👤 Azip (Hazif) replied to 👤 Tiraa (Atirah) : Si Tirah ni rasa selamat sebab ada aku tu, cina. Aku kan selalu protect little tulip aku ni. Hahaha!

👤 Jasmine Y. (You) : Aip Tirah, best-lah tu ada 'fav person' sekelas kan. Seronoknya dia...

👤 Tiraa (Atirah) replied to 👤 Jasmine Y. (You) : Hisy, tak adalah!

👤 Tiraa (Atirah) replied to 👤 Azip (Hazif) : Apalah kau ni, nanti Jazzy salah faham lagi! Janganlah cakap macam tu!

👤 Azip (Hazif) replied to 👤 Tiraa (Atirah) : Haa, okey okey. Zif tak buat lagi. Sorry tau, cik tulip comel kesayangan Hazif!

. . .

"Luculah diaorang ni. Hadeh." Tergelak Jasmine sendiri. Ceh, kedua-dua rakan baiknya itu sudah pun ada pasangan masing-masing, iaitu mereka berdua juga!

Aku pun nak cari fav person macam Tirah lah. Dia berseloroh sendiri. Melepaskan tawa yang dikemam pada bibir mungil dan kemerah-merahan itu. Tapi susah nak cari. Yang nak dekat dia tu ada je, namun tidak menepati citarasanya!

Bukan nak judge atau select, tapi memang type Jasmine ni lain sedikit jenisnya. Ada spesifikasi tersendiri. Kata auntienya, mungkin jadi bujang tua lah Jasmine jika ditunggu-tunggu lelaki yang menepati semua ciri idamannya itu. Tak apalah, nanti dekat syurga order  jelah putera syurga satu.

Tanpa disedari, hampir 2 jam ketiga-tiga rakan baik itu bersembang dalam talian. Akhirnya diakhiri oleh Jasmine yang tadinya memulakan perbualan. Nak tidur, katanya. Sudah pukul 12 tengah malam. Jam 3 kena bangun lagi untuk buat revision.

Apabila tubuhnya dihenyakkan ke atas tilam empuk disaluti alas berwarna kelabu keputih-putihan itu, pandangan Jasmine seketika tertumpu ke arah jendela biliknya yang terkuak agak luas. Membuatkan dahinya berkerut. Aneh. Seingatnya sudah ditutup sebelum masuk waktu maghrib petang tadi. Bercelaru otaknya overthinking namun memilih untuk tidak diendahkan sahaja.

Sejurus menutup rapat jendela tersebut, Jasmine kembali merebahkan diri ke atas katil. Matanya tidak mahu pejam pula. Rasa resah yang sukar diekspresikan masih bersarang dalam hati.

"Mungkin aku lupa tutup tadi." Dia berbisik sendirian. Mata akhirnya dapat dipejamkan. Nafas diatur menjadi lebih perlahan. Lampu tidur di atas meja kecil bersebelahan dengan katil dimatikan. Gelap.

Klang!

Bunyi perkakas yang jatuh di ruang dapur menyentakkan degupan jantung Jasmine. Siapa pula tu?

Risau ada individu yang tidak dikenali dengan maksud yang tidak baik, Jasmine mengambil sebatang kayu kecil yang sememangnya dia sediakan untuk menghadapi situasi mencemaskan seperti ini.

"Ada siapa-siapa dekat situ?" Suaranya bergema. Klik! Lampu dibuka. Terang ruang dapur menjengah mata yang baru sedar daripada lelap kurang dari sejam lalu.

Tiada orang, sunyi. Hanya sudu kecil yang terbaring di lantai. Sudu yang entah bagaimana boleh terkeluar dari dalam laci.

Liur ditelan kelat. Mencurigakan. Menyeramkan pun ada. Tidak pernah pula dia mendengar sebarang cerita seram berkaitan pangsapuri yang dia huni ini. Adapun bukan di blok ini.

Jangan cakap hantu blok lain tu dah hijrah ke sini pula!

Jasmine melangkahkan kaki perlahan ke arah sudu kecil itu. Diambil lalu dimasukkan kembali ke dalam laci. Mengurut dada akibat rasa takut yang mulai menyelebungi diri.

Memastikan tiada sebarang perkara lain yang mencurigakan, akhirnya Jasmine berlalu pergi meninggalkan dapur dengan lampu yang terbuka. Tidak sanggup dia membiarkan tempat itu gelap lagi.

. . .

"Boss. I sudah geledah isi rumah dia. Masih tidak jumpa apa-apa. Tinggal bedroom sahaja belum." Ujar sosok lelaki yang berdiri di sebuah penjuru kawasan luar yang berhampiran dengan blok pangsapuri tempat Jasmine menghuni.

"Esok malam wa mau lo geledah semua. Kalau dia dapat tau, lo culik saja terus bawa flight datang sini." Suara seoseorang samar-samar boleh didengari pada corong telefon lelaki tersebut. Anggukan pada kepala lelaki tersebut perlahan. Lantas menamatkan panggilan.

"Sorry, amoi cantik. Esok malam you kena 'cuti semester ' awal."

- Bab 8 selesai.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now