ELRASY CHAPTER 12

251 9 0
                                    

Pagi-pagi lagi Adam dah muncul kan diri dihadapan rumah Tengku Eidlan. Sejak kejadian hari itu, seminggu dia tak boleh tidur fikirkan keadaan Tengku Elayna. Dia sayang Tengku Elayna cuma dia silap pencaturan, dia sendiri keliru dengan perasaan dia.

Dia kalah dengan godaan Laila Maisarah sebab tu dia tumpas. Tapi sayang dia dekat Tengku Elayna lebih berbanding Laila. Hari-hari dia mencuba nasib untuk berjumpa Tengku Elayna tapi sentiasa ada halangan. Hari ni dia cuba lagi.

"Tolong bagi aku jumpa Elayna sekejap, aku boleh jelaskan semuanya Elman." Rayu Adam meminta simpati Tengku Elman untuk berjumpa adiknya.

"Tengku Elman! Panggil aku Tengku Elman." Suruh Tengku Elman dengan nada tegas.

"Please Tengku, bagi aku jumpa Tengku Elayna sekejap je. Aku kena jelaskan semuanya, aku ikhlas sayangkan Tengku Elayna." Rayu Adam lagi bila Tengku Elman hanya pandang dia dengan riak wajah tegang saja.

"Kau ingat lepas apa yang kau buat dekat adik aku, senang-senang je aku nak bagi kau jumpa dia. Kau nak jelaskan apa lagi Adam, bukti dah ada depan mata dan scandal kau pun dah mengaku semuanya. Jangan nak tegakkan benang yang basah Adam Mirzan. Aku dah bagi kau amaran kan jangan jejakkan kaki kau dekat rumah ni lagi, tak faham bahasa ke?" Selar Tengku Elman, mamat ni memang tak makan saman. Dah buat onar ada hati nak tanggih simpati adiknya.

"Elayna, please keluar sayang. Saya boleh explain everything. Saya minta maaf ambil masa untuk jelaskan dekat awak, semua tu salah faham. El please keluar, kita bincang." Jerit Adam di luar rumah mereka sebab dia tahu Tengku Elayna ada dalam bilik dan sedar kedatangan dia.

"Kau jangan nak panggil adik aku dengan panggilan bodoh kau tu. Kau jangan nak buat kecoh dekat sini, kau berambus sekarang sebelum aku panggil polis." Tengku Elman menghalau Adam tapi Adam mengendahkannya sebab dia memang nak jumpa Tengku Elayna.

PANG!

Terkejut Adam apabila pipinya rasa pijar akibat ditampar, dia berpusing nampak wajah tegang Tengku Haleeda yang sedang mengatur nafas turun naik manakala Tengku Elman sudah tersenyum sinis walaupun dia agak terkejut dengan tindakan mamanya itu tapi Adam memang layak kena macam tu malah lebih daripada itu.

"Kau ni tak faham bahasa ke? Anak aku dah taknak jumpa kau lagi jadi tolonglah balik jangan buat kecoh dekat sini. Anak aku tu dah terseksa tau, tak puas ke kau sakitkan hati anak aku tu. Atau kau nak tunggu anak aku tu mati dulu baru kau nak sedar Adam. Selama ni aku diam je bila kau kecewakan Elayna tapi kali ni kau dah melampau Adam. Selagi aku hidup, aku takkan sesekali terima kau sebagai menantu aku dan aku yakin Elayna pun takkan terima kau lagi dalam hidup dia. KAU BERAMBUS SEKARANG SEBELUM AKU BAGITAHU KELUARGA APA YANG KAU DAH BUAT!" Halau Tengku Haleeda dengan nada tegas, dia sudah lama bersabar dengan Adam. Cukup ni kali terakhir dia bagi peluang untuk Adam.

Adam terpaksa balik sebab dia taknak keluarganya tahu apa yang dia lakukan tapi dia akan datang balik. "Saya akan datang balik untuk pujuk Elayna. Kalau saya tak dapat Elayna, tidak akan ada sesiapa pun yang boleh dapat Elayna. Itu janji saya." Adam berjanji bahawa Tengku Elayna hanya akan jadi miliknya.

"Dan kau dengar sini, selagi aku hidup, aku takkan benarkan kau dekat dengan adik aku. Nak jadi adik ipar aku bermimpi lah kau. Aku lagi rela adik aku hidup bujang sampai tua dari bersuamikan syaitan bernafus macam kau ni." Balas Tengku Elman dengan nada dingin sahaja, suka hati nak ambil adiknya jangan mimpi lah.

Adam mendengus kasar mendengar amaran Tengku Elman lalu dia berundur menaiki kereta Mercedes Benz c class dan laju memecut meninggalkan mansion itu.

Tengku Elayna yang memerhati semuanya melalui balkoni biliknya sudah mengalirkan air mata. Jujur dia masih sayangkan Adam walaupun sebesar zahra tapi perasaan kecewa dan tawar hati lebih menguasai diri.

Dia sudah terlalu banyak memberi peluang kepada Adam tapi macam tu je Adam sia-siakan. Dalam hidup ni bukan semua orang layak untuk dapat peluang kedua sebab tidak semua akan menghargai peluang kedua yang ada.

Biarlah dia tenangkan dirinya dulu baru lah dia fikir apa yang perlu dia lakukan. Sekarang ni dia hanya fikirkan hati dia yang hancur berkecai, macam mana dia nak rawat luka ni. Berapa lama masa dia perlu ambil untuk pastikan hati dia betul-betul dah baik.

Tuk...tuk...tuk...

Tengku Elman mengetuk pintu bilik adiknya untuk berjumpa dengan gadis itu. Sudah seminggu adiknya mengurungkan diri, tak makan, tak minum, tak tahu lah macam mana keadaan adiknya itu.

"Principessa abang buka pintu ni please, abang nak jumpa adik" seru Tengku Elman lembut cuba memujuk adik kesayangannya. Dia bercadang nak memujuk Tengku Elayna dengan Tengku Eyash sekali tapi pagi tadi Tengku Eyash dapat panggilan ada urgent meeting tentang projek dekat Semporna itu.

"Masuklah abang" jawab Tengku Elayna perlahan saja tapi masih didengari oleh Tengku Elman.

Tengku Elman masuk ke dalam bilik itu, nampak sosok tubuh Tengku Elayna yang sedang duduk di birai katil memandang ke arah balkoni biliknya. Dia mendekati adiknya itu lalu dia bertindak memeluk erat tubuh kecil itu.

Tengku Elayna yang terkejut dengan tindakan abangnya itu terus mengalirkan air mata walaupun dia cuba tahan tapi tak mampu. Sebolehnya dia taknak abangnya nampak dia nangis tapi matanya mengkhianatinya dengan mengalirkan air mata.

"Principessa abang okay? Dah seminggu adik abang ni taknak makan, taknak keluar bilik, taknak borak dengan kitaorang semua. Kami rindu dengan principessa kami ni, nak dengar gelak tawa dia, gurauan dia. Adik tak rindu ke nak hiburkan kami semua?" Soal Tengku Elman lembut sambil tangannya setia memeluk bahu gadis kecil itu.

Mendengar saja luahan abangnya itu, makin lebat air matanya mengalir membasahi pipinya. Tengku Elman yang rasa baju di sisi dadanya makin basah itu masih memujuk lembut adiknya.

"Abang...kenapa rasa dia sakit sangat? Kenapa dia buat adik macam ni bang...adik ni tak cukup baik ke untuk dia? Dia sendiri cakap dia benci orang curang tapi...dia sendiri yang curang. Sakit sangat rasanya abang sampai adik fikir adik tak layak ke untuk bahagia abang...?" Tanya Tengku Elayna dengan nada bergetar-getar menahan tangisannya.

"Adik menyesal tak dengar cakap abang dengan abang Yash. Kalau adik percaya cakap abang mesti adik takkan sesakit dan sekecewa ini kan bang. Adik...adik benci dia, adik tak suka dia, adik menyesal kenal dia, dia buat adik trauma nak bercinta lagi."Jelas Tengku Elayna dengan nada tersedu-sedan. Tengku Elman yang dengar luahan adik perempuannya itu turut merasa sakit yang dirasai gadis itu.

"Tak Rissa, adik abang kuat, principessa kami ni kuat. Tengku Elayna yang kami jaga dari kecil tak macam ni, mana dia Tengku Elayna yang ceria, kuat melawan, yang sentiasa gembira. Takpe adik masih ada mama,papa, abang dan abang Yash yang sentiasa agak menyayangi dan melindungi adik lebih dari nyawa kami sendiri." Balas Tengku Elman menenangkan adiknya itu.

Dia mengingatkan adiknya itu bahawa dia masih ada mereka yang masih akan mendahuluinya dalam segala hal walaupun terpaksa berkorban diri.

Mereka tantang Tengku Elayna bagai minyak penuh takkan sesuka hati nak benarkan orang lain sakitkan hati satu-satunya puteri dalam keluarga mereka.

Tengku Elayna hanya tersenyum tipis mendengar ucapan abangnya itu, beruntung dia kerana dikurniakan keluarga yang sentiasa menyayanginya. Tengku Elman mengelap air mata yang tersisi dipipi gadis itu lalu menghadiahkan satu ciuman nipis di dahi Tengku Elayna.

"InsyaAllah adik akan jumpa dengan seseorang yang jauh lebih baik dari Adam malah yang akan menyayangi adik lebih dari diri dia sendiri. Ingat selepas hujan pasti akan ada pelangi. Sentiasa letak dalam ingatan adik, If you focus on the hurt, you will continue to suffer. If you focus on the lesson, you will continue to grow. Jadi ambil apa yang terjadi ni sebagai pengajaran supaya kita tak buat kesilapan yang sama okay. Boleh nak bersedih tapi jangan terlalu lama ye." Nasihat Tengku Elman sambil memeluk adiknya itu sebelum meleraikan pelukan.

Tengku Elayna hanya mengangguk kecil tanda faham dengan apa yang abang sulungnya itu sampaikan. Dia tak boleh terus begini, masih ramai yang menyayanginya. Dia akan cuba cari kekuatan untuk cari balik diri dia yang sebenar. InsyaAllah.

Mi Cielo [OG]Where stories live. Discover now