ELRASY CHAPTER 15

346 14 0
                                    

Sebaik sahaja keluarga Adam beredar, hanya tinggal keluarga Tengku Elayna dan keluarga Arasy sebab tetamu yang lain sudah pun pulang ke kediaman masing-masing. Ada perkara yang perlu mereka bincangkan.

"Arasy ada cakap dengan aku tentang perkara yang kau bincang dengan dia tempoh hari, kalau kau tanya pendapat aku tentang ni, aku tak kisah sebab aku memang tahu dari dulu Arasy memang ada perasaan pada Elayna. Tapi kau kena tanya Arasy balik adakah dia setuju atau tidak. Macam mana dengan penerimaan Elayna nanti?" Soal Tan Sri Asyraf kepada Tengku Eidlan.

"Perkara apa yang Arasy bincang dengan Uncle Eidlan, kenapa mummy tak tahu apa-apa?" Sampuk Puan Sri Mariam, kenapa dia tidak tahu-menahu soal ini.

"Arasy bukan taknak bagitahu mummy tapi masa Arasy bagitahu daddy, mummy oustation jadi Arasy sempat bagitahu daddy saja. Bila mummy balik, Arasy lupa nak cakap." Jawab Arasy dengan nada serba salah. Bukan niat dia membelakangkan mummynya tapi dia terlupa akan perkara itu.

"Arasy minta maaf ye mummy, Arasy tidak ada niat pun nak membelakangkan mummy dalam hal ini" Arasy memohon maaf kepada Puan Sri Mariam, tidak mahu lah wanita itu berkecil hati dengan perkara ini.

"Takpe sayang, mummy faham" balas Puan Sri Mariam dengan nada lembut sahaja.

Puan Sri Mariam berdiam diri seketika sebelum dia menyatakan pendapatnya tentang cadangan ini.

"Maaf bukan niat saya mahu menolak cadangan ini Eidlan, tapi bagi saya sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kita bincang perkara ini dengan keadaaan Elayna sebegitu. Memandangkan Elayna pun nak berangkat ke Jordan esok jadi saya rasa lebih baik kita tunggu pendapat tuan empunya badan. Saya taknak ada apa-apa masalah yang akan datang. Mungkin Elayna masih berada dalam fasa trauma dan sukar untuk melupakan." Puan Sri Mariam melontarkan pendapatnya.

Tengku Eidlan mengeluh perlahan mendengar pendapat Puan Sri Mariam. Dia memandang Arasy lama sebelum berbicara.

"Apa pendapat Arasy? Arasy masih sayangkan Elayna?" Soal Tengku Eidlan tiba-tiba menyebabkan Arasy Mareeq tersentak mendengar soalan itu. Tengku Elman dan Tengku Eyash hanya mendiamkan diri, bukan malas mahu masuk campur cuma biarlah bapa mereka yang uruskan hal ini memandangkan Tengku Eidlan ialah wali sah Tengku Elayna.

Arasy Mareeq hanya mengangguk sebagai jawapan kepada soalan Tengku Eidlan itu.

"Rasy..." seru Puan Sri Mariam perlahan.

Arasy senyum tipis memandang ke arah mummynya.

"Arasy setuju dengan cadangan Uncle Eidlan mummy. Arasy sayangkan Elayna malah perasaan sayang tu semakin bertambah lagi-lagi lepas apa yang jadi dekat Elayna. Apa yang jadi pada Elayna membuatkan Arasy mahu melindunginya dengan nyawa Arasy. Arasy tak sanggup tengok dia sedih mummy, Arasy tak sanggup tengok dia derita lagi. Cukup lah tadi kali terakhir Arasy lihat dia nangis seteruk itu. Cukup lah Arasy hilang dia selama ni, selama ni Arasy ingat Elayna bukan jodoh Arasy jadi Arasy sedaya upaya cuba untuk lupakan dia tapi Allah gerakkan hati Arasy untuk dia mummy. Arasy mahu jadi pelindung dia yang akan sentiasa mengembirakan dia. I want to be her favourite place to go when she've a bad day or a good day. Arasy yakin apa yang jadi ada hikmahnya. Please mummy kali ni percayakan Arasy, Arasy yakin Elayna adalah jodoh terbaik untuk Arasy. I wish I could protect her from everything that would hurt her so bad." Luah Arasy Mareeq, air matanya sudah bertakung tunggu masa mahu mengalir membasahi bumi saja.

Puan Sri Mariam sebak mendengar luahan anak lelakinya itu, tidak pernah dia melihat Arasy Mareeq sebegitu ikhlas menyayangi perempuan. Selama ini hanya dia dan Anggerik saja yang bertakhta dia hati lelaki itu, selepas ini hati lelaki itu sudah mempunyai penghuni baru yang sudah lama dia idamkan.

"Memandangkan Arasy setuju jadi saya tidak ada sebab untuk membantah" kata Puan Sri Mariam sekali gus membuatkan Arasy Mareeq tersenyum manis. Tan Sri Asyraf hanya mengangguk tanda setuju.

"Okay kalau macam tu, minggu depan Arasy boleh masuk meminang dan kita tunangkan mereka terus. Sekurang-kurangnya tiada sebab untuk Adam ganggu Elayna lagi" jawab Tengku Eidlan dengan nada lega.

Tengku Haleeda, Tengku Elman, Tengku Eyash dan Anggerik hanya senyum saja sejurus saja keputusan dibuat.

"Alhamdulillah akhirnya saya dapat memiliki awak Layna, saya tak janji tapi saya akan cuba bahagiakan awak malah lebih daripada dia" bisik Arasy Mareeq dalam hati.

...

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

"Adik jaga diri ye sayang, dah sampai sana jangan lupa call mama. Dah sampai make sure terus call Uncle Richard tau. Jaga diri, jangan lupa solat, ingat sebelum El nak buat apa-apa ingat kami dekat sini. Jangan buat benda bukan-bukan ye nak. Dekat negara orang jaga pergaulan, jaga makan minum, jangan terlalu seronok ye sayang." Pesan Tengku Haleeda, risau hatinya mahu melepaskan satu-satunya anak perempuan dia jauh dari pemerhatiannya. Selama 23 tahun Tengku Elayna membesar dan berada di depan matanya tapi hari ini dia terpaksa melepaskan anak daranya itu untuk meneruskan pengajiannya selama 2 tahun. Sungguh terseksa hati keibuannya.

"Ye ma, mama janganlah risau.Pandailah adik jaga diri. Lagipun kan mama dah bagitahu Uncle Richard dengan Aunty Laura untuk tengok-tengokkan adik jadi apa-apa mama tanya je dorang tau." Jawab Tengku Elayna dengan nada sedih, bagaimana Tengku Haleeda rasa susah untuk melepaskannya begitulah Tengku Elayna rasa, 23 tahun duduk dengan keluarga tidak pernah berjauhan walaupun sesaat tiba-tiba kali ni dia sendiri buat keputusan untuk berjauhan dengan mereka tapi demi kebaikan dirinya juga.

"Anak dara papa ni jaga diri elok-elok tau dekat negara orang. Papa will miss you so much princess." Giliran Tengku Eidlan pula memberi nasihat lantas memeluk erat tubuh anak gadisnya itu. Kalau nak tahu dia lah orang paling sedih atas pemergiana Tengku Elayna sebab harus berpisah dengan satu-satunya anak perempuan kesayangannya.

"Dah mama papa, bagi kami pula peluk principessa kami ni" pinta Tengku Elman dan Tengku Eyash lalu menarik tubuh kecil ke dalam dakapan mereka. Satu-satunya adik perempuan kesayangan mereka yang manja, kuat melawan, periang, garang dan kuat merajuk. Mereka lah orang yang paling dekat dengan Tengku Elayna. Orang yang sentiasa bersedia mengorbankan segalanya untuk gadis itu.

"Principessa kami ni nanti jangan lupa abang-abang kesayangan adik ni tau. Nanti abang Iman rindu nak buli adik, nak menyakat adik. Dah besar dah adik abang ni, dulu apa-apa adik mesti minta tolong abang Iman atau abang Yash tapi sekarang adik dah besar pandai berdikari. Adik jangan lah besar cepat sangat. Abang taknak izinkan adik kahwin sampai bila-bila. Biarlah abang dengan abang Yash jaga adik sebab kami taknak adik sakit lagi" tanpa sedar Tengku Elman meluahkan apa yang terkubu dihatinya. Tengku Eyash menepuk kuat bahu abang sulungnya itu. Ada ke patut cakap macam tu.

"Adik abaikan apa yang abang Iman cakap tu, dia merepek lah tu. Adik jaga diri ye dekat sana, ada apa-apa adik call je abang tak pun abang Iman. Pergi mana-mana jangan seorang diri tau. Apa-apa inform Uncle Richard dengan Aunty Laura tau. Jangan buat mereka risau." Pesan Tengku Eyash pula. Tengku Elayna hanya menggeleng dengar nasihat kedua-dua abangnya itu. Terlalu overprotective mengalahkan bapanya.

"Okaylah adik pergi dulu ye, jaga diri tau. Apa-apa update adik. Bye semua orang, adik sayang korang. Muah" Tengku Elayna melontarkan flying kiss ke arah keluarganya seraya kaki melangkah masuk ke balai pelepasan meninggalkan keluarga tercinta di belakang.

Masuk saja ke balai pelepasan tanpa disedari, air mata Tengku Elayna mengalir dipipi. Dia tidak mahu tampak sedih dihadapan keluarganya jadi inilah masa untuk dia menangis sebelum berlepas. Selepas sejam lebih menunggu panggilan penerbangan, Tengku Elayna menaiki kapal terbang itu.

Mengambil masa selama 15 jam 38 minit untuk Tengku Elayna selamat sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia (Jordan). Kedatangan dia disambut baik oleh keluarga angkatnya yang berada di Jordan iaitu Uncle Richard dan Aunty Laura. Mereka menjemput Tengku Elayna dilapangan terbang apabila tahu gadis itu sudah selamat sampai. Tengku Elayna pun pulang ke rumah mereka maka bermula kehidupan baru Tengku Elayna untuk melupakan segala masalah dan kenangan serta melanjutkan pengajiannya.

-to be continue-

Mi Cielo [OG]Where stories live. Discover now