ELRASY CHAPTER 19

227 10 1
                                    

After 2 years...

Selepas hampir 17 jam berada di dalam flight, Tengku Elayna Larissa pun telah tiba di Kuala Lumpur International Airport [KLIA]. Selesaikan urusan ambil bagasi, Tengku Elayna pergi ke arah pintu masuk lapangan terbang itu menanti kedatangan keluarganya. Mereka sudah berjanji akan menjemputnya sebaik saja dia tiba di Malaysia.

Hampir setengah jam dia menunggu ahli keluarganya. Dia sudah penat menunggu ye sebab badan dah sakit duduk lama sangat dalam flight pastu kena menunggu pula. Tidak lama lepas itu dia Nampak kereta yang cukup dikenalinya iaitu kereta keluarganya itu.

Dari jauh dia sudah melambai ke arah kereta itu. Mereka yang berada di dalam kereta sudah tersenyum melihat gelagat Tengku Elayna, pasti dia teruja mahu berjumpa dengan mereka.

Sebaik saja kereta di parking, mereka bergegas keluar untuk berjumpa dengan Tengku Elayna. Orang pertama yang memeluknya pasti Tengku Eidlan iaitu papanya.

"Ya Allah princess papa dah balik, rindunya papa dengan princess" luah Tengku Eidlan sambil memeluk erat tubuh anak gadisnya itu. Mereka yang lain hanya tersenyum melihat aksi itu sebab mereka tahu Tengku Eidlan ialah orang yang paling rindu dengan gadis itu. Biasalah bapa-bapa ni mana nak tunjuk yang mereka sedih ke gembira ke tapi bila situasi macam ni baru nampak reaksi sebenar seorang ayah.

"Rissa pun rindu papa, rindu semua orang" Tengku Elayna membalas pelukan papanya itu. Meleraikan pelukan, dia beralih ke mamanya pula dan memeluk erat Tengku Haleeda.

"I miss you mama, Rissa rindu masakan mama" kata Tengku Elayna dalam dakapan hangatnya syurganya itu. Tengku Haleeda tersenyum mendengar luahan anak perempuannya itu.

Ehem,ehem,ehem...

Tengku Elayna berpaling ke arah suara itu dan secara tidak langsung terbit senyuman manis di bibir sampai menampakkan lesung pipitnya.

"Adik tak rindu kitaorang ke? Asyik peluk mama dengan papa je bila nak peluk abang Iman dengan abang Yash pula" soal Tengku Elman apabila adiknya itu bergerak memeluk mereka.

"Awhh looks there are sulking people here mama papa" usik Tengku Elayna apabila nampak wajah cemberut abang-abangnya itu. Tanpa membuang masa, dia terus berlari memeluk abang-abangnya itu. Rindu betul dengan dua orang ini yang sentiasa menjadi pelindungnya.

Mereka turut membalas pelukan adik perempunya itu. Rindu betul dengan principessa seorang ni. Lepas ni riuh lah mansion The EL's sebab penghibur mereka sudah pulang ke pangkuan keluarga. Tidak ada yang akan berjauh lagi lepas ni, semua akan ada depan mata.

"Jom balik sayang, mama dah masak macam-macam tau untuk adik. Mama tahu adik mesti rindu masakan Malaysia kan" Tengku Haleeda mengajak mereka pulang ke rumah. Nak beradu kasih ke lepaskan rindu ke dekat rumah lah jangan dekat airport ni juga. Banyak mata memandang.

"Hi Imran" sapa Tengku Elayna apabila nampak pemandu peribadinya.

"Selamat pulang ke Malaysia Cik Muda" balas Imran dengan senyuman manis seraya melangkah ke arah Tengku Elayna untuk mengambil bagasi dan letakkan di dalam bonet kereta Toyota Alphard itu.

Tiba di perkarangan rumah, mereka masuk ke dalam rumah terus menuju ke meja makan. Bulat mata Tengku Elayna nampak pelbagai jenis hidangan yang ada di atas dining table itu. Betul lah kata Tengku Haleeda, macam-macam makanan sudah tersedia tinggal nak makan je. Mata tertumpu pada satu hidangan iaitu ketam masak lemak cili api. Mereka terus duduk di kerusi yang disediakan lalu Tengku Haleeda meletakkan nasi ke dalam pinggan masing-masing.

Tengku Elman mengiringi bacaan doa makan dan mereka terus menjamu selera. Seronok lihat keluarga mereka akhirnya bersatu setelah dua tahun Tengku Elayna melanjutkan pengajian di Jordan.

Mi Cielo [OG]Where stories live. Discover now