Bab 13

7 0 0
                                    

Pukul 4:32 petang.

Petang yang basah. Hujan turun dengan lebat bersahutan dengan dentuman kilat yang bersilih-ganti. Atirah melihat ke tepi tingkapnya. Basah dek titisan hujan yang menjunam ke bawah.

"Haish, mimpi buruk rupanya. Ya Allah, Jazzy. Jadi tak sedap hati pula rasanya." Gadis yang baru terbangun daripada mimpinya itu mengurut dada. Termimpi akan Jasmine yang menangis meminta tolong kerana hampir lemas. Dalam mimpi itu pula Atirah kaku. Bot kecil yang dinaiki seolah tidak dapat didayung. Mujurlah, semua itu hanya mainan tidurnya.

Menggelengkan kepala seketika akibat terganggu dengan fikiran buruk yang menguasai mindanya, Atirah memanjatkan doa pada Allah agar rakannya itu baik-baik sahaja.

. . .

"Makan." Carrie menjuihkan bibir ke arah sepinggan makanan yang diletakkan di hadapan Jasmine. Gadis itu diam membatu.

"Woi, tak faham bahasa ke? Makanlah sial!" Kepala Jasmine ditunjal kuat. Menyebabkan dia terteleng ke sisi. Erangan kecil ditampung pada bibir. Mencuba untuk tidak memperlihatkan rasa sakit yang dirasai.

"Aku tak nak makan tu suka hati akulah. Masalah kau?" Jasmine bersuara, perlahan namun jelas terdengar pada telinga Carrie. Pantas wajahnya bertambah bengis. Riak benci disogokkan pada Jasmine. Tangannya pantas ingin memberi tamparan pada wajah Jasmine.

"Carrie!" Suara Farid menjerkah membuatkan Carrie terhenti, tidak sempat menampar gadis yang bertubuh jauh lebih kecil daripada mereka berdua itu. Farid memasuki ruangan kecil tempat Jasmine dipaksa untuk makan. Menolak Carrie ke samping dengan wajah yang cukup galak.

"Tuan Muda tak ada bagi kebenaran pun untuk kau pukul dia. Kau ni dah kenapa?!" Farid meninggikan suaranya. Carrie yang menjegilkan mata, tidak terima dimarahi seperti itu dengan kasar menolak bahu Farid. Wajahnya berubah merah akibat kemarahan yang meluap-luap.

"Kau diamlah, setan! Kalau kau kesian sangat dengan perempuan ni, kaulah urus dia!" Carrie menjawab dengan suara kasarnya. Terdengar cukup serak namun feminin.

"Kau tu betinalah, sial! Kau nak ke dilayan cara kau layan budak ni sekarang? Kau sedar kau pun macam dia dulu! Kau pun benci dapat layanan macam ni!" Farid dengan wajah semakin membengis berbicara cukup kuat sehingga bahu Jasmine terhenjut. Tiada sebarang keinginan untuk mencegah perbalahan antara kedua sosok yang dianggapnya bagaikan syaitan itu.

"Kau-!" Carrie terdiam. Riak wajahnya berubah. Ya, dia juga merupakan seorang wanita. Memiliki masa kelam yang turut mendapat seksaan dan pukulan daripada orang asing. Seperti Jasmine.

Jasmine hanya berdiam diri. Carrie mempunyai wajah yang cukup tampan serta bentuk tubuh yang cukup tinggi sehinggakan Jasmine sendiri tidak menyangka bahawa sosok tersebut rupanya memiliki jantina yang sama dengannya. Bahkan Carrie juga memiliki sifat baran seolah-olah seorang lelaki. Terjawablah sudah mengapa Carrie memiliki suara yang agak feminin jika berbicara perlahan.

"Bodoh!" Carrie memandang Jasmine dan Farid secara bersilih-ganti sebelum akhirnya menapakkan kaki untuk keluar dari bilik tersebut. Farid mengatur nafas yang terasa semakin sesak akibat kemarahannya. Lalu menoleh memandang wajah Jasmine yang begitu mengundang rasa simpati.

"Adik, makanlah." Farid bersuara perlahan sambil membongkokkan diri, tetapi kedudukannya agak jauh dari Jasmine. Bimbang sekiranya Jasmine akan menjadi lebih agresif jika dia mendekat.

"Saya.. saya tinggalkan adik dekat sini, ya. Tolong makan sedikit, sesudu pun tak apa. Tuan Muda kejap lagi masuk." Farid menghela nafas perlahan. Jasmine tidak bereaksi. Namun sekurang-kurangnya melegakan hati Farid ketika dilihatnya gadis itu mengangguk sayu.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now