ELRASY CHAPTER 17

325 17 1
                                    

Genap dua bulan sudah Tengku Elayna berada di Jordan untuk menyambung pengajiannya tetapi banyak perkara yang dia tidak tahu termasuklah pertunangannya dengan Arasy Mareeq. Dia fikir dia akan tenang jika membawa diri jauh dari semua orang tapi dia silap. Ada saja yang mahu menganggu ketenangan dia walaupun dia sudah nekad untuk move on.

Memang bukan mudah untuk dia melupakan segala-galanya terus tentang kenangannya bersama Adam Mirzan tapi apa yang boleh dia lakukan selain move on dan redha dengan takdir. Adam Mirzan bukan jodoh dia dan lelaki itu sudah sah menjadi milik orang lain dan tidak mungkin dia akan merampas kebahagian perempuan lain sebab dia tahu macam sakitnya kebahagian kita dirampas oleh kaum kita sendiri.

Sudah lama dia tidak menghubungi ahli keluargannya di Malaysia. Lepas habis kuliah baru dia merancang untuk menelefon ahli keluargannya sebab kelas dia habis pukul 5.30 petang. Memandangkan beza waktu Malaysia dan Jordan lima jam, jika dia telefon mereka pukul 6.00 petang, waktu Malaysia sudah pukul 11.00 malam jadi sempatlah memandangkan mereka jarang tidur awal melainkan mamanya.

Dring...dring...dring...

"Leeda, telefon awak berbunyi tu" tegur Tengku Eidlan apabila isterinya di dapur tidak dengar deringan telefon itu.

"Abang tolong lah jawab, Leeda tengah cuci pinggan mangkuk ni" balas Tengku Haleeda dengan suara sedikit kuat takut suaminya tidak dengar balasannya.

"Princess" tersenyum Tengku Eidlan melihat nama yang terpampar di skrin telefon milik isterinya itu. Rindunya dia dengan anak daranya seorang ini, baru ingat mahu menghubungi mereka ingatkan sudah lupa dengan mereka di sini.

"Hello assalamualaikum mama" ceria saja suara Tengku Elayna Larissa memberi salam

"Waalaikumsalam princess papa" sahut Tengku Eidlan dengan suara sama ceria dengan anak perempuannya itu.

"Eh papa, mama mana? Papa mama sihat?" Soal Tengku Elayna pula

"Alhamdulillah kami sihat, princess tu sihat ke? Bukan main dah lama tak call mama papa dekat sini kan, tak rindu kami ke?

"Rissa sihat pa alhamdulillah. Sorry papa, sampai je dekat Jordan ni Rissa sibuk uruskan hal kolej, rumah semua tu. Rissa cari rumah sewa baru pa sebab segan lah nak tumpang rumah Uncle Richard dengan Aunty Laura tu sebab dorang kan ada anak lelaki jadi tak manis lah. Lagipun mereka jarang ada dekat rumah sebab uruskan restoran jadi taknak lah Rissa duduk situ" panjang lebar Tengku Elayna jelaskan pada Tengku Eidlan supaya papanya tidak salah faham.

"Takpe sayang papa faham tapi kalau adik nak minta tolong apa-apa jangan segan minta dekat mereka ye sebab dekat sana adik tidak ada kenal sesiapa"

"Baik pa, nanti apa-apa Rissa minta tolong mereka ye"

"Mama dengan abang-abang kesayangan adik mana pa?"

"Mama tengah basuh pinggan mangkuk dekat dapur, abang Elman keluar jumpa kawan dan abang Eyash macam biasalah sibuk outstation"

"Ala yeke. Adik baru nak cakap dengan dorang, dahlah adik nak call masing-masing susah bila dah free dorang pulak busy"

"Abang senyum-senyum ni cakap dengan siapa?" Soal Tengku Haleeda pelik melihat suaminya senyum macam kerang busuk bergayut di telefon. Tengku Eidlan yang mendengar suara isterinya itu, berpusing dan menghulurkan telefon kepada pemilik asal.

Menggeleng kepala Tengku Haleeda melihat nama di skrin telefon itu, jika anak daranya yang telefon pasti suaminya ini macam bercakap dengan scandal tersenyum sampai ke telinga bak kata orang "cinta pertama anak perempuan ialah ayahnya".

Tapi dia bersyukur kerana mampu memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anaknya sebab tidak semua anak-anak di dunia ini beruntung. Mempunyai seorang figura suami yang amat menyayangi anak-anaknya adalah salah satu rezeki yang perlu dia hargai sampai bila-bila.

"Hello adik, amboi dapat cakap dengan papa terus lupakan mama ye. Sampai hati adik abaikan mama" seloroh Tengku Haleeda sambil membuat memek muka sedih. Tergelak Tengku Elayna dan Tengku Eidlan mendengar rajukan wanita itu.

"Mana ada adik abaikan mama, tadi papa cakap mama busy dekat dapur jadi adik bagi mama selesaikan kerja mama dulu" balas Tengku Elayna lembut takut tersinggung perasaan syurganya itu.

Senyuman manis terukir dibibir Tengku Haleeda mendengar jawapan anak daranya itu. Anaknya seorang ini pandai saja lembutkan dan memujuk hatinya. Walaupun dia hanya bergurau saja tadi tapi perilaku anaknya itu sentiasa menyejukkan hatinya.

"Anak mama okay dengan sana sayang? Bila adik nak balik sini, mama rindu sangat dengan anak mama ni. Dahlah Rissa je satu-satunya anak perempuan mama, bila Rissa jauh mama sunyi sayang. Tidak ada siapa nak teman mama, papa dengan abang-abang sibuk je memanjang" luahan Tengku Haleeda sedikit sebanyak terbitkan rasa bersalah dalam hati Tengku Elayna.

"Adik minta maaf mama, adik pergi tak lama pun nanti cuti sem adik balik kita luangkan masa secukupnya ye. Biasa ni papa dengan abang-abang taknak layan mama, siap dorang ye adik balik nanti" bebel Tengku Elayna.

Meletus tawa Tengku Eidlan dan Tengku Haleeda mendengar bebelan anak dara mereka itu. Pergi lah hujung dunia sekali pun, Tengku Elayna sentiasa menceriakan hari-hari mereka dengan tingkah lakunya. Bersediakah mereka melepaskan satu-satunya anak perempuan dalam keluanga EL's?

"Okaylah mama papa, adik tak boleh lama ada kerja nak kena siapkan. Nanti kirim salam abang-abang tau. Cakap dengan dorang dalam masa seminggu dorang tak call adik, adik taknak balik Malaysia" ugut Tengku Elayna dengan ketawa halus saja.

"Okay princess, jaga diri tau. Jangan lupa solat, jangan lupa makan. Apa-apa bagitahu mama papa ye"

"Aip-aip captain, bye assalamualaikum goodnight mama papa. Love youuuuu, muahhhh" Tengku Elayna membuat gaya flying kiss, walaupun mereka tidak dapat tapi mereka tahu apa yang Tengku Elayna lakukan.

"We love youuu too princess, waalaikumsalam" serentak mereka membalas ucapan Tengku Elayna.

Suasana yang bahagia dan ceria tadi bertukar suram dan sunyi. Tiba-tiba mereka terfikir akan penerimaan Tengku Elayna dengan pertunangannya itu. Adakah mereka terlalu memaksa dan mengikut perasaan. Bukan mereka tidak tahu apa yang gadis itu lalui tapi mungkin ini yang terbaik.

10 likes=update😍

kisah mereka masih santai diposisi yee jadi marilah kita sabar bersama-sama🤧

ps: erin dalam fasa study week and final exam jadi mungkin akan update lambat sikit okay, doakan erin dapat jawab exam dengan mudah dan segala urusan dipermudahkan🤲🏻 supaya erin boleh update cepat-cepat untuk korang. Mesti tak sabar kan nak tengok kisah percintaan elrasy ni...

Mi Cielo [OG]Where stories live. Discover now