"Dia pinjam duit sama ah long, ma. Itu Sook Li sial masih kakak wa. Mana sampai hati mau kill punya." Lelaki itu menyeringai, menunjukkan wajah tak bersalah. Jasmine terdiam.

Ah long? Pinjam wang?

"D- Dari mana kau tau semua ni?" Jasmine tunduk merenung lantai ketika terasa genangan air hangat menuruni wajahnya. Lelaki itu merentap dagu Jasmine, menghubungkan kedua mata mereka.

"Hahaha. Ini macam boleh jadi amoi bagus layan customer VVIP wo!" Tanpa rasa malu, lelaki itu mendekatkan wajahnya meneliti wajah cantik anak gadis yang terlihat begitu tidak suka dengan perlakuannya.

"Carrie." Panggil lelaki tua itu. Sosok yang tadinya menjadi pemandu kereta itu menoleh.

"Yes, boss."

"Bawa ini amoi pergi sarkas. Kasi cantik. Ini malam boss besar mau datang. Barang bengis ini macam mesti dia suka punya-"

BUK!

Tujahan tumbukan daripada tangan kiri Jasmine pada wajah lelaki tua itu mengundang perhatian semua mata yang berada di sana.

"Kau bedebah sial! Aku bunuh kau!" Jasmine yang terlihat tidak seperti dirinya lagi, berdiri dengan gerakan yang cukup pantas. Kerusi tempatnya didudukkan tadi masih terikat pada tangan kanan yang belum bebas daripada cengkaman tali. Akibatnya, tangannya menitiskan darah. Namun tidak diendahkan sebaliknya semakin dia menyerang beberapa individu yang mencuba menyerangnya menggunakan hayunan kerusi itu.

"Papa!" June berlari ke arah lelaki tua yang mengeluarkan erangan akibat ditinju oleh Jasmine itu tadi. Hidung lelaki yang digelarnya 'papa' itu mengeluarkan darah. Bukti kudrat yang dikeluarkan Jasmine bukanlah sesuatu yang biasa.

"Perempuan jalang! Aku buat kau mati sekarang juga!"

Bang!

Tembakan dari atas tetulang besi yang berada di bahagian bawah atap-atap gudang itu mengalihkan perhatian semua orang. Termasuk Jasmine yang sudah hampir pengsan dalam genggaman June.

"Kau? Apa urusan kau dekat sini? Kami tak ada kacau kumpulan kau!" Suara Cedro bergema mengisi ruangan gudang. Hening. Tubuh lampai dengan wajah kosong itu hanya memandang Jasmine dengan sugul.

"Bagi perempuan tu. Sekarang!" Farid menjerkah kuat. Cedro mengerutkan dahi. Tangannya dikepalkan membentuk bebola yang terlihat cukup menggerunkan.

"Kau siapa nak minta-minta? Perempuan ni Boss Di punya!" Terdapat sebuah suara lagi yang menjadi lawan kelantangan suara Farid. Nafas Farid berombak-ombak tidak terkawal akibat amarah. Ingin melepaskan das tembakan namun Hazrael mencegahnya.

"A small, weak clan like yours claiming to own that girl? Your boss can't even restrain a punch from her." Suara Hazrael menjengah sistem pendengaran semua individu yang akhirnya terdiam, namun seketika suara June yang masih mencengkam leher Jasmine dengan erat menyahut.

"This fucking bullshit should die!" Suara June menguasai seluruh ruangan. Hazrael melepaskan nafas.

"Ergh..!" Suara Jasmine pecah sedikit ketika June menguatkan lagi pegangan pada leher gadis itu. Menekan tekaknya dengan ibu jari. Tangisan yang terus menerus dibendung akhirnya terurai. Darah yang mengalir pada bahagian dahinya terkena pada batang hidung. Cermin mata yang sudah pecah dikemaskan dalam pegangannya.

Satu-satunya kenangan tersisa untuk diri dan sang ibu saudara.

"Aku kata bagi perempuan tu!" Farid berteriak dengan wajah yang membengis. Hazrael melihat ke samping, dan kali ini Farid tidak lagi menunjukkan reaksi menyesal akibat perbuatannya.

"Two options. Either you give that girl or... all of you.. die."

Pandangan setajam seekor helang itu dihalakan ke arah sosok yang digelar Carrie sebentar tadi. June mengekeh, tangannya semakin menggenggam erat leher Jasmine.

Buk!

Tendangan sepantas kilat mengenai lutut June. Sehingga lelaki itu tersungkur dan Jasmine terlepas daripada cengkamannya. Farid akhirnya menuruni tangga-tangga besi dan segera mencempung tubuh Jasmine namun niatnya terhenti apabila diserang dua orang lelaki yang berbadan sama sasa dengannya.

"Tak guna kau, Carrie! Pengkhianat!" June mengetap gigi, memandang Carrie dengan rasa benci yang mendalam. Carrie hanya menepis serangannya sambil melepaskan kalimat "heh" pada bibirnya.

Tubuh Jasmine dipapah oleh Carrie yang berlari keluar merempuh beberapa orang lelaki yang mencuba menghentikannya. Lelaki tua berambut merah tersebut melepaskan sedas tembakan yang hampir mengenai Carrie. Mujurlah dapat ditepis kerana Farid sempat menolaknya ke samping.

"Tak guna lu, anjing Xander! Wa kasi hancur markas lu!" Dia berteriak kasar, sambil menekup luka bekas tembakan Hazrael pada lengan kanannya. June segera mendapatkan sang ayah. Tidak lama selepas enjin kereta yang dinaiki Hazrael berderum pergi, beberapa individu dengan jaket berlogo 'aneh' memasuki ruangan gudang terasing tersebut.

Logo Shanying Shin.

"Track itu perempuan sial! Jangan sampai anjing Xander dapat tau pasal itu passcode!" Suara tua tersebut menghentam seluruh telinga yang sudah terluka di dalam gudang tersebut. Anak mata June mengecil. Wajahnya jelas menunjukkan riak tidak berpuas hati.

"That girl is supposed to be mine. Lelaki sial tu tak habis-habis nak ambil semua kepunyaan aku!"

. . .

Waktu menunjukkan pukul 1:13 petang. Wajah Atirah yang menjengah ke luar tingkap kereta dengan ekspresi bimbang sesekali diperhatikan oleh Hazif.

"Sabarlah, Tirah. Mungkin si cina tu pergi beli something. Telefon dia habis power-lah tu kot." Hazif mencuba menenangkan Atirah. Abang Atirah iaitu Azizul turut mengangguk mengiyakan ayat Hazif sebentar tadi.

"Angkat, Jazzy. Angkat..."

Atirah menggigit jari. Wajahnya semakin kebimbangan. Cemas menghantui dada.

Sehinggalah ada suara yang akhirnya mengangkat panggilan itu.

Jasmine!

"Hello, Jazzy! Weh, kau ni risau nak mampus aku tau! Kau dekat mana? Aku daritadi tunggu kau dekat depan bus stop. Tapi tak nampak-nampak pun!" Atirah diselubungi rasa lega yang teramat. Mujurlah! Ingatkan sudah berlaku perkara tidak diingini pada rakan kesayangannya itu tadi.

"Aku okey. Aku on the way rumah Farhana sekarang ni. Fon habis cas. Sorry tau buat susah tunggu kat situ. Nanti ada apa-apa aku chat, okey?" Suara Jasmine terdengar dari corong telefon. Atirah yang bertatapan dengan abangnya serta Hazif tersebut tersenyum kecil.

"Ha, okey. Take care, tau! Bye!"

Panggilan ditamatkan. Atirah menghulur nafas lega. Hazif mencebik. "Ceh, 'rindukan kauorang' lah sangat. Balik sini terus jumpa kakak dia tu."

"Hisy, kau ni. Biarlah. Dia rindu Pakcik Aslan dengan Makcik Peah lah tu." Atirah senyum kecil.

- Bab 11 selesai.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now