Bisu. Tiada balasan daripada mana-mana individu yang menjadi pengawal peribadi Hazrael tersebut.

Jasmine tersandar lemah pada tempat duduk penumpang. 'Ya Allah, apakah ujian yang menimpa hamba-Mu ini? Hamba tidak mampu menanggungnya lagi, Ya Allah...'

Air mata suam mengalir pada wajah cantik itu. Dilap dengan belakang tangan. Carrie yang tidak memberi sebarang reaksi menunjukkan raut kesal. Farid pula memandang Jasmine dengan simpati.

Hambatan ujian demi ujian, persoalan demi persoalan yang menimpa diri Jasmine begitu meluruhkan tunjang semangatnya. Terasa diri bagaikan menjadi unsur mimpi ngeri tanpa pengakhiran.

Apabila mereka tiba di sebuah kawasan perkampungan, wajah Jasmine semakin berkerut. Farid menyedari hal tersebut, dan seolah menjawab persoalan benaknya, lelaki tersebut menjelaskan bahawa Jasmine akan dinikahkan dengan Hazrael di perkampungan tersebut. Perkampungan Farid.

"Apa motif semua ni? Hah?!" Jasmine membentak, amarahnya meluap-luap. Farid tunduk ke bawah.

"Tuan Hazrael kata-" Belum sempat Farid menjelaskan, suara lantang Carrie mengejutkan mereka.

"Tak payahlah nak jelaskan apa-apa pada betina ni. Tak guna. Dia tak layak nak persoalkan tindakan tuan muda." Kereta diparkir di hadapan sebuah rumah kayu. Farid mengeluh, matanya mencari arah pandangan Jasmine.

Ada rasa maaf yang tidak dapat dizahirkan muncul pada sinar mata Farid.

Apabila Farid menuruni kereta, Carrie hanya menyilangkan lengannya. Tidak mahu turun sama. Pada akhirnya, Jasmine dan Farid sahaja yang turun memasuki rumah kayu tersebut. Lamannya cantik. Dipenuhi bunga-bunga yang sihat, tanda tersiram rapi.

"Assalamualaikum." Farid mengetuk pintu, riaknya gembira. Tidak menunggu cukup lama untuk salamnya dijawab, lalu seorang wanita tua yang mengenakan baju kurung bercorak batik muncul di muka pintu. Matanya langsung memerhatikan Jasmine. Dipandang sebentar oleh Farid, wanita tua tersebut segera mengangguk-anggukkan kepala, tanda faham.

Ketika Jasmine baru mahu melangkah masuk ke dalam rumah tersebut, terasa kehadiran seseorang di belakangnya.

Hazrael.

Bakal pengantin lelakinya, tanpa kerelaan hati sendiri.

. . .

Dua jam berlalu. Akhirnya, sahlah sudah status suami isteri Jasmine bersama Hazrael. Sungguh, tangisan yang dihamburkan gadis itu tidak menjadi penangkal mahupun sebagai pencetus rasa simpati dalam hati jejaka tersebut. Bahkan senyumannya lebar ketika memerhatikan reaksi Jasmine saat dirinya mengucapkan akad.

Dikenangnya semula lontaran kata demi kata Jasmine yang tersengguk-sengguk, benci dengan perkahwinan mereka.

"Kau gila, Hazrael. Kau gila! Kau anggap perkahwinan ni permainan kau! Sesuka hati kau lafazkan akad tanpa kemahuan aku!" Tangisan Jasmine diimbas kembali. Sungguh melodi tangisannya membawa keharmonian pada jiwa jejaka itu.

"Tch, tch, tch. At least I married you, y'know? Kalau aku terus sentuh kau tanpa status kahwin macam mana? Moreover schnucki, it's not gonna take long to be my slave. Two months only, okay?" Tawa mempermainkan daripada sang iblis berupa manusia di pandangan Jasmine menggaulkan rasa benci yang tidak tergambarkan. Jasmine menekur ke bawah, hanya mampu memandang jari manisnya yang bersarung cincin dengan permata kecil.

"Kau orang Islam, tapi kenapa sifat kau macam ni, Hazrael?" Suara nyaring Jasmine bergema di fikiran lelaki Jerman tersebut. Senyum kecil. Mengenang wajah sugul semua individu yang menyaksikan sakit hati gadis muda itu ketika sudah sah diperisterikan olehnya.

Mrs. Hazrael: His BelongingDonde viven las historias. Descúbrelo ahora