FaZa 1

113 7 6
                                    

Kereta Honda Civic yang dipandu oleh Zandra Aziela mula memasuki perkarangan rumahnya. Keretanya berhenti tepat di hadapan pintu masuk utama. Enjin dimatikan sebelum meraup wajahnya dengan kasar. Kata-kata ibunya ketika ia masih berada di tempat kerja terngiang-ngiang di fikirannya.

Flashback

Ketika sedang sibuk menyemak buku latihan anak-anak muridnya, telefon bimbit yang berada di sebelah buku tersebut menjerit minta di angkat. Pen yang berada di tangan di letakkan di atas buku sebelum mengambil telefon miliknya untuk mengangkat panggilan yang dibuat oleh ibunya.

"Assalammualaikum Zan."

"Waalaikummussalam ibu. Ada apa ibu telefon Zan ni?"

"Dah habis kerja nanti ibu nak Zan balik rumah terus. Ada perkara yang ibu dan ayah nak bincang dengan kamu."

"Ibu nak bincang apa sampai tak bagi Zan singgah mana-mana?"

"Tentang pernikahan kamu dengan anak kawan baik ibu dan ayah."

"Ibu, berapa kali Zan nak cakap yang Zan belum bersiap untuk galas tanggungjawab sebagai seorang isteri."

"Ibu tak kira, ibu nak kamu balik rumah terus sebaik sahaja kamu habis kerja."

"Ib..." Belum sempat Zandra ingin menghabiskan ucapannya, Puan Zara telah meletakkan panggilan.

End flashback

Sedang ralit termenung, kedengaran tingkap keretanya diketuk dari luar. Kepala ditoleh ke arah tingkap untuk melihat siapa yang berada di luar keretanya. Terpampang wajah sang ayah yang sedang melihat dirinya dari luar.

Tali pinggang yang masih belum dibuka telah dilepaskan sebelum membuka pintu kereta. Beg tangan serta beg yang selalu dibawa olehnya ke sekolah di ambil. Tuan Zain melangkah beberapa tapak ke belakang apabila melihat Zandra telah membuka pintu kereta untuk memberi ruang kepada Zandra melangkah keluar daripada perut kereta. Setelah menutup pintu kereta, Zandra melangkah ke arah Tuan Zain yang berada tidak jauh daripadanya. Zandra menghulurkan tangannya kepada Tuan Zain sebelum mencium belakang tangan ayahnya.

"Jom masuk, ibu dah tunggu Zandra dekat dalam." Tuan Zain mengambil beg yang dijinjing oleh Zandra.

"Terima kasih ayah." Zandra melemparkan senyuman manisnya kepada sang ayah.

"Sama-sama anak ayah." Tuan Zain mengusap perlahan kepala Zandra.

Sebaik sahaja langkah kaki memijak lantai rumah, terlihat Puan Zara sedang duduk sambil membelakangi mereka.

Zandra memandang ke arah ayahnya.

"Tak ada apa lah Zan. Fikir positif okey." Tuan Zain mengusap perlahan lengan anaknya.

Zandra melangkah ke arah Puan Zara sambil diikuti oleh Tuan Zain daripada belakang.

"Assalammualaikum ibu." Zandra meraih tangan Puan Zara dan mencium belakang tangan ibunya.

"Waalaikummussalam Zan, duduk sini." Puan Zara menepuk-nepuk perlahan ruang sofa yang kosong di sebelahnya.

Zandra memandang ke arah Tuan Zain, ayahnya melemparkan senyuman dan menganggukkan kepalanya.

Zandra menarik nafas panjang sebelum melabuhkan duduk di sebelah ibunya.

"Zandra tahu kan apa yang ibu nak cakap?" Puan Zara merenung wajah anaknya.

Zandra menganggukkan kepalanya. Puan Zara menarik nafas panjang sebelum menghembuskannya dengan perlahan.

"Pernikahan Zan akan berlangsung pada bulan hadapan." Puan Zara meraih tangan Zandra dan digenggam erat.

Mr. SoftWhere stories live. Discover now