Aku mengalihkan tangan Abang Aisaar sambil mengaduh. "Ishh no worries. Nanti dah simpan duit banyak, princess keluar rumah ni. Cari tempat lain." Encik Fazeel berdehem dari arah belakang aku. Sejak bila dia ada dekat situ pun aku tak tahu.

"You can stay as long as you want. I don't mind. I could get lonely sometimes sbut you being here could make this house more lovely. Now, let's eat." Encik Fazeel terus berjalan laju ke meja makan. Kami saling berpandangan. "Daddy loner la along." Abang Aisaar menyiku Abang Adrian sambil berbisik.

Usai makan, aku pergi ke bilik tetapi hajat dipotong apabila ada sang bala yang memanggil. Nama Hazim naik dinotifikasi telefon. Ha memang, memang. Nak apa pulak kali ni entah! Aku baca satu persatu ayat yang ditulis. 'Navier, I nak cakap sesuatu dengan you ni. Pasal hal penting. Jumpa I kejap boleh? Sekejap je.'

Banyak hal betullah dia ni! Aku baru hendak pergi ke tempat yang ditetapkan tetapi ada malang yang tiba. Sebuah van hitam mengekori aku rapat. Makin aku pecut, makin van itu ikut dengan laju. Aku terpaksa lalu jalan yang tidak pernah dilalui untuk lari daripada mereka.

Tetapi tidak berhasil. Van itu sekarang berada rapat di sisi kereta dan membuka tingkap. Cuba untuk capai pintu kereta aku. Ada motorsikal yang laju memecut dari arah belakang. Lelaki di dalam van menarik kembali tangan dia kerana hampir belanggar dengan motorsikal itu.

Ada satu kereta putih yang berhenti depan-depan van tersebut. Aku sempat melarikan diri. Aku ikut di mana motorsikal itu pergi kerana aku buntu jalan. Motorsikal tersebut berhenti dan turun, berjalan ke arah aku.

Tingkap kereta aku diketuk. Cermin diturunkan dan penunggang motorsikal menanggalkan helmet dia. Lah, Zafriel rupanya. "Oi! Kau ni tak reti jaga diri ke?! Function kau punya bodyguard tu! Kalau tiba jantan dalam van tu lepas tangkap kau, mati sia-sia je! Bahaya tahu tak?!" dia terus menengking aku.

Aku disuruh keluar dari kereta. Zafriel sedang mengusutkan rambut dan mendengus. "Nasib aku ingat nombor plate kereta kau. Kalau tak, entah hidup ke tak kau ni." bibir bawah digigit. Aku tidak berani untuk panggung kepala dan hadap muka Zafriel.

"Sorry." dia ketawa sinis. "Sorry? Kenapa nak sorry dekat aku? Nyawa kau, kau sendiri tanggung. Kau hargai nyawa sikit boleh tak? Kau, kalau aku hempuk nanti. Terpusing kepala tu. Yang kau keluar malam-malam ni buat apa? Tahu tak jalan yang kau lalu tu, nak masuk hutan. Apa yang bengap sangat kepala hotak tu?"

Hutan? Habistu kenapa Hazim ajak aku jumpa dia dekat situ? Oh wait, did I get trap again? "Aku bodoh kan Riel." Zafriel mengeluh sebelum bercangkung di hadapan aku. "Sebodoh bodoh kau pun Raja, kau ada hati yang baik. Kau ikut aje cakap orang itu ini. Kau tu dipergunakan dan kau sedar tapi buat endah."

"Stop being like this Raja Navier Aira. Lucilia Zandra wouldn't want to see her only daughter behave like this. Kalau kau rasa tak ada orang sayang atau di sisi kau. Aku ada. Aku ada dengan kau budak."

›♡‹

Beberapa hari selepas kejadian itu, waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Aku sedang bersiap di depan cermin di dalam bilik. Baju Starlight Dust disarungkan. Satu cucuk sanggul yang Zafriel bagi pada malam itu ditenung lama.

Katanya pakai cucuk sanggul ini jika keluar. Dia kata kalau ada apa-apa yang berlaku, tarik bintang gantung yang ada di cucuk sanggul ini. Sebilah pisau terkeluar. Takut pula nak pakai ni atas kepala tapi kalau boleh jaga diri, pakai ajelah.

Muka didandan dengan cara yang sesuai. Perkahwinan berlangsung di sebuah hotel yang terkenal. Hanya tetamu yang terhormat sahaja yang dapat hadir serta pelanggan setia Lucy Empire. Aku ke hotel tersebut menggunakan kereta Encik Fazeel yang dia bagi pinjam.

Tears Of Revenge [HIATUS]Where stories live. Discover now