PROLOG

31 7 34
                                    

Sesungguhnya tujuan aku menulis bukan sahaja untuk menjadi renungan kalian, tetapi untuk diriku juga - hamba Allah yang masih terkapai-kapai mencari kebenaran.

Dengan lafaz basmallah, “Di Sebalik Bintang” membuka tirai.

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــم

SERING, setiap kali dia pulang dari sekolah, dia tidak akan melihat ibu di mana-mana kecuali di dalam bilik tidur utama, yakni bilik tidur ibu dan ayah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SERING, setiap kali dia pulang dari sekolah, dia tidak akan melihat ibu di mana-mana kecuali di dalam bilik tidur utama, yakni bilik tidur ibu dan ayah. Apa yang ibunya buat? Harithah tidak tahu. Dia tidak pernah bertanya. Yang dia pernah buat, menghendap untuk melihat gerangan apa yang diperlakukan ibu sehinggalah ibu perasan akan kehadirannya, lalu menyambut dengan senyuman manis yang membentuk lesung pipit di pipi kanan ibu.

Sampailah hari ini, di mana Harithah sudah tidak tahan membendung soalan-soalan yang bermain di dalam kepala.

Pintu bilik utama yang terbuka sedikit, dikuak. Kelibat ibu yang sedang duduk di kerusi meja solek kelihatan. Kanak-kanak berusia 10 tahun itu terus berjalan masuk ke dalam bilik tersebut.

"Eh, Rith dah balik? Lapar tak?"

Harithah menempel di sisi ibu. "Rith tak lapar," ujarnya sebelum pandangan matanya terarah pada sebuah balang yang terisi dengan sesuatu. "Itu apa, ibu? Coklatkah?"

Ibu tergelak kecil. Dia mengusap belakang kepala Harithah. "Bukanlah. Ini bintang. Origami bintang."

Kening Harithah terjongket. Jadi inilah yang ibu buat setiap hari. "Rith nak tengok, boleh?" pintanya sopan.

Ibu mengangguk-angguk. Dia mencapai balang yang separuh ruangnya telah diisi dengan origami-origami bintang kecil yang dibuatnya setiap hari.

Harithah mengambil salah satu bintang yang telah dibuat ibu dengan kemas. Ada bermacam-macam warna. "Cantiknya ...." Kanak-kanak kecil itu terlopong teruja.

Ibu tersenyum manis.

"Ibu ajarkan Rith, boleh?" mohon Harithah dengan mata hitam pekatnya yang bersinar-sinar memandang ibu. Balang berisi origami bintang dihulurkan kembali.

"Boleh saja." Ibu mengambil sehelai kertas berwarna biru. Kertas itu digunting dua kali, selebar satu sentimeter. Satu potongan untuknya, satu potongan lagi untuk Harithah. Kemudian, ia dihulurkan kepada Harithah. Harithah menyambut huluran itu.

"Mula-mula buat macam ni." Ibu melipat kertas seperti simpul ikatan. Harithah memerhati seraya mengecilkan bukaan mata sebelum dia mengikut panduan ibu.

"Macam ni?"

"Ya, betul."

Harithah menyengih, memperlihatkan lesung pipit di pipi kanannya. Sama seperti milik ibu. "Okey, lepas tu?"

Ibu menunjukkan langkah seterusnya hingga langkah yang terakhir. Alhasil, potongan kertas tadi berjaya dibentukkan menjadi bintang.

Harithah melihat origami di tangan ibu. Cantik dan kemas. Kemudian dia melihat origami di tangannya.

"Cantiknya ibu punya ... ." Harithah menyentuh origaminya pula. "Rith punya comot, tak cantik." Anak kecil itu mencebik.

Ibu lekas-lekas memujuk, "Rith punya cantiklah. Awal-awal memang macam comot sikit. Lama-lama nanti cantik macam ibu punyalah."

Harithah menatap mata bening ibu. "Kenapa ibu buat origami bintang setiap hari?"

Ibu senyum kelat. "Untuk hilangkan tekanan. Kalau ibu rasa tertekan, ibu buat. Kalau ibu tak rasa tertekan pun, ibu buat juga. Macam ... hobi."

Harithah menyengguk sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Mungkin dia tidak faham.

Tidak mengapalah. Lebih baik sekiranya dia tidak faham.

 Lebih baik sekiranya dia tidak faham

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Prolog pendek saja. Saya tak pandai buat panjang-panjang.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Jangan lupa selawat, bagi yang Muslim.

Assalamualaikum, bye!

- AisyHarz

Kata di Sebalik BintangWhere stories live. Discover now