~A|A~Bab 06✿

28 0 0
                                    

Pada keesokkan harinya, aku telah terjaga dari tidur yang nyenyak itu pada pukul 12 tengah hari. Aku tak pernah bangun lambat macam ni. Mungkin sebab aku dah melepaskan segala perkara yang aku pendam dengan cara mengeluarkan air mata pada malam hari.

Aku bangun dari katil yang empuk itu dan teruk mengemas tempat tidur aku. Selepas mengemas aku mencari tuala untuk masuk ke kamar mandi. Bila bangun tengah hari ni rasa panas dan berbahang jadi aku terus pergi mandi lepas kemas katil.

Selepas aku mandi, aku terus mengambil baju random dalam almari dan terus aku sarungkan pada tubuhku yang tak berapa gemuk dan tak berapa kurus itu. Aku berjalan ke meja kecil yang terletak di sebelah katil aku untuk mengambil telefon bimbit aku. Aku langsung membuka aplikasi WhatsApp yang telah pun mempunyai notifikasi daripada nombor yang tidak aku kenali.

What! Dari mana dia dapat nombor telefon aku ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

What! Dari mana dia dapat nombor telefon aku ni. Tak mungkin nombor telefon aku pun papa bagi dekat dia. Tak boleh jadi ni. Aku laju menaip message pada Adam Mikael dan terus menghantarkan kepadanya.

Geram betul aku dengan dia ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Geram betul aku dengan dia ni. Tak boleh ke kalau biarkan aku bersendirian dalam rumah ni. Excuse me! Ni rumah mama and papa aku, dan aku yang berhak untuk tentukan siapa yang sepatutnya tinggal dalam rumah ni. Selepas 2 minit, terdapat notifikasi baru dari nombor yang sama.

Aku terpaksa hadap muka dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku terpaksa hadap muka dia. Selepas melihat message yang dihantar Adam. Aku terus mengambil selendang berwarna putih dan melilitkannya sebelum aku keluar dari bilik.

ADAM MIKAEL (OG)Where stories live. Discover now