Bab 12

735 65 6
                                    

Dua buah kereta diberhentikan dihadapan sebuah hotel mewah. Enjin dimatikan sebelum aku turun mendekati Alvin yang masih berada didalam keretanya.

Melihat aku mendekatinya, Alvin juga turut keluar daripada kereta.

"Awak stay dekat hotel ni ke?" soalku. Alvin hanya mengangguk sekali.

"Give me your key, aku suruh guard park kereta. Pergilah check in dulu" arah Alvin senada.

Aku memberikan kunci keretaku kepada Alvin. Kunci kereta bertukar tangan.

Aku kemudian melangkah masuk kedalam hotel dan menuju kearah kaunter pendaftaran.

Setelah menerima kunci bilik, aku membuat keputusan untuk menunggu Alvin di lobi hotel.

Tidak lama selepas itu, Alvin muncul bersama luggage yang diheret. Aku mendekati Alvin lalu satu kunci diberikan kepadanya.

"Nah" hulurku sambil senyum tipis. Alvin sudah banyak membantuku hari ini, jadi apa salahnya kalau aku balas kebaikannya.

       "Grazie ( Thankyou )" ucap Alvin seraya menyambut huluranku.

"Aku dah suruh Jess hantarkan baju and barang peribadi kau. Nanti dia sampai, pergilah naik rehat dulu" ujar Alvin. Aku hanya mengangguk sekali sebelum berlalu meninggalkan Alvin disitu.

Tiba dibilik hotel yang mewah itu, aku mengunci pintu bilik dan berjalan kearah katil. Aku membaringkan tubuh keatas katil yang empuk itu.

Bibir mengoyakkan senyuman manis apabila kepala tiba-tiba teringat kejadian didalam kereta tadi. Hatiku terasa berbunga-bunga.

Alvin memandangku dengan pandangan tidak percaya. Begitu juga aku.

"Jadi, kau perempuan yang aku cari selama ini? Rupanya kau dekat depan mata aku je?" soal Alvin.

"Awak cari saya?" soalan berbalas soalan. Kening dijongketkan sedikit tanda menyoal.

"Ya, tapi tak ada lah beria. Aku just curious dengan kau" jawab Alvin. Bebola matanya dialihkan kearah lain.

"Gotcha. Awak tipu. Takkanlah sebab curious je?" sengaja aku mengorek rahsia Alvin.

"Hm, tapi tu 3 tahun yang lepas. After that aku dah lupakan kau, dan aku dah jatuh cinta dekat orang lain" balas Alvin mendatar.

Aku senyum kelat sebelum menganggukkan kepala beberapa kali tanda faham.

Bibirku tidak lekang dari senyuman. Walaupun Alvin sudah mengaku bahwa dia sedang cintakan gadis lain, aku tetap gembira kerana dia pernah mencari aku.

Baru sahaja aku ingin melelapkan mata, tiba-tiba loceng bilikku ditekan beberapa kali. Aku mengeluh perlahan sebelum kembali bangun.

Pintu bilik dibuka. Kelihatan Jessica sedang tersenyum lebar kearahku. Di kedua belah tangannya terdapat beberapa beg kertas yang berisi pakaianku serta makanan.

       "Laju pula you sampai, masuklah" jemputku. Jessica dengan pantas masuk kedalam bilik dan meletakkan barangan itu diatas meja.

       "Babe! I nak tanya, you ada sesuatu ke dengan Alv? Sumpah sepanjang I kenal dia, dia tak pernah treat perempuan macam ini tau!!" soal Jessica dengan riak wajah gembira.

       "Treat macam mana maksudnya?" soalku yang tidak faham dengan soalan Jessica.

       "Ni lah, belikan baju and barang peribadi you. Belikan makanan untuk you sebab dia kata you ada family problem" jawab Jessica teruja.

Queen's Obsession Where stories live. Discover now