-masing!

"Ow." Hazrael menguatkan tautan tangannya pada pinggang gadis itu. Jasmine meminta dilepaskan tetapi rontaannya jatuh ke telinga yang sengaja dibisukan. Akhirnya dia menyerah. Dibiarkan sahaja Hazrael memeluk tubuhnya.

Semakin hari, terasa pertalian antara mereka semakin berubah.

. . .

"Woi- woi! Ada orang panggil!" Jasmine bersuara panik setelah 30 minit hanya mampu membatu untuk menemani lelaki itu. "Mister! Woi-- Ya Allah, tidur mati betul!"

Tok, tok, tok!

Ketukan di pintu bilik tidur mewah itu membingitkan telinga Jasmine yang terlihat amat resah. Mahu bergerak pun tidak mampu. Hazrael pula tertidur lena.

"Sir Hazrael, Sir Gray is currently downstairs." Suara seorang wanita dengan sebutan pekat Rusia bergema di sebalik daun pintu. Jasmine menggigit bibir bawah. Haih, buat-buat tidak dengar sahajalah.

"Mister. Mister..." Bahu lebar kepunyaan lelaki tampan itu digerakkan berkali-kali. Syukurlah setelah beberapa kali dia menggerakkannya, Hazrael mulai membuka mata. Sepasang iris kelabu menentang mata cantik milik Jasmine.

Nafas perlahan dilepaskan sang jejaka. Dia bingkas bangun lalu memandang Jasmine yang turut bangun, duduk di sisi katil. Tangan kekar yang dihiasi urat-urat hijau tersebut mengusap perlahan rambut Jasmine. Lalu seperti sebelumnya, gadis itu ditinggal pergi. Dikunci bersendirian di dalam bilik asing tersebut. Tetapi sesuatu terasa berbeza kali ini.

"Play with anything whilst waiting for me."

Jasmine tidak lagi menangis mahupun membentak penuh benci. Terasa sesuatu membelai hatinya. Entahlah, apapun perasaan itu — dia berharap agar ia segera meninggalkan dirinya.

Telefon pintar Hazrael dipandang. Senyuman kecil terukir di wajah Jasmine.

'Lelaki gila,' bisik hatinya.

— Bab 31 selesai.

Mrs. Hazrael: His BelongingOnde histórias criam vida. Descubra agora