BAB 20

667 121 17
                                    

Kaisarah berdiri memeluk tubuh memandang lelaki yang berdiri di depan tangga rumahnya. Tak ada niat nak mempelawa lelaki itu masuk sementelah dia hanya tinggal berdua dengan Cik Ajah.

"Nak apa datang sini?'"

"Awak tak nak jemput saya masuk dulu?" Tanya Radhi sambil mengukir senyum manis.

"Tak semua tetamu boleh dijemput masuk," bersahaja Kaisarah menjawab.

"Saya dengar Cik Ajah masuk hospital. Saya datang nak melawat Cik Ajah lah," masih tersenyum, Radhi bersuara.

"Mama dah sihat. Pergi baliklah, takut mama tengok muka kau jadi tak sihat balik," halau Kaisarah terang-terangan. Malas mahu berbasa-basi. Lagi pula, jirannya yang terkenal dengan jolokan Piring Astro sedang berpura-pura menyiram pokok bunga di halaman rumah.

"Takkanlah Cik Ajah nak sakit bila tengok muka bakal menantu dia ni," ujar Radhi masih tersenyum. Matanya galak merenung Kaisarah. Manis dan cantik. Seperti dulu.

"Tak mama sakit, aku yang sakit sekarang. Kau nak apa lagi, Radhi? Kita dah tak ada apa-apa. Kau yang tinggalkan aku. Kau yang pergi dekat Aiza. Tolonglah..."

"Saya masih sayangkan awak, Nur. Macam saya cakap sebelum ni, saya akan tinggalkan Aiza untuk awak. Aiza adalah satu kesilapan terbesar saya..."

"Dah, cukup! Pergi balik," potong Kaisarah laju-laju. Berbulu telinganya mendengar Radhi memujuk rayu seperti itu.

Baru Kaisarah berpaling nak masuk semula ke dalam rumah, bunyi derap kaki di belakangnya buat dia kembali berpusing. Terjerit kecil saat dia lihat Radhi yang sudah mendaki tangga rumahnya, "Hei! Kau pergi baliklah!"

Kaki Radhi berhenti lalu dia tersenyum, "Jemputlah saya masuk. Kita minum kopi sambil sembang pasal masa depan kita."

"Kau dah gila ke?!" Marah Kaisarah dengan suara tinggi.

"Ya, aku dah gila! Aku gilakan..."

"Aku dah pernah cakap kan..." Potong satu suara. Dingin dan tak bernada.

"... jangan kacau Kaisarah aku kalau kau tak nak makan spanar."

Kaisarah dah tarik nafas lega bila Mail tiba-tiba muncul. Nasib baik...

"Masuk dalam Kaisarah. Kunci pintu," pesan Mail, tegas.

"Kau siapa nak arah-arahkan dia? Dia tu bakal isteri aku...!" Marah Radhi bila Kaisarah terburu-buru masuk dalam rumah, mengikut pesanan Mail. Laju dia turun ke bawah sebelum dia berdiri di depan Mail, "Kau!"

"Yakin sangat ni. Confident beli mana? Mr. DIY?" Perli Mail lantas dia menggelengkan kepala, "Kau dah ada anak bini, Radhi. Cukup-cukuplah tu kacau anak dara orang."

"Kau siapa nak nasihatkan aku? Nur Kaisarah tu milik aku! Selamanya dia jadi milik aku!"

"Seriuslah, bro... Mr. DIY mana kau pergi ni? Lain macam betul keyakinan kau," Mail ketawa kecil.

"Kau...!"

"Balik, Radhi. Cukup-cukuplah apa kau buat sekarang. Baliklah. Mesti Kak Aiza tengah menggelupur cari kau."

Radhi merengus lalu dia melanggar bahu Mail sebelum dia berlalu pergi.

Mail mengeluh kelegaan. Kalaulah dia lambat sampai tadi, pasti Radhi buat kekecohan yang lebih dasyat lagi.

"Dia dah pergi?"

Mail panggung kepala memandang Kaisarah yang terjenguk-jenguk di sebalik pintu kayu rumahnya. Mail spontan mengukir senyum, "Dah. Saya dah halau dia balik..."

Kaisarah lebarkan bukaan pintu rumahnya lalu dia mencekak pinggang, "Yang awak ni, datang nak apa?!"
.
.
.
.
.
"Kenapa awak datang?" Tanya Kaisarah sekali lagi bila soalannya tadi tidak dijawab Mail.

"Sebab saya..." Mail menggosok sikit rambutnya, "... saya datang sebab saya rindu."

Kaisarah rasa wajahnya menghangat namun dia cepat-cepat neutralkan riak wajahnya, "Ah, lelaki... kalau sembang..."

"Saya tak sembang. Saya betul rindu." Laju Mail memotong kata-kata Kaisarah.

Kaisarah diam. Dia sebenarnya masih terasa hati dengan Mail tapi pada masa yang sama, dia sangat berterima kasih dengan lelaki itu.

"Kaisarah..." Panggil Mail, lembut.

Kaisarah pandang Mail.

"Saya minta maaf. Saya dah tahu kenapa awak marahkan saya. Saya minta maaf sebab lambat sedar. Adik-adik saya pun selalu gelarkan saya, dry texter. Saya bukan tak nak contact awak tapi saya tak pandai. Saya bukan lelaki yang pandai nak bermadah, berpuisi jiwang-jiwang. Saya tak reti. Nak mulakan perbualan dengan awak pun saya tak tahu macam mana," terang Mail, bersungguh-sungguh.

"Awak dah pernah bertunang kut, Mail..." Balas Kaisarah dengan nada curiga.

"Awak rasa, kenapa agaknya Aini minta putus dengan saya dulu? Selain daripada saya pentingkan adik-adik saya, saya juga orang yang kurang berkomunikasi dengan dia. Natijahnya, dia akhiri hubungan kami..."

"Sebab awak cakap tak serupa bikin. Awak cakap nak mengurat saya, nak pikat saya... tapi effort awak tak ada. Saya pula yang asyik-asyik mulakan perbualan, lepas tu awak biarkan pesanan saya terkapai-kapai, tak dibalas. Dah macam saya pula yang terhegeh-hegeh dengan awak," luah Kaisarah sedikit kesal.

"Saya mengaku itu memang salah saya. Saya akan cuba ubah benda tu. Saya akan tunjukkan effort lebih untuk mengurat awak," janji Mail, bersungguh-sungguh.

"Jangan berubah sebab saya. Berubah untuk diri awak sendiri. Luangkan masa untuk orang sekeliling awak. Tanyakan hari mereka macam mana... itu pun dah cukup," pesan Kaisarah lalu dia hela nafas panjang.

"Ya, saya nak berubah untuk diri sendirilah. Kalau saya tak ubah, awak tawar hati. Habislah saya kena membujang sampai tua..."

Kaisarah bulatkan mata. Pipinya terasa hangat! Sempat lagi Muhammad Ismail ni ya...

"Oh, lupa... ini ada saya buatkan sup tulang Thai. Saya tak sempat nak ke pasaraya nak beli buah tangan. Ada ni aje untuk Cik Ajah dan awak," getus Mail lalu plastik yang berisi bekas makanan lutsinar diletakkan di atas anak tangga.

"Susah-susahkan awak aje. Maaf, saya tak dapat nak jemput awak masuk. Tinggal saya dengan mama aje. Along saya balik rumah kelamin dia kejap. Tak tahu pukul berapa dia nak datang sini semula."

"Eh, tak apa! Saya pun datang tadi nak hantar ni dan nak minta maaf aje," laju-laju Mail memotong kata-kata Kaisarah, "Kaisarah, saya nak pesan sikit ni sebelum saya balik ni."

"Apa tu?"

"Awak nak keluar ke mana-mana, berjaga-jaga. Nak balik KL pun, jaga-jaga. Radhi tu gayanya macam obses sangat. Saya takut dia apa-apakan awak aje nanti," ujar Mail, lebih serius dari tadi.

"Saya pun takut juga..." Ujar Kaisarah, separuh nengeluh!

"Kalau..." Mail berdeham sikit langsung buat Kaisarah memusatkan pandangannya kepada Mail.

"Kalau awak nak pergi mana-mana, beritahu saya. Hantar live location awak pada saya. Setkan nombor saya dalam emergency contact list awak. Bawa penyembur lada kalau nak ke mana-mana. Dia kacau awak, awak sembur benda tu kat mata dia dan terus call saya atau along awak."

Kaisarah terkebil-kebil melihat Mail yang kelihatan begitu serius ketika itu.

"Dengar tak apa saya cakap tadi?"

Kaisarah angguk.

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Masuk dalam rumah, kunci pintu. Kalau Radhi datang lagi, jangan buka pintu. Saya nak kena pergi pasaraya ni, nak beli barang untuk meniaga malam ni," Mail ukir senyum akhirnya bila melihat Kaisarah masih terkebil-kebil, "Nanti saya text awak, ya?"

Sekali lagi Kaisarah mengangguk.

"Assalamualaikum, Kaisarah..." Ucap Mail, lembut sebelum dia dapatkan motosikalnya. Tak tunggu lama, dia hidupkan enjin lantas dia melambai Kaisarah sebelum motornya ditunggang meninggalkan halaman rumah Kaisarah.

Kaisarah yang ditinggalkan pegang pipinya yang terasa hangat. Tak tahu kenapa, Mail yang memberi pesanan kepadanya tadi kelihatan begitu... kacak pada pandangan matanya. Parah dah aku ni! Getus Kaisarah di dalam hati...

p/s; jangan lupa vote dan komen!!! 🤎🫶




KAISARAH 🍁حيث تعيش القصص. اكتشف الآن